CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aku Terlupa Dia Ibu- Ugut Bunuh Ibu Kandung Guna Parang

29-5-2014 10:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4363| Komen: 14

Description: Tertuduh, Muhamad Iqbal Elizardi, 23, Yang Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Itu Sebelum Ini Menukar Pengakuannya Dalam Sebutan Kes Tersebut, Semalam Di Hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.

Gambar hiasan


KUANTAN - Seorang mekanik dihukum penjara selama dua bulan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mengugut untuk bunuh ibunya menggunakan sebilah parang selain mencekik leher wanita itu dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pandan dekat sini, 7 April lalu.

Tertuduh, Muhamad Iqbal Elizardi, 23, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu sebelum ini menukar pengakuannya dalam sebutan kes tersebut, semalam di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia sudah meminta maaf dengan ibu serta adik beradik yang lain.

“Mereka sudah memaafkan malah laporan polis yang dibuat ke atas saya sebelum ini juga sudah ditarik balik,” katanya.

Dia yang kini bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan antara RM500 hingga RM1,000 sebulan mendakwa hilang pertimbangan ketika itu sehingga terlupa wanita yang diugut dan dicekik leher itu adalah ibu kandungnya sendiri.

Ketika ditanya mahkamah sama ada dia terlibat dengan dadah atau sebaliknya, tertuduh mengakui dia seorang penagih.

Noor Zaihan menegur perbuatan tertuduh yang keterlaluan terhadap ibu kandung sendiri yang disifatkan satu penderhakaan amat besar.

“Dia ibu kandung kamu yang perlu disayangi dan dihormati bukan dikasari sedemikian rupa.Kamu ada berapa orang ibu? 10 atau bagi kamu seorang ibu itu boleh dibeli di kedai sehingga sanggup mencederakan serta mengugut untuk membunuh ibu sendiri?” tegur Noor Zaihan.

Noor Zaihan berkata, walaupun ibu dan keluarga sudah memaafkan malah wanita itu sanggup menjelaskan jaminan RM3,000 ke atasnya sebelum ini, tertuduh dinasihatkan supaya meminta maaf sekali lagi dan menginsafi atas segala kesalahan dilakukan.

Berdasarkan fakta kes, ibu terbabit (pengadu) bersama tertuduh dan beberapa orang anaknya yang lain berada di rumah.

Kira-kira jam 4.14 petang, 7 April lalu itu, pengadu ternampak tertuduh bertengkar dengan adik beradik lain kerana berebut air teh.

Pengadu memarahi anak lelakinya itu kerana selalu menimbulkan masalah kepada keluarga menyebabkan tertuduh naik angin lalu bertindak mencekik leher  wanita itu.

Dalam kejadian itu, tertuduh turut ugut untuk bunuh ibunya sambil memegang parang.

Susulan kejadian, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading sehingga membawa kepada penahanan tertuduh dan diserahkan kepada polis pada hari sama.

9

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 28-5-2014 12:10 PM
silap mak dia jugak tak abort anak haram tu masa dlm kandungan...
Quote mak_wa95 28-5-2014 12:13 PM
berebut air teh je pun...kebulor sangat ke...

sikit lagi dengor berita,mak dibunuh dengan parang oleh anak
Quote kumbang7 28-5-2014 12:14 PM
mak_wa95 posted on 28-5-2014 12:13 PM
berebut air teh je pun...kebulor sangat ke...

sikit lagi dengor berita,mak dibunuh dengan parang  ...

umo dah 23 berebut air teh terencat ke apa
Quote mak_wa95 28-5-2014 12:15 PM
kumbang7 posted on 28-5-2014 12:14 PM
umo dah 23 berebut air teh  terencat ke apa

bengong...terencat kerana dadah la tu...
Quote amyainsamad 28-5-2014 12:15 PM
gler....
Quote kikuri 28-5-2014 12:18 PM
air teh pon nak berebut ke....pegilah buat lain....ni terlebih makan cekelat cadbury ke ape
Quote prettyuglybabe 28-5-2014 12:30 PM
kalu dah taik dadah
Quote annehuda 28-5-2014 12:35 PM
org tua2 dulu selalu ckp senang ade anak lelaki nnt ade yg mengusung ke kubur.

nah ni anak lelaki tak guna nyaris2 nk masuk kubur dah anak die
Quote OrangKita 28-5-2014 12:49 PM
kalau dah penagih..kes2 mcm ni dah biasa..mmg tradisi sang penagih..
Quote Madel 28-5-2014 12:56 PM
Berapa ramai adik beradik dia ada sampai nak berebut air teh
seuncang teh tu kan boleh dapat seteko
Quote blackpaper 28-5-2014 12:59 PM
tuang je air teh panas2 atas kepala mangkuk perangai terencat tu....
Quote haryatie 28-5-2014 01:13 PM
hati seorg ibu ...
biar pun ank telah berkali kali melakukan kesilapan...
Quote noor2 28-5-2014 01:22 PM
sebab dadah la ni....boleh pulak kata terlupa...
Quote nurul_akmar 28-5-2014 01:31 PM
air teh pon nak berebut. what the fish

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.063953 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top