Kedah mula banjir, 2 pusat pemindaha dibuka Gambar hiasan KUALA LUMPUR 25 Dis. - Banjir mula melanda Kedah dengan sekurang-kurangnya 51 orang di beberapa kawasan di negeri ini terutama di daerah Padang Terap dipindahkan sejak tengah hari ini.
Selain Kedah, negeri lain yang dilanda banjir ialah Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis. Sehingga kini, dua pusat pemindahan banjir dibuka di Padang Terap bagi menampung mangsa banjir berikutan hujan sejak beberapa hari lalu. Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah, Mejar Mohd Radzi Abd Hamid sebuah pusat pemindahan telah dibuka di Kampung Chepa, Nami, yang menempatkan 19 mangsa daripada dua keluarga. “Ini berikutan limpahan air Sungai Pedu dan Sungai Muda dan kita percaya keadaan ini hanya sementara, dan mangsa akan dibenarkan pulang petang nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebuah pusat pemindahan lagi dibuka di Dewan Petunas Lubuk Merbau yang menempatkan 11 mangsa dari Kampung Lubuk Merbau, 21 dari Kampung Baru Lubuk Merbau dan sejumlah mangsa yang bilangannya belum dikenal pasti dari Kampung Dusun. |
2
Bagus |
1
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kentel posted on 25-12-2014 07:00 PM
dah dah la dengan mentaliti bala tu..sama2 kita doakan semoga cepat dugaan ni tamat..
skymania posted on 25-12-2014 07:02 PM
Adik aku kat alor star umah die dah naik air..anak dok berkuak dlm umah...
skymania posted on 25-12-2014 07:02 PM
Adik aku kat alor star umah die dah naik air..anak dok berkuak dlm umah...
axl_bach posted on 25-12-2014 08:16 PM
area mana kat Alor Setar yg dah naik banjir nih??
KumbangPolkaDot posted on 25-12-2014 08:19 PM
area mana kak
matamata posted on 25-12-2014 05:30 PM
Ni nak consider bala ke atau ujian?
lazim posted on 25-12-2014 08:56 PM
skeai maniam area mana ni? aku nk balik jalan dato kumbar ni.. dok hasut mak aku ckp alor setar dh b ...
skymania posted on 25-12-2014 09:07 PM
Jitra uols...tp mek slalu turun stesen ketapi alor star klu pi umah die...kekeke...
axl_bach posted on 25-12-2014 09:12 PM
Jitra belah kampung2 ker yg banjir??
aku baru lalu town jitra td ptg ok jer...now dok kat Banda ...
axl_bach posted on 25-12-2014 09:12 PM
Jitra belah kampung2 ker yg banjir??
aku baru lalu town jitra td ptg ok jer...now dok kat Banda ...
ADVERTISEMENT