CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Muhyiddin: Jangan Risau, Saya Uruskan Banjir

26-12-2014 02:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10038| Komen: 81

Description: "Saya Bertanggungjawab, Jangan Risau. Percayalah Pada Saya," Kata Muhyiddin Yang Juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.
Muhyiddin: Jangan risau, saya uruskan banjir

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa orang ramai agar mempercayai beliau untuk menguruskan krisis banjir ketika perdana menteri bercuti di luar negara.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang tentang penyebaran gambar Najib bercuti di Hawaii dan dilihat bermain golf bersama Presiden US, Barack Obama.

"PM sudah bekerja keras. Berlaku adillah pada beliau. Beliau juga manusia.

"Saya bertanggungjawab, jangan risau. Percayalah pada saya," kata Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya hari ini selepas menyampaikan perutusan Hari Krismas sebelumnya.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 90,250 orang terpaksa dipindahkan akibat banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis - jumlah terbanyak dalam sejarah negara.

Muhyiddin juga berkata "tidak perlu" untuk Najib pulang cepat kerana krisis banjir itu.
  
"Jika saya tidak boleh lakukan tugas itu, barulah saya akan panggil beliau balik," katanya.
  
Sementara itu, Muhyiddin juga berkata tidak ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat ekoran banjir besar tersebut.

Katanya, terdapat kriteria yang berbeza sebelum mengisytiharkan darurat, contohnya, bekalan elektrik dan air putus sepenuhnya.

Beliau berkata mangsa banjir tidak peduli sama ada darurat diisytiharkan.
  
"Mereka hanya mahu diselamatkan, dan kami akan memberi tumpuan kepada usaha itu," katanya.

13

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lina66 26-12-2014 07:36 AM
Whattt????
Quote dpsa 26-12-2014 07:40 AM
Purcayelah pada saya...
Quote ResellerMaxis 26-12-2014 07:40 AM
Lina66 posted on 26-12-2014 07:36 AM
Whattt????

Tak convincing langsung cara muhyidin ni bercakap..
Quote ResellerMaxis 26-12-2014 07:42 AM
dpsa posted on 26-12-2014 07:40 AM
Purcayelah pada saya...

Kenapa xdengar komen kj lagi berkenaan banjir..dia xbawa pemuda umno pergi menyelamat ke. Ibrahim ali kat pasie mas selamat x..dia bawa perkasa gi menyelamat ke x..
Quote Al-Patih 26-12-2014 07:45 AM
dah bertaun negaro kita...dilinda banjir....tak kan tak adok...persediaan untuk menghadapi nya....melainkan gemper bumi....

salah satu usaha yang dicontohi......olih kerahjagaan negri.....

[Tempatan] Mangsa Banjir akan dipindahkan dengan AmphiCoach?
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=848511




Quote fire_place 26-12-2014 07:48 AM
kenyataan yidin sama mcm mjlis pbndaran bila mtk traffic light..bila ckp simpang sbbkn ramai eksiden..ckp dh ada kematian belum??.bru boleh.mana xtumpah kuah kalo ke nasi..

gakny situasi kelantan ni nk tggu gaimana.org yg hdp bnjir pun rata2 mrh kat kerajaan.
Quote kentutmanis 26-12-2014 07:48 AM
yiddin buat ape kat church, xmarah ke ngo2 nanti, ummah kan ade yg sentap.. anjing, babi, church sumber kesentapan ummah suchi
Quote vespa_oren 26-12-2014 07:51 AM
Mb kelantan cakap xada keperluan isthiyar darurat, keyboard warrior lak lebih2
Quote BlueHand 26-12-2014 08:05 AM
Kalau istihar darurat ape akan berlaku? Sama jugak kene selamatkan orang kan?
Quote bluehedgehog 26-12-2014 08:06 AM
klau di negeri bukan umno...berpuluh2 thread akan dibuka si anak nogori tua...
Quote ResellerMaxis 26-12-2014 08:08 AM
bluehedgehog posted on 26-12-2014 08:06 AM
klau di negeri bukan umno...berpuluh2 thread akan dibuka si anak nogori tua...

Maksudnya??
Quote redz85 26-12-2014 08:10 AM
PM sudah bekerja keras-- kata pak din
Quote bluehedgehog 26-12-2014 08:11 AM
ResellerMaxis posted on 26-12-2014 08:08 AM
Maksudnya??

gi tanya anak nogori
Quote gaara_X 26-12-2014 08:38 AM
indah khabar dari ghupe......
Quote mdhelmi 26-12-2014 08:42 AM
tahniah muhyiddin....kotakan janji anda
Quote batusembilan 26-12-2014 08:44 AM
bluehedgehog posted on 26-12-2014 08:06 AM
klau di negeri bukan umno...berpuluh2 thread akan dibuka si anak nogori tua...

Ko pun buka la byk2 thread.....xde sapa larang pun......dengki x habis2.....mesti poremer ni melayu
Quote miss_baby 26-12-2014 08:46 AM
wak sembab
Quote mokcikKSKB 26-12-2014 08:49 AM
Agaknya pocik mohidin dh panggey balik tp kena maki ngan bijan
Quote lkick2113 26-12-2014 08:57 AM
yang isytiharkan darurat kan kerajaan negeri.....

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.101685 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top