CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persenda penjual teh ais, Utusan Khas Presiden Indonesia, Gus Miftah letak jawatan

6-12-2024 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 45883| Komen: 50

 


Jakarta: Penceramah Miftah Maulana Habiburrahman atau Gus Miftah, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia.

Detik.com melaporkan, ia susulan tindakannya mempersendakan seorang penjual teh ais di khalayak dalam satu majlis yang mana video kejadian itu tular di media sosial.

"Kepada Bapak Presiden..., kepada Bapak Presiden saya ingin mengucapkan terima kasih yang tulus atas amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada saya," kata menerusi siaran langsung yang disiarkan CNN Indonesia pada Jumaat.

Gus Miftah berkata, keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

"Keputusan ini dibuat selepas memikir secara mendalam. Selepas solat, muhasabah dan istikarah saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Utusan Khas (Bahagian Kerukunan Beragama) Presiden Prabowo Subianto.

"Keputusan ini diambil bukan atas desakan, atau permintaan sesiapa... tetapi semata-mata kerana perasaan cinta, hormat dan cinta mendalam kepada Presiden Prabowo," katanya sebak.

Teguran Probowo kepada Gus Miftah disampaikan oleh Ketua Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Hasan Nasbi.

Beliau menegaskan Presiden Prabowo Subianto sangat menjunjung adab terhadap semua orang.

"Kami dari Pejabat Perhubungan Kepresidenan turut turut menyesali kejadian malang yang berlaku baru-baru ini dan membabitkan utusan khas Presiden Republik Indonesia," kata Hasan dalam video yang disebarkan kepada wartawan pada Rabu.


Kisah penjual teh ais bernama Sunhaji trending sebelum ini apabila penceramah Gus Miftah, 43, yang juga Utusan Khas Presiden Indonesia, Prabowo mempersendaka, memalukannya dan dihina sebagai bodoh.

Sebelum ini, Suara.com melaporkan video ketika Sunhaji diusik Gus Miftah menjadi tular selepas ditonton jutaan kali di media sosial, turut mendapat simpati pelbagai golongan seperti tokoh Nahdatul Ulama (NU), biro pakej umrah, netizen dan pempengaruh, dengan mereka segera berhasrat membantu Sunhaji.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 6-12-2024 10:42 PM
kena kecam je terus letak jawatan tengok kat malaysia 47 kes rilek je tak peduli orang cakap apa
Quote L.U.S.M 7-12-2024 06:00 AM
Xguna dana rakyat pun di indon sanggup step down..yang kena maki hari2 sebab pakai dana awam tak rasa apa2....paling2 pun just maaf..ni la mentaliti org atasan msia tanah air terchenta
Quote nayzaron77 7-12-2024 06:29 AM
Rakyat indo sejenis ekstrem yg melampau tu yg takleh tahan mentalnya baik step down nanti slow² naik lg
Quote aavakateimani 7-12-2024 06:50 AM
benci tgk muka mung
Quote aavakateimani 7-12-2024 06:50 AM
dia ni tak insof pun. he can go to jahannam
Quote netto_ 7-12-2024 07:02 AM
Kemain biadap goblok2 kan org.
Quote Belibis 7-12-2024 08:22 AM
Minggir lu miskin.minggir lu miskin..
Isospeed.[em:3:]
Quote AkokKocik 7-12-2024 08:26 AM
Ada orang yg menzalimi org lain cepat je dpt kifarah, ada org bertahun2 baru kita dpt tgk penzalim dpt pembalasannya.
Quote kotakbaju 7-12-2024 08:39 AM
Bagus la Taim. Semoga insaf. Lepas ni jangan ulangi lagi sikapmu itu.
Quote missyL 7-12-2024 09:08 AM
Aku tgok muka die langsong xde aura org alim hahaha
Cmne lah bole pg dgr ceramah die

Tgok mu mcm org jahat hahahah
Quote missyL 7-12-2024 09:08 AM
AkokKocik replied at 7-12-2024 08:26 AM
Ada orang yg menzalimi org lain cepat je dpt kifarah, ada org bertahun2 baru kita dpt tgk penzalim d ...

Dah lama die ni
Mcm2 kes kuar lepas kes ni
Tp sbb yg ni kuasa viral
Quote SalenaGomez 7-12-2024 09:11 AM
missyL replied at 7-12-2024 09:08 AM
Dah lama die ni
Mcm2 kes kuar lepas kes ni
Tp sbb yg ni kuasa viral

Bagus juga kes ni kena kat gus miftah ni. Pengajaran kpd pendakwah lain kat indon. Lalu dlm ig SG dr dulu, seram tgk mcm2 perangai pendakwah kat sana. Mujur x lepas masuk sini.
Quote plywood 7-12-2024 09:15 AM
Baguslah juga berani letak jawatan.. dimalaysia jaranglah orang resign walaupun dah viral skandal

Quote missyL 7-12-2024 09:17 AM
SalenaGomez replied at 7-12-2024 09:11 AM
Bagus juga kes ni kena kat gus miftah ni. Pengajaran kpd pendakwah lain kat indon. Lalu dlm ig SG  ...

Dieorg ni main berdakwah je
Yg style gus ni la
Xde kredibiliti pn
Belajar pn x agknye
Asal bole je

Tp ade je yg bagos
Tgok komen2 org indon pn x pg die ceramah
Quote zuriey 7-12-2024 09:44 AM
Huduh nya
Knp indo muka huduh2 belaka
Quote PULANGKAN 7-12-2024 09:45 AM
plywood replied at 7-12-2024 09:15 AM
Baguslah juga berani letak jawatan.. dimalaysia jaranglah orang resign walaupun dah viral skandal

...

itu la pasei

negara lain, skandal sikit, tercalit nama jadi buruk dan busuk. slow down, resign. settle
orang lain yang lebih layak step up pula. kalau performance teruk, step down. tukar. simple as that

Malaysia. turun naik mahkamah, dakwaan rasuah pecah amanah jota-jota, video perangai samseng tersebar, dicemuh rakyat, dalam parlimen macam monyet, wartawan soal progress kerja menteri, daerah negeri sendiri, tak dapat jawab. tetap la kat atas sana..

lepas tu dok garu kepala, kenapa orang muda tanak undi geng-geng dinosaur perfume tanah kubur
Quote zuriey 7-12-2024 09:47 AM
SalenaGomez replied at 7-12-2024 09:11 AM
Bagus juga kes ni kena kat gus miftah ni. Pengajaran kpd pendakwah lain kat indon. Lalu dlm ig SG  ...

Bagus kerajaan malaysia perkenalkan tauliah utk mengajar atau beri kuliah agama
Itu pun ramai meroyan
Quote cikatilia 7-12-2024 05:33 PM
Tgk ni pon tau Kaki buli Kaki mengejek

Quote AkokKocik 7-12-2024 06:08 PM
missyL replied at 7-12-2024 09:08 AM
Dah lama die ni
Mcm2 kes kuar lepas kes ni
Tp sbb yg ni kuasa viral

Langsung aku xkenal dia ni..tp muka bkn nk cerca tp bak kata acik porom...muka xde nur.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.040695 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top