CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Tanda-tanda terlalu selesa bergelar 'single'

16-2-2015 03:08 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 14159| Komen: 97



Orang yang single lama-lama ni cenderung untuk menjadi sangat independent, kurang bergantung harap dan menggantung perasaan terhadap lelaki, dan juga dia boleh dapat atau capai apa yang dia nak sendiri. Tak payah nak harap orang lain. Gituu.. Hah ! Kalau dah selesa hidup sendiri, mungkin kita tak rasa rushing nak kahwin ke apa kan. Atauuuu punnn, ada jugak yang masih TAK PERASAN bahawa dirinya dah terlalu selesa jadi single ! Serious bacalah entry ini sampai habis  okayy !.

#1 

Korang tak kisah melepak je kat rumah atau tak ke mana-mana bila tibanya hari minggu. Korang lagi rela duk rumah habiskan baca novel atau tengok movie kat TV daripada make calls randomly and ajak kawan keluar tengahari buta,
Kalau orang yang ada pasangan ni, dorang dah menggeletis nak plan dating kat mana kan.. Yelah, Isnin sampai Jumaat duk kerja, maka hari minggu lah nak bermanja dan melempias rindu. #Ehhh

#2 

Korang sejujur-jujurnya gembira di atas hari-hari bahagia kawan-kawan korang atau orang sekeliling korang. Contohnya pertunangan, perkahwinan atau melahirkan anak.
Ehhh macam aku je. Aku suka sangat sangat baby kot ! So aku yang excited lebih kalau jumpa anak orang ahahaa !

#3 
Korang tak pulak rasa tak selesa bila korang keluar hang out dengan kawan-kawan yang berpasangan. Tak rasa awkward, tak rasa jelesnya tengok orang memanja, makan pun nak suap pakai kaki. HAHA kidding !

#4
Bila kena tanya mengenai status hubungan, korang boleh jawab dengan jujur, takde dolak-dalih, takde kisah drama samarinda ke apa. Sebab korang tak rasa dengan menjadi “single” tu memalukan atau salah.

#5 
Korang boleh makan kat luar, tengok movie dan… travel sorang-sorang. Hahaha.. Korang tak rasa pun korang kena cari someone nak teman ke apa.
Haa kalau petanda nombor 5 ni aku fail sikit. Kalau makan sorang tu, aku selalu bungkus atau masak kat rumah (walau masak megi sekalipun)

#6 
Bila ada orang merasakan “Eh something wrong la kan si polan tu, duk single je dah berapa lama dah tu..” Maka, korang pulak akan membuat kesimpulan bahawa orang yang berprasangka itulah yang something wrong nya ! Kann ???

#7 
Walaupun single.. jadual korang padat ! Padat dengan aktiviti yang melibatkan percutian, sarapan / makan tengahari / dinner dengan kawan-kawan lama atau kawan sekerja, keluar tengok wayang dengan ahli keluarga atau kawan, seminar, kursus dan memacam lagi lah.
Kejap nak pergi yoga lah, kejap nak try taichi tepi tasik dengan aunty and uncle lah.. Kejap nak masuk gim nak sadorkan diri lah. Ambui !

#8 
Korang seakan lupa bagaimana keadaannya di dalam sesuatu perhubungan tu. Korang dah tak ingat atauuu tak ambil tahu mengenai isu seperti – Berapa banyak kali nak berbalas mesej ? Bila nak buat apa-apa atau pergi mana-mana kena tanya pasangan tak ?

#9 
Korang abaikan saja mesej-mesej manis yang datang dari entah siapa-siapa sebab korang tahu yang korang takde masa nak layan benda-benda yang kelihatannya bukan untuk jangka masa panjang. Korang boleh dapat agak kalau seseorang tu tak serius dengan korang atau pun orang tu tidak muncul sebagai “pasangan berpotensi” HAHA !

#10 
Jauh di dasar hati korang tu, korang sehabis jujur bahawasanya korang berasa gembira dan selesa di mana korang berada sekarang. Korang tak susah hati tengok kapel budak-budak sekolah duk lepak kat taman permainan depan rumah orang.

#11 
Korang mungkin ada keinginan serta perancangan awal untuk berkahwin, settling down.. tapi korang tak pernah rasa tertekan mengenainya, jauh sekali nak rushing cari calon ke apa. Korang takde lah rasa tertekan nak melancarkan kempen “30 hari mencari cinta” ke apa.

