CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 41293|Reply: 35

‘Kami pernah jahil’ – Betty Rahmad pertahan majlis ilmu ‘selebriti’

[Copy link]
Post time 9-12-2024 06:27 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad, menzahirkan rasa kesal terhadap komen negatif netizen yang diterima berkaitan majlis ilmu dianjurkannya baru-baru ini.


Pakaian rakan selebriti yang hadir dikecam, Betty, atau nama sebenarnya Norsha Rahmad, 43, menggesa netizen untuk memandang usaha mencari ilmu agama dari sudut positif, bukannya menghukum atau mengecam membuta tuli.


“Saya dapat banyak komen negatif tentang majlis ilmu yang saya anjurkan, antaranya kata majlis itu untuk artis sahaja dan tuduh saya atau kawan-kawan tak tutup aurat dengan sempurna.


“Kena ingat, saya dan kawan-kawan seperti Nora Danish pun pernah berada di tempat mereka sebelum ini. Kami juga pernah jahil, banyak benda yang tak tahu.


“Tapi kenapa tak boleh pandang perkara ini secara baik dan positif daripada tengok yang negatif,” katanya menerusi video dalam TikTok.


Bukan pilih bulu, Betty sebaliknya berkata, tujuan utama majlis itu dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada rakan-rakan artis yang mungkin sukar menghadiri kelas agama secara terbuka kerana kekangan tertentu.


“Saya memang sasarkan artis sahaja kerana mereka mungkin takut untuk pergi kelas agama luar. Mereka bimbang tidak diterima atau dikecam.


“Jadi, saya sediakan ruang supaya mereka boleh belajar perlahan-lahan tanpa rasa tertekan,” jelasnya.


Dalam video tersebut, adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima itu juga turut mengingatkan netizen agar berhati-hati dengan komen ditinggalkan dalam media sosial yang mencetuskan lebih banyak keburukan.


“Hati-hati dengan komen yang ditulis. Dalam tak sedar, kita mungkin menggalakkan orang lain untuk sama-sama mengutuk.


“Cuba cermin diri, adakah kita ini sempurna? Kita semua nak belajar, termasuk saya. Jangan cepat menilai atau mengata usaha orang lain untuk berubah ke arah yang lebih baik.


“Kalau tiada benda baik nak cakap, lebih baik diam. Saya sangat hargai inisiatif kawan-kawan saya yang datang belajar,” tegasnya.


Majlis ilmu anjuran Betty itu mendapat perhatian ramai selepas video pendeknya tular dalam media sosial, namun sebahagian pihak dilihat lebih gemar mencari kesalahan daripada menghargai usaha tersebut.


Sumber:- KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat tu salah
Buat ni salah
Salah sebab tak.jemput depa kot..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda baik didoakan . Bukan dikutuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya memang sasarkan artis sahaja kerana mereka mungkin takut untuk pergi kelas agama luar. Mereka bimbang tidak diterima atau dikecam.

dah kenapa pulak takut. pergi je lah kelas agama atau usrah2 kat luar tu
btw mesti betty ni masak2 jugak kan utk majlis2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah buat kat rumah dia, mestilah dia ajak kawan2 dia je...majlis kecil2 kt rumah
Tu pun ada yg condemn, terpaling sungguh lar
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikkkk tang mana x eloknya pakaian depa dlm gambar tu...kalau majlis untuk ilmu agama tu bukan ke yang baik...bukan depa buat parti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni la Betty..ko buat untuk majlis Allah..kalau takat jemput rakan2 artis elokla x payah ko viralkan...lainla ko buat majlis ilmu nk ajak semua org..tak payah nk show off kat masyarakat..ni la kesan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang hauk azab pun dressing dia org dulu2.... So oklah tu bila ada hati nak bertutup. Dah bagus dah tu.. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Niat nak show off tu yg kot yg lebihnya.. tp oklaaa kan pernah jahil. So nak bagitahu semua org lah dah berubah.... Lebih kurang lah m.o Jah Bungkus gak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kt thread 2-3 bulan lepas ada some people ajak masjid hopping sesama muslimah solat berjemaah haha comel je
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 09:58 PM | Show all posts
Aku ok je dgn perubahan Betty ni.
Even kalau yang belum pakai tudung dtg pun lg bagus.
Kurang2 boleh slow2 tambah ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 9-12-2024 08:50 PM
Mcm ni la Betty..ko buat untuk majlis Allah..kalau takat jemput rakan2 artis elokla x payah ko viral ...

Betul, normalizekan tak record tak upload

Cuba jadi macam group mak mak kita upload dlm group je paling paling pun status wasap
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau she xupload org xthu la nokkkk she did dat.. kekdg she mmg suka jadi terpaling jgk
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia amik yuran tak utk join usrah dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kau hidup zaman nabi ka nak jahil2 macam tak sekolah tak terima formal religious education bagai kamooonnnn kakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar kat atas tu ke??
Apa yg tak kena baju diorang?? Kena pakai selimut ke baru Netz approve?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2024 09:14 AM | Show all posts
alhamdulillah semoga hidayah berterusan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 10:00 AM | Show all posts
benda baik..alhamdulillah..tapi i hanya mampu hmmmm saja tengok grup ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 10:13 AM | Show all posts
noor2 replied at 9-12-2024 08:50 PM
Mcm ni la Betty..ko buat untuk majlis Allah..kalau takat jemput rakan2 artis elokla x payah ko viral ...

rasanya die bkn viralkan..die share utk content socmed die je pon..biasa la tu..netizen ramai sgt xde keje..tu pslnye
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 10:17 AM | Show all posts
likilu replied at 9-12-2024 02:11 PM
Betul, normalizekan tak record tak upload

Cuba jadi macam group mak mak kita upload dlm group je  ...

pada aku ok je dia record or snap gambar n uplod kat socmed dia. at least kwn2 yg x pernah join or xnak join sblm2 ni.. bila tgk socmed dia tu.. mungkin ada rasa nak join lepas ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.623493 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list