Tuala Wanita Pun Kena Gst
Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mendakwa ramai wanita di kawasan Parlimen beliau keliru dan tertanya-tanya mengenai senarai barangan yang akan dikenakan CBP, apabila dikuatkuasakan pada 1 April nanti. “Kotex (tuala wanita) pun mau kena caj CBP. Wanita kata kepada saya kami tiap-tiap bulan kena caj. Banyak lagi barang kena caj seperti sos tomato, sos cili, sharpener, pensil dan bahan cuci tandas pun kena caj,” katanya yang mengundang ketawa anggota Parlimen yang berada di dalam dewan. Tiong yang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, mendakwa kini semakin banyak barang keperluan rakyat telah disenaraikan sebagai barangan yang akan dikenakan CBT. “Sebelum ini saya menghadiri penerangan (mengenai CBP) hanya barang tertentu dikenakan CBP, namun kini semakin banyak barangan keperluan rakyat biasa turut dikenakan cukai dan ini membebankan kewangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana,” hujah beliau. Beliau turut mempersoalkan mengapa agensi penguatkuasa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang mempromosikan jualan produk melalui iklan dengan menimbulkan rasa takut terhadap CBP seperti ‘Best Sales Before GST’ dan ‘Premium Sales Pre-GST’. Susulan ucapannya itu, Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) bangkit mencelah dengan meminta Tiong menyokong usul penangguhan pelaksanaan CPB, manakala Chua Tian Chang (PKR-Batu) meminta pengesahan terhadap pelaksanaan cukai itu menjejaskan kemasukan pelabur dari luar. Tiong bagaimanapun menegaskan beliau bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu kerana ia dilaksanakan oleh 160 negara lain dan menolak cadangan pembangkang dengan menyifatkan mereka sebagai ‘banyak kung kali kung’ (putar-belit) kerana mempunyai agenda tersendiri. Justeru beliau mengusulkan kerajaan agar pelaksanaan CBP tidak dibuat secara berperingkat dengan didahuli dengan barangan mewah untuk mengelakkan kemarahan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
|
10
Bagus |
2
Marah |
13
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 18-3-2015 01:49 PM
Nak xnak tetap kene beli
Ko sanggup guna perca kain batek lipat tebal tebal alas poen,?
missDollie replied at 18-3-2015 09:54 PM
takde kain batik recycle jer tshirt lama..
ib-instaforex replied at 18-3-2015 02:01 PM
bagus ni yg dikatakan kitar semula..bagus utk alam sekitar kita
missDollie replied at 18-3-2015 10:09 PM
marilah sama2 menghijau kan bumi malaysia nan tercinta ini..heee... kembalilah kita ke ...
shernazz replied at 18-3-2015 09:49 PM
Nak xnak tetap kene beli
Ko sanggup guna perca kain batek lipat tebal tebal alas poen,?
nikaido replied at 18-3-2015 10:44 PM
tak suka pad naik harga/kena gst, jgn period!
ADVERTISEMENT