CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parang Makan Tuan Ketika Menyamun?

10-7-2014 10:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7850| Komen: 32

Description: Seorang Lelaki Cedera Parah Akibat Dipukul Dan Ditetak Dengan Senjatanya Sendiri Ketika Cuba Menyamun Sebuah Rumah Di Kampung Tanjung Selabu, Bukit Pasir Di Sini
MUAR - Seorang lelaki cedera parah akibat dipukul dan ditetak dengan senjatanya sendiri ketika cuba menyamun sebuah rumah di Kampung Tanjung Selabu, Bukit Pasir di sini, hari ini.        

Dalam kejadian  10.30 pagi itu, Lau Teng Siew, 43, berkata beliau tiba-tiba ditetak dengan parang oleh suspek sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.

"Sebaik membuka pintu kayu itu, kepala saya terasa sakit dan darah mula mengalir di bahagian dahi sehingga penglihatan saya menjadi samar-samar. Tanpa berfikir panjang, saya mencapai kerusi dan memukul lelaki bertopeng itu berulang kali hingga patah.

Gambar hiasan


"Saya nekad merampas parang yang dipegang lelaki itu dan menetaknya," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar petang tadi.

Menurutnya walaupun penglihatannya samar-samar, beliau dapat memukul suspek berusia 58 tahun itu berulang kali sehingga senjatanya terlepas dari pegangannya.

Lau berkata, tindakannya itu telah mengejutkan suspek yang kemudian menjerit memintanya berhenti memukulnya.

Mangsa kemudian dibantu oleh jiran-jirannya yang menghubungi polis bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Suspek yang dirawat di hospital sama dipercayai mengalami patah tulang rusuk kanan, cedera parah di kepala akibat ditetak dengan senjata tajam dan cedera di kedua-dua belah tangannya.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, yang disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun. - Bernama

10

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 10-7-2014 08:13 AM
haiyooo..xleh bayang cmne kepala kena tetak..serammmm
Quote chinta89 10-7-2014 08:15 AM
senjata makan tuan?
Quote Vellfire 10-7-2014 08:18 AM
umur 58? penyamun veteran
Quote yayangmama 10-7-2014 08:26 AM
terrer apek tu...kena kat kpala pon masih gagah melawan
kalau dah geram dah xfikir apa2 kot...janji dapat balas
Quote iman_aly 10-7-2014 09:03 AM
yaaaa... rasakaannn....
Quote prettyuglybabe 10-7-2014 09:39 AM
padan muka..

Quote cloudy_83 10-7-2014 09:49 AM
asal nak raya je mula lah musim menyamun ni..
Quote bluehedgehog 10-7-2014 10:22 AM
padan muka apek tua nyanuk
Quote FanTasyCreaTioN 10-7-2014 10:23 AM
selayak nya .. padan muka
Quote annehuda 10-7-2014 10:27 AM
dah kene tetak tu bkn suspek lg dah mmg penjenayah pun
Quote Cik_Andak 10-7-2014 10:27 AM
Padan muka perompak tua tu....
Memang elok kalau tangan ko putus..
Dah tua tak sedar diri....
Quote amon_79 10-7-2014 11:36 AM
mcm lawak je bila penjenayah tu menjerit minta tolong berhenti tetak dn belasah dia...masa dia tetak org tak fikir plak ek...
Quote sashin 10-7-2014 11:55 AM
bravo apek...selayak nya lah penyamun tu kena
xpayah nak membazirkan duit rakyat untuk pulihkan penyangak ni boleh tak..
end up keluar penjara..jadi penyangak again ..menyusahkan orang
Quote BotakChinPeng 10-7-2014 03:09 PM
padan muka apek pemalas
Quote haryatie 10-7-2014 03:12 PM
menakutkan..penyamun yg bersenjata ni..
minta dijauhkan..
cukup la skali terkena..
Quote mak_wa95 11-7-2014 09:25 PM
dah  tua,xlarat,gigih lagi nak menyamun..
Quote rdzaccess 11-7-2014 09:29 PM
nanti yang kena dakwa adalah apek tu ... mendatangkan kecederaan teruk kepada suspek ...
Quote lavafasting 11-7-2014 09:38 PM
haryatie posted on 10-7-2014 03:12 PM
menakutkan..penyamun yg bersenjata ni..
minta dijauhkan..
cukup la skali terkena..

Sebelum kena taknak berdoa..

Quote Babai 11-7-2014 09:49 PM
Patut cantas terus kepala perompak tu.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.317094 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top