Pelancaran tiket konsert tersebut diadakan di Paradigm Mall menyaksikan peminat bukan sahaja dari Malaysia, malah dari negara-negara jiran berpusu-pusu beratur untuk mendapatkan tiket. Menurut IME Production selaku penganjur rasmi konsert 50 peratus tiket telah berjaya dijual pada hari pelancaran tersebut. Teayang dengan konsert bertemakan 'Rise in Malaysia' popular dengan lagu Eyes, Nose, Lips.
Kepada peminat yang belum membeli tiket lagi, anda boleh saja melayari laman TicketCharge www.ticketcharge.com.my atau menempah melalui talian telephone 603-92228811. Anda juga boleh mengunjungi pejabat TicketCharge, Speedy, Rock Corner dan Victoria music store, cawangan Neway Karaoke dan juga cawangan Celcome blue cube. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan konsert tersebut, bolehlah melayari facebook IME Production www.facebook.com/imepmy Harga-harga tiket seperti berikut : · VIP RM599 (VIP zone / Number seat) · RM499 (Rock zone) · RM399 (Number seat) · RM299 (Free seating) · RM199 (Free seating) |


Okey bukan pasal nak membodek penganjur tapi ini adalah kenyataan. Memegang rekod bersih sepanjang mengandalikan concert besar dari mereka mula memperkenalkan diri kepada peminat di Malaysia sehingga kini dan mungkin disebabkan rekod bersih ini maka YG Entertainment menaruh kepercayaan penuh kepada mereka mengandalikan kesemua concert artis naungan YG Entertainment seperti 2NE1 dan Big Bang terkini adalah solo konsert Taeyang ‘Rise’ in Malaysia yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta untuk ‘production fees’ bagi membawa kelengkapan set pentas yang berteknologi tinggi terus dari Korea. Walaupun dunia peminat kpop di Malaysia masih dibayangi dengan insiden sebelum ini yang menjadi punca perbalahan antara netizen Malaysia dimana melibatkan JAKIM dan kemudianya telah mendesak penganjur untuk membatalkan atau menunda konsert anjuran mereka namum konsert ini tetap berlangsung dan berjalan seperti yang ditetapkan setelah pihak penganjur memberi keyakinan kepada pihak berkuasa yang berkaitan bahawa mereka akan memastikan perkara yang dilarang tidak akan berlaku dan pihak YG Ent juga bersetuju untuk mematuhi kesemua garis panduan yang ada. 



Tapi apa pun, terus terang kedatangan Taeyang di Malaysia memanglah sangat-sangat dinantikan oleh para VIP.







saaya replied at 10-2-2015 08:30 AM
Bak kata makcik security kt situ, DALAM BANYAKA2 , KONSERT NI PALING BEST WALAUPUN MAKCIK XKENAL SIA ...


..best ah dpt tgk konsert free..kenal tak kenal belakang kira...yg penting enjoy 

honey_jelly replied at 10-2-2015 09:47 AM
keleessss ko makcik security ..best ah dpt tgk konsert free..kenal tak kenal belakang ...






Taeyang mmg awesome sangat and VIPs pon sangat sporting. Ramah tamah VIPs ni sume
saaya replied at 10-2-2015 08:30 AM
Bak kata makcik security kt situ, DALAM BANYAKA2 , KONSERT NI PALING BEST WALAUPUN MAKCIK XKENAL SIA ...


Iswara replied at 10-2-2015 01:00 PM
sempat uols beramah tamah dgn mak guard
Tapi sangat2 enjoy kan. Skang dah start menabung ...
... Yang penting peratus kasih sayang iols dkt TY dah meningkat sampai tak ada penghujungnya, cara dia layan n care pasal fans buat iols lg jatuh cinta...
... Kawan2 iols yg bias dyorg bukan si TY siap cakap dkt iols, skrg dyorg faham kenapa selama ni iols n kawan2 Solmates bertahan n gila2 sayang demi TY... 

ADVERTISEMENT