Oleh Fyruz Hanna
Di Acheh, sekumpulan ulama sepakat untuk bertindak sendiri dengan mengecat pakaian umat islam yang tidak menepati syariah. Perkara ini terjadi berikutan para ulama berpendapat pemerintah negeri itu tidak serius menegakkan syariat Islam. Serbuan dibuat di sekitar pekan Acheh dengan mengecat sesiapa sahaja yang didapati melanggar peraturan berpakaian secara Islam. ‘Jika pemerintah benar-benar menegakkan syariat Islam, kami akan berhenti melakukan razia seperti ini,” kata Teungku Nurdin USman, pemimpin Tadzkiiratul Ummah.
Sebelum serbuan mengecat ini dilaksanakan, mereka mengaku memberikan kain sarung pada mereka yang memakai pakaian ketat, namun akibat kekurangan dana, cat dilihat antara alternatif baru bagi kumpulan ulama ini. Bukan sahaja wanita, lelaki yang berseluar pendek juga ditahan dan disembur cat. Nota: Masyarat Acheh tidak dibenar menggelarkan tindakan seumpama ini sebagai melanggar undang-undang Islam kerana ia merupakