Sejarah- Mengikut cerita orang2 dulu kala, sebab laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, kerana isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah di fusionkan. Berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johore, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya. Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi ikan parang yang dibakar. Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan 250 g (5 cawan) mee laksa/spaghetti 250 g (2 keping) ikan parang/tenggiri 125 ml (1/2 cawan) susu rendah lemak 60 ml (1/4 cawan) pati santan 15 g (1 sudu makan) kerisik
10 g (2 keping) asam keping 5 g (1 sudu teh) gula pasir 5 g (1 sudu teh) garam kasar 500 ml (2 cawan) air Bahan-bahan (A) untuk digiling 100 g (1/3 cawan) udang basah, dibuang kulit 50 g (1/2 cawan) udang kering 50 g (1/2 biji) bawang besar 25 g (5 ulas) bawang merah 10 g (2 ulas) bawang putih 10 g (1 sm) halia 10 g (1 sm) lengkuas 60 g (2 batang) serai, dihiris halus 10 g (1 sm) kunyit hidup 30 g (1 bungkus) rempah kari ikan Untuk Hiasan 300 g (1 biji) timun, dibuang kulit dan dihiris halus 150 g (1 batang) lobak merah, dihiris halus 100 g (1/2 cawan) kacang panjang, dipotong kecil 90 g (1 biji) bawang besar, dihiris bulat 30 g (2 biji) limau nipis, dipotong serong 250 g taugeh, dibuang ekor daun kesom dan daun selasih, dihiris halus 1 mangkuk sambal belacan kulit limau nipis Cara memasak 1. Giling bahan-bahan (A) sehingga lumat. 2. Siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebus ikan. Buang tulangnya dan giling isi hingga halus. 3. Masukkan bahan-bahan yang bercampur rempah tadi dan air rebusan ke dalam periuk. Jerang air atas api. Kacau rata dan biarkan sehingga garing dan naik baunya. 4. Masukkan susu rendah lemak dan setelah mendidih beberapa kali, masukkan pati santan dan asam keping. 5. Masukkan garam, gula dan kerisik. Kuah laksa ini elok dijerang lama sedikit supaya semuanya mesra dan agak pekat. Sambil dijerang kacau selalu. 6. Celurkan mee laksa di dalam air mendidih yang dibubuh sedikit garam. Setelah lembut, angkat dan cuci dengan air sejuk. Toskan segera. 7. Untuk menghidang, menuang kuah ke atas mee laksa, diikuti daun kesom, daun selasih, taugeh, timun, lobak merah dan kacang panjang. Jika suka, taburkan juga hirisan bawang. Boleh juga dimakan dengan sambal belacan dan perahan air limau nipis. Berat satu hidangan: 450 g KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN: NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING: Kalori/Calorie 418 kcal Lemak/Fat 8.5 g Protein/Protein 25.0 g Kalsium/Calcium 208 mg Kolesterol/Cholesterol 46 mg Zat Besi/Iron 8.8 mg -CARI Infonet.
|
27
Bagus |
19
Marah |
24
Terkejut |
26
Sedih |
21
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT