Kastam Akan Jawab Semua 106 Soalan Gst
Ketua pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jawapan itu akan dimuatkan di laman web JKDM untuk rujukan semua pihak. Tegasnya, jabatannya akan menjawab kesemua soalan tersebut walau dianggap remeh. “Kita akan menjawab soalan-soalan itu. “Dalam masa terdekat, kita akan kumpulkan jawapan dan masukkan jawapan dalam laman web Jabatan Kastam,” kata Khazali. Dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya, Khazali berkata sesetengah soalan tersebut dianggap remeh kerana sudahpun dijelaskan sebelum ini. “Saya tak tahu kenapa dia tanya. Salah satu contoh soalan ialah 'apabila gst dilaksanakan, adakah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terus juga dilaksanakan?' “Kita dah banyak kali menjelaskan bahawa GST akan mengantikan cukai SST yang dilaksanakan,” jelasnya. Namun, Khazali berkata walaupun soalan itu nampaknya mudah, mungkin sesetengah pihak masih memerlukan penjelasan. “Jadi, ada kebaikan juga jika Jabatan Kastam mengambil semua soalan itu dan masukkan jawapan dalam laman web. “Ia boleh dijadikan sebagai maklumat untuk semua orang dan bukan hanya untuk kumpulan itu saja,” katanya. Kehadiran 100 orang aktivis ke Kompleks Kastam Kelana Jaya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut Isnin lalu disambut dengan tindakan keras pasukan polis. Seramai 80 orang aktivis ditahan dalam kejadian itu.
|
8
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kehadiran 100 orang aktivis ke Kompleks Kastam Kelana Jaya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut Isnin lalu disambut dengan tindakan keras pasukan polis.
Nokiaman replied at 25-3-2015 01:31 PM
Soklan 108 ... Alang alang nak bergst .. Knp lak 6pcnt.. Kan bagui start from low 3pcnt kaaa.... Mcm ...
Nokiaman replied at 25-3-2015 01:47 PM
Waa sebut 3pcnt ambil kira valuenya ngokk...habih Mesiak implement 6pcnt kira ekonomi mesiak bagui ...
Nokiaman replied at 25-3-2015 01:59 PM
Sebab kaum Majoriti tang Mesia nie Bodos tapi lagak pandai kekdahnyer..
tungkai replied at 25-3-2015 12:55 PM
Maksudnya mmg konfem la polis yg start havoc..??
BTW..aku tak minat dengan soalan2 tu semua. ...
“Saya tak tahu kenapa dia tanya. Salah satu contoh soalan ialah 'apabila gst dilaksanakan, adakah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terus juga dilaksanakan?'
“Kita dah banyak kali menjelaskan bahawa GST akan mengantikan cukai SST yang dilaksanakan,” jelasnya.
ADVERTISEMENT