CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pelbagaikan Resipi Tauhu Anda

2-1-2015 11:27 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 112600| Komen: 161

Description: Banyak rupanya jenis makanan yang boleh kita cipta dengan hanya menggunakan tauhu. Ingin cuba?? TAHU BAKAR Bahan Sayuran 4 keping tahu 1 batang kecil timun 3 helai daun salad ...




TAHU BAKAR

Bahan Sayuran
4 keping tahu
1 batang kecil timun
3 helai daun salad
1 cawan taugeh
1 biji tomato [belah 8]

Cara
1. Tahu dibasuh dan bakarkan sehingga nampak garing.
2. Sayuran dipotong kecil.
3. Taugeh dibuangkan kakinya [akarnya]
4. Hidangkan dlam pinggan bersama kuah kacang

KUAH KACANG

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biarkan sehingga naik minyak

TAHU SUMBAT 

Bahan 
4 keping tahu putih 
timun 
carrot 
minyak 

Cara 
1. Tahu dibasuh dan gorengkan sehingga masak [golden brown] 
2. Angkat tahu dan sejukkan 
3. Tahu dipotong 2 dan belahkan dalamnya untuk memasukkan sayuran. 
4. Parutkan carrot dan timun. gaulkan. 
5. Masukkan sayuran dlam belahan tahu. 
6. Hidangkan dengna sos cili atau sos kacang. 

Sos Cili 
5 biji cili merah 
5 biji cili kering [rebus] 
1 ulas bawang putih 
1 s/b gula 
1 s/b cuka 
1 cawan air 
1 s/k tepung jagung [bancuhkan dengan sedikit air] 
garam 

Cara 
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus. 
2. Panskan bahan cili sehingga mendideh. 
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit. 
4. Tutup api dan biarkan sejuk

JEJEMPUT TAHU

Bahan
3 cawan tepung gandum
sedikit daun kucai [hiris pendek]
aie secukupnya
minyak

Bahan kisar [kasar saja]
3 keping tahu
sejemput ikan bilis
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
garam

Cara
1. Gaulkan bahan kisar dengan tepung dan daun kucai.
2. Tambahkan air secukup lembut [jangan pekat atau cair sangat..agak jer la...]
3. Panaskan minyak dan sudukan adunan kecil2 dan masakkan sehingga kuning keemasan. kKalau nak jemput dgn tangan pun boleh.
4. Bila telah masak hidangkan dengan sos cili.

NOTA.
Boleh gantikan ikan bilis dengan udang hidup atau udang kering.


22

Bagus
27

Marah
25

Terkejut
12

Sedih
35

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanieliza 11-5-2006 09:33 AM


TAHU SUMBAT

Bahan
4 keping tahu putih
timun
carrot
minyak

Cara
1. Tahu dibasuh dan gorengkan sehingga masak [golden brown]
2. Angkat tahu dan sejukkan
3. Tahu dipotong 2 dan belahkan dalamnya untuk memasukkan sayuran.
4. Parutkan carrot dan timun. gaulkan.
5. Masukkan sayuran dlam belahan tahu.
6. Hidangkan dengna sos cili atau sos kacang.

Sos Cili
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 s/b gula
1 s/b cuka
1 cawan air
1 s/k tepung jagung [bancuhkan dengan sedikit air]
garam

Cara
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus.
2. Panskan bahan cili sehingga mendideh.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit.
4. Tutup api dan biarkan sejuk
Quote apt_baby 11-5-2006 09:42 AM
saya mmg 'hantu' tahu kak liza taaww. tahu bakar tak pernah makan tapi selalu dengar org citer. kat alor star ni rasanya mcm tak pernah jumpa ada org jual pun. boleh try nih buat sendiri nih
Quote noor_hannah 11-5-2006 09:44 AM
Originally posted by hanieliza at 11-5-2006 09:29 AM
kakliza suka makan tahu bakar saperti ini..




http ...



wahai kak liza yg cun melecun berkaca mata ijooo!!!

tau tak bikin tahu yg bersakar2 dlm dia.. biasa jual kat supermarket.. org jual tahu bakar biasa pakai tahu ni lah... tapi yg kat supermrket tu rasanya ca ya nun alip buat... yg tu sedapp woo!!!
Quote ladida 11-5-2006 09:52 AM
sup tahu sedap gaks
Quote hanieliza 11-5-2006 11:15 AM
Originally posted by noor_hannah at 11-5-2006 09:44 AM



wahai kak liza yg cun melecun berkaca mata ijooo!!!

tau tak bikin tahu yg bersakar2 dlm dia.. biasa jual kat supermarket.. org jual tahu bakar biasa pakai tahu ni lah... tapi yg kat superm ...


alahai Cik Noorhananah ayu jelita...

kakliza x pernah jumpa tahu ni..apatah lagi nak makannya..

kakliza biasa makan tahu bakar ni gunakan tahu kacang soya ni jer..
lain tak la pulak...

ampun mahap laaa..tak der resepi tuuuu..
Quote crystal_biru 11-5-2006 11:21 AM
saya suka buat sup tahu.. sedap lembut jer tahu.... :love:
Quote NoorMasri 11-5-2006 04:53 PM
semlm Noor masak SEAFOOD & TOFU SOUP...ratah je..tak selera makan nasi




ikut resepi dlm buku Chinese Cooking..sesuai dgn citarasa Noor :love:
Quote tunteja78 11-5-2006 05:03 PM
adehhh...tgh lapar2 ni tgk gmbr masak kak liza n kak noor..tak tahan godaan tul..:geram:
Quote Baiduri Othman 11-5-2006 05:57 PM
Tauhu pun sedap buat burger campur dgn kentang rebus. Saya dah bagi kat thread homemade nugget. Selain itu, tauhu sedap digoreng hingga crispy. Jika suka boleh gaul tauhu dgn tepung KFC & goreng hingga crispy. Lepas tu, goreng jugak sotong tepung, cucur udang, ubi keledek, ubi keladi, sausage. Jgn lupa sengkuang & timun. Sedap makan dgn sos cili buatan sendiri campur dgn kacang tumbuk.
Quote mambogurl 15-5-2006 08:47 PM
Bebaru nih mambo try wat bergedil tauhu..
tak guna kentang langsung... tapi sedap.. sedap sangat...
resepi nih mak mabo copy dari mana ntah..