#12 
Korang tak suka atau RIMAS dengan ideologi (perghh) bahawasanya kalau korang ada kapel dengan someone, korang kena mintak izin atau repot kat pasangan korang mengenai setiap benda yang korang buat. Nak keluar kedai beli Kotex pon nak repot ke ? Hahaa. Sudahnya, korang lagi selesa single. Pergi mana-mana pun sukahatilahh.

#13 
Korang takde masalah bila bersendirian. Korang tak rasa serba kekurangan tulang rusuk ke, tulang kaki ke, sup tulang ke. Hahaha.. Korang just.. nikmati masa yang ada dan lakukan apa yang korang nak.

#14 
Korang memberi sokongan moral kepada mereka yang takut untuk bersendirian, malah korang mendoakan mereka supaya menemui cahaya di jalan nan gelap dan menghargai setiap detik bergelar single. Wakakaa…

#15 
Korang tak rasa terkilan di atas kegagalan hubungan lalu. Haa malah, bersyukur pulak yang hubungan tu berakhir ! Takde sakit hati, takde makan hati ke.. limpa ke.. Kalau hubungan tu tak berakhir, korang tak sebahagia sebagaimana korang sekarang. Haaa gituu !



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 13-2-2015 10:41 AM
but deep down inside we still got that feeling to be in love, right?
Quote puterinazira 13-2-2015 10:57 AM
bulalof replied at 13-2-2015 10:41 AM
but deep down inside we still got that feeling to be in love, right?

Yes... absolutely... everybody are hoping for that... it is just maybe sometimes it may fall at wrong time and wrong people.
Quote puterinazira 13-2-2015 10:58 AM
bulalof replied at 13-2-2015 10:41 AM
but deep down inside we still got that feeling to be in love, right?

Yes... absolutely... everybody are hoping for that... it is just maybe sometimes it may fall at wrong time and wrong people.
Quote bulalof 13-2-2015 11:02 AM
puterinazira replied at 13-2-2015 10:58 AM
Yes... absolutely... everybody are hoping for that... it is just maybe sometimes it may fall at wr ...

the probability is yes, we might have fall for the wrong person at the wrong time. But we must always be pragmatic and positive. After all, this is life. Take all the failures in the relationship as a catalyzer for us to find the right ones.

and although love is osmetimes so much painful and hurt, there's always a rainbow after a storm.

me too, are healing from the bad experience.

me too, are doing the same thing u have listed there.

me too, are trying hard, to move on...
Quote puterinazira 13-2-2015 11:27 AM
bulalof replied at 13-2-2015 11:02 AM
the probability is yes, we might have fall for the wrong person at the wrong time. But we must alw ...

Well said

Good things come to those who believe, better things come to those who are patient, and the best things come to those who don't give up.
Sometimes the wrong choices bring us to the right places.


Quote bulalof 13-2-2015 11:28 AM
puterinazira replied at 13-2-2015 11:27 AM
Well said

Good things come to those who believe, better things come to those who are patient ...

couldnt have agreed more with u.
Quote puterinazira 13-2-2015 11:41 AM
bulalof replied at 13-2-2015 11:28 AM
couldnt have agreed more with u.

May you'll find the right one soon insyAllah... If you already have one... appreciate whatever you have and cherish the moment that you have...
you're gonna need that
Quote bulalof 13-2-2015 11:48 AM
puterinazira replied at 13-2-2015 11:41 AM
May you'll find the right one soon insyAllah... If you already have one... appreciate whatever  ...

i pray that way for u too.
we deserve to be loved and in love again...

its just a matter of time.

let time heal and washes away everything....
Quote Bell 13-2-2015 12:15 PM
Org perempuan boleh la mcm nie tp tidak lelaki. Tuhan dah design badan lelaki perlukan kepuasan syahwat. Seks adalah keperluan no 1 lelaki. Di sebut dlm al-quran - seorg ahli syurga lelaki akan dpt sekurang2nya 70 bidadari. Lelaki serba serbi mampu tp takde keinginan seksual amat-amat pelik and abnormal.
Quote cheezzy 13-2-2015 02:09 PM
selagi single, enjoy la puas2.
kalau ada jodoh tu tak kemana.
dh kawen esok kena bangun pagi, kena rajin, kena pandai masak!
Quote puterinazira 13-2-2015 02:31 PM
cheezzy replied at 13-2-2015 06:09 AM
selagi single, enjoy la puas2.
kalau ada jodoh tu tak kemana.
dh kawen esok kena bangun pagi, kena ...

