Ciara isteri kepada penyanyi Black yang terkenal dengan lagu 'Teman Pengganti', selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.09kg petang semalam. "Alhamdulillah isteri saya sihat. Begitu juga dengan anak saya. Walau bagaimanapun kini anak saya masih ditempatkan di wad NICU yang dikhaskan untuk kanak-kanak baru lahir. Wad tersebut bukanlah untuk kanak-kanak yang kritikal. Anak saya perlu ditempatkan di situ kerana dia lahir tidak cukup bulan dan perlu mendapatkan sedikit lagi antibiotik tambahan untuk mengelakkan dia terkena apa-apa jangkitan. "Air ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya terbuka. Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon walaupun ditepuk. Hampir 10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa.
Untuk pengetahuan, bayi tersebut dilahirkan awal sebulan dari tarikh yang dijangkakan. Apa pun, LadyLista ucapkan tahniah kepada Black dan Ciara atas kelahiran cahaya mata mereka. |
ADVERTISEMENT