Quote ahysa 16-5-2006 10:29 AM
Originally posted by mambogurl at 15-5-2006 08:47 PM
Bebaru nih mambo try wat bergedil tauhu..
tak guna kentang langsung... tapi sedap.. sedap sangat...
resepi nih mak mabo copy dari mana ntah..


mambo...syah pun peminat tauhu dan pernah cuba buat bergedil tauhu ni tapi tak berapa menjadi. boleh mambo share recipe bergedil tauhu mambo kat sini? thanks sis! :tq:
Quote crystal_biru 16-5-2006 10:32 AM
tak der resepi ke nak buat tauhu sendiri?
teringin nak buat sendiri sebab biasanya tauhu yg dijual di pasaran cha ya nun alif yg buat....
Quote mias_2004 16-5-2006 12:06 PM
Originally posted by hanieliza at 11-5-2006 09:29 AM
Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.


Kak Liza,
dok baca dlm list bahan2 dia .. takde pun daging.. berapa byk daging tu?
Quote ThousandIsland 16-5-2006 05:04 PM
Bahan2
10 keping tahu

Goreng tahu. jgn sampai terlalu garing..
kendian potong dua jadik bentuk segitiga
kuarkan isi tahu..sampai tinggal kulit jek..

Inti

Isi Ikan /Ayam - rebus dulu, tumbuk2 kasik halus
isi tahu kat atas tadi
Lada sulah/lada hitam
garam secukup rasa..
daun sup sikit..potong halus

gaulkan semua bahan diatas.
masukkan balik dalam kelongsong tahu tadi.
celupkan dalam telur..goreng..
enak dimakan begitu saja..

[ Last edited by  ThousandIsland at 16-5-2006 05:06 PM ]
Quote Baiduri Othman 16-5-2006 07:36 PM
Tauhu pun sedap buat burger. Memang yummy yummy!
Quote hanieliza 16-5-2006 08:59 PM
kak liza pernah buat jejemput tahu..sedap jugaklah..
kira macam bagus untuk tambah protien..
oleh kerna kakliza buat lama dulu.. so nanti kalau kakliza buat..insyaAllah akan posing disini yer..:nerd:

JEJEMPUT TAHU

Bahan
3 cawan tepung gandum
sedikit daun kucai [hiris pendek]
aie secukupnya
minyak

Bahan kisar [kasar saja]
3 keping tahu
sejemput ikan bilis
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
garam

Cara
1. Gaulkan bahan kisar dengan tepung dan daun kucai.
2. Tambahkan air secukup lembut [jangan pekat atau cair sangat..agak jer la...]
3. Panaskan minyak dan sudukan adunan kecil2 dan masakkan sehingga kuning keemasan. kKalau nak jemput dgn tangan pun boleh.
4. Bila telah masak hidangkan dengan sos cili.

NOTA.
Boleh gantikan ikan bilis dengan udang hidup atau udang kering.
Quote Kota 17-5-2006 10:02 AM
hmmm
Kota kalu beli Tauhu nie
slalu goreng simple jer

Tauhu tu Kota potond dadu
kemudian campurkan garam sesudu
dan juga lada sulah

Biarkan dlm 10 min
untuk tauhu tu menyerap perisa tersebut

kemudian goreng hingga masak
kalu nak rasa lemak2 tauhu tu
goreng setakat kekuningan gitu

macam Kota sukakan garing
so bila gorng tu mmg ala2 nak gelap sikit...

hmmm... sampai berebut ngan anak2
heheheh
Quote ahysa 17-5-2006 10:52 AM
manalah mambo ni....org tengah tunggu recipe bergedil tauhu dia ni

ok syah pun nak kongsi recipe...yg ni syah selalu buat masa tengah berdiet dulu sbb bahan2 dia semua protein based dan menyihatkan

tauhu kukus dgn ayam
bahan A
tauhu lembut yg dalam kotak - potong 2 dan keruk sedikit di atas utk meletak inti

bahan B
daging ayam yg dicincang
daun bawang hiris halus
lada merah hiris halus
serbuk lada putih
garam
minyak bijan
sedikit sos tiram
isi tauhu yg dikeruk
putih telur atau sedikit tepung jagung

cara....
susun tauhu yg dah dikeruk tengah tu diatas pinggan yg tahan panas. sediakan kukusan.
bancuh semua bahan B dan kacau hingga sebati. bubuhkan bahan ni diatas kerukkan tauhu tu dan kukus hingga inti masak.....dalam 10min dah masak dah tu.

variasi - boleh gantikan daging ayam dgn udang dan boleh juga tambah water chestnut dan dried shiitake mushroom pada bahan B.


selamat mencuba :bgrin:

[ Last edited by  ahysa at 17-5-2006 10:53 AM ]
Quote angelny 17-5-2006 10:55 AM
Ada sesiapa ada resipi home made tauhu? boleh share tak?

Lihat semua komen(161)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.076477 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top