Azwan Ali Bakal Pengacara Baru Melodi?
Ramai sudah sedia maklum yang kontrak pasangan pengacara Sherry Alhadad & Zulin Aziz untuk mengendalikan rancangan hiburan Melodi tidak diteruskan untuk tahun 2015 dan berita ini disambut baik oleh para peminat yang mahukan pembaharuan pada program itu.
Produksi Melodi bagaimanapun mengekalkan Awal Ashaari sebagai pengacara utama program hiburan popular dan kini ianya menjadi tanda tanya siapakah bakal gandingan baru untuk Melodi atau ianya akan dikendalikan seorang diri oleh Awal Ashaari. Seperti dilaporkan OHBULAN!, Azwan Hj. Ali menerusi akaun Instagram beliau baru baru ini ada memuatnaik satu gambar beserta status memberikan gambaran yang beliau akan mengendalikan satu projek besar di TV3 bermula pada 14 Januari 2015. Ramai mula beranggapan yang Azwan Ali bakal menduduki kerusi pengacara Melodi bersama Awal Ashaari untuk tahun 2015 kelak & pastinya telatah selebriti sensasi itu bakal lebih meriahkan program Melodi. Siapa setuju Azwan Ali kendalikan Melodi? |
dauswq replied at 31-12-2014 04:16 PM
kerlasttt
aruslah wig & kipas feveret dibawa smbl menjolok gosip katenye
sepitsiput replied at 31-12-2014 04:24 PM
azwan tak pernah jd pengacara melodi kan? dia pernah menerbitkan melodi, tp kerusi pengacara dia bag ...
sepitsiput replied at 31-12-2014 04:25 PM
kt situ heshe tulis 14 Jan = hari ahad
mcm konfem je
ADVERTISEMENT