(CNN) - Aktres Hollywood, Kate Winslet yang mengimpikan mempunyai keluarga besar melahirkan hasrat untuk menambah lagi cahaya mata ketiga. Heroin filem Titanic itu berkata, beliau ingin menambah lagi cahaya mata bersama suaminya, Ned Rocknroll pada tahun ini. Winslet, 37, kini sudah mempunyai dua cahaya mata dengan bekas suaminya dalam perkahwinan sebelum ini iaitu pengarah filem Jim Threapleton, Sam Mendes. Anaknya hasil perkahwinan bersama Mendes ialah Mia,12 dan Joe, 9. Pada tahun 2006, pelakon ini pernah memberitahu majalah InStyle yang beliau berharap untuk menambah lagi seorang atau dua orang anak. Winslet berkahwin dengan Rocknroll pada Disember tahun lalu. kate winslet
|
ADVERTISEMENT