CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan ARTIS Lihat artikel

Emma Maembong Tersenarai Antara 100 Wanita Tercantik

31-12-2014 11:16 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7736| Komen: 0

Description: Siapa sangka, pelakon Emma Maembong menjadi artis tunggal Malaysia yang berjaya mendapat tempat di antara 100 wajah tercantik 2014.
Siapa sangka, pelakon Emma Maembong menjadi artis tunggal Malaysia yang berjaya mendapat tempat di antara 100 wajah tercantik 2014. Dengan mengalahkan artis-artis terkemuka Malaysia, Emma Maembong disenaraikan di tangga ke 71 oleh portal TC Chandler.


Kecantikan yang setanding dengan artis dunia, Emma mengalahkan Mila Kunnis di tangga ke (74), Megan Young (93), Scarlet Johansson (81). Mari singkap siapa sebenar Emma Maembong:
  • Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail
  • Tarikh lahir : 27 March 1992
  • Maembong: Gabungan nama ayah (Ismail) dan moyangnya (Embong)
  • Anak ke sembilan daripada 11 adik beradik.
  • Anak kepada Ismail Embong (pelukis tanahair) dan Yatimah Zainab (kacukan Scotland)
  • Pada tahun 2012, tercalon dalam kategori artis baru paling popular.


TC Candler dikenali kerana menyenaraikan 100 wajah pada skala global dengan mengambil kira faktor dalam budaya, gaya hidup, kerjaya dan darjah kemasyuran. Ia menerima berjuta-juta cadangan setiap tahun bagi memilih 100 wajah.
100 Most Beautiful Face ini bukan hanya mengenai populariti semata-mata sebaliknya ia juga merangkumi keanggunan, kelas dan lain-lain mengenai kecantikan.

Ini adalah senarai yang ke-25 tahun sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990. Pada tahun ini juga, buat pertama kalinya senarai 100 Most Handsome Face untuk lelaki turut diperkenalkan dengan Jamie Dornan dinobatkan di tangga pertama. Namun tiada artis lelaki Malaysia berada dalam senarai tersebut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061067 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top