Aplikasi Meter On Beri Anggaran Tambang Teksi – Spad
JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melancarkan aplikasi telefon pintar MeterOn dalam usaha memastikan pemandu teksi di negara ini patuh dan menggunakan meter ketika memberikan perkhidmatan.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata MeterOn yang akan dilancar dalam tempoh terdekat, akan memudahkan pengguna perkhidmatan teksi membuat membuat aduan dan melaporkan salah laku pemandu teksi hanya menerusi telefon mudah alih mereka.
Katanya, selain mudah menyalurkan aduan berhubung salah laku, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi itu untuk menilai pemandu, mengesan kedudukan dan memaparkan anggaran kadar tambang yang dikenakan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyertai operasi membanteras ulat tiket di Kompleks Larkin Sentral di sini, pagi ini.
- Berita Harian Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|