Yaaa betoi ! kami takdak benda nk enjoy...tapiiiii...kami nk pulun keja puas2... balik mlm ka nk workaholic ka...inilah masanya...
Quote melinda_kerr 13-2-2015 02:38 PM
selagi mak ayah ada bolehlah nak rs happy hidup single.. kalau dah takde..mampuker nak bahagia dgn kawan2 dan adik beradik jer?
Quote puterinazira 13-2-2015 02:46 PM
melinda_kerr replied at 13-2-2015 06:38 AM
selagi mak ayah ada bolehlah nak rs happy hidup single.. kalau dah takde..mampuker nak bahagia dgn k ...

Orang lain tak tau lah...tapi i mmg hidup sendiri je dari kecik jadi dah biasa...
tak gantung ngn kwn sangat...tapi banyak gantung dgn diri sendiri ja... hidup kami mmg pasif...
pi keja balik keja...kacau kucing... tengok tv...tidoq... kalau bosan...pi rumah membe main ngn anak dia sat...
pasto balik tidoq.... kalau awk tanya org lain sy taktau...tapi kalau tanya saya...yaaa boleh...
Quote lizaluvliz 13-2-2015 02:52 PM
omg...iols ada skit ciri2 di atas....
Quote puterinazira 13-2-2015 03:08 PM
lizaluvliz replied at 13-2-2015 06:52 AM
omg...iols ada skit ciri2 di atas....

hehe
Quote midori888 13-2-2015 03:33 PM
adakah satu kesalahan kalu kita rasa selesa?

weekend aku suka lepak umah jer....tak suka nak kuar2 nie....wkend skrg pun rasa kejap jer....hal2 makan, shopping sorang2 tu memang dah biasa....aku lg senang shopping sorang2 dari beramai2....aku jenis shopping cepat, 2-3 jam dah siap....tak kuasa nak tunggu org shopping lama2...psl travel, ada jer travel solo....takde pun rasa bosan, sbb skrg kan kat mana2 bole keep in touch ngan org...aku ramai jumpa solo traveller, orait jer diorg...
Quote puterinazira 13-2-2015 03:44 PM
midori888 replied at 13-2-2015 07:33 AM
adakah satu kesalahan kalu kita rasa selesa?

weekend aku suka lepak umah jer....tak suka nak kuar ...

Kan...

Kadang2 pi tengok movie cita hantu sorang2, orang lain siap ada bf teman... kami dok sorang2 kat hujung... tapi sebenaqnya syok...
mcm hampa kat pi shopping sorang2 tu lebih seronok kadang2... org dok kata pempuan kalau shopping satu hari tak habih sambong besok...
hat tu kami tak setuju...sb kalau pi 3-4 org tuh yang dok buat sminggu tak habih shopping...sb apa...satgi hat sorang nih komen cmtu lah...
hat sorang lagi kata lagu nih... benda hat kita confident nk beli boleh jadi tak jadi beli teruih... confuse banyak sangat pendapat. Tapi kalau sorang...
sat ja...tak sampai sekerat ari aih...settle.

Tapiii...

kami teringin betoi nk pi travel sorang2...setakat nih hat tu ja...tak bedaya nk buat lagi...sb keraih2 kami...pon penakot jugak kalau kt tempat org nih...
satgi org culik buat juai... !
Quote melinda_kerr 13-2-2015 03:52 PM
puterinazira replied at 13-2-2015 02:46 PM
Orang lain tak tau lah...tapi i mmg hidup sendiri je dari kecik  jadi dah biasa...
tak gantung  ...

Bosannye hidup u dik.. Tpi hidup tua2 nnti mcmna? Klau dah jatuh sakit. Time sihat mungkinlah boleh. Klau sakit sampai bila nk hrpkn bantuan kawan2. Sakit demam biasa tkpelah. Kalau sakit yg perlukan jagaan keluarga atau suami?
Quote midori888 13-2-2015 04:00 PM
puterinazira replied at 13-2-2015 03:44 PM
Kan...

Kadang2 pi tengok movie cita hantu sorang2, orang lain siap ada bf teman... kami dok so ...

Keraih2 tu aper? Sorry tak faham

Lihat semua komen(97)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.377560 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top