KD Pahang Hanya Mampu Ambil Satu Mayat Daripada Tiga – TLDM
Keadaan laut bergelora pada hari kelima pencarian mayat dan serpihan pesawat QZ8501 hari ini. - Foto Twitter Panglima TLDM Laksamana Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan daripada tiga mayat yang ditemui semalam, kapal TLDM KD Pahang hanya berjaya membawa naik satu daripadanya ekoran keadaan laut yang bergelora hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas operasi pencarian mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, Ahad lepas. Panglima TLDM, Laksamana Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitternya @ChiefnofNavy turut memuatnaik dua gambar dari kapal KD Lekiu bagaimana keadaan laut yang berombak kuat dan cuaca sekitar kawasan pencarian yang mendung.
“Keadaan cuaca dan laut pada hari ini di kawasan pencarian – kurang baik, penglihatan pada jaran 5 batu nautika,” kata Abdul Aziz. Menurut Abdul Aziz, sebuah helikopter jenis Fennec juga sentiasa bersiap-sedia untuk dikerahkan ke lokasi jika ada serpihan dan mayat ditemui. Helikopter Fennec di atas kapal KD Lekiu. Sementara itu, hari ini empat mayat, tiga wanita dan seorang lelaki telah diterbangkan ke Surabaya dari Hospital Imannudin di Pangkalan Bun. Menurut sumber, kesemua empat mayat ditemui berpakaian lengkap ketika ditemui dan seorang mayat wanita yang ditemui turut memakai baju seorang pramugari AirAsia. Hari ini merupakan hari kelima operasi pencarian diteruskan bagi mengesan saki baki mayat daripada 162 orang penumpang pesawat AirAsia itu yang hilang ketika dalam penerbangan menuju Singapura dari Surabaya. Mayat yang ditemui akan dibawa ke Pangkalan Bun untuk dibersihkan sebelum kemudiannya dibawa ke Surabaya untuk tujuan forensik serta akan diserahkan ke ahli keluarga mereka. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=849822 |
8
Bagus |
14
Marah |
16
Terkejut |
6
Sedih |
20
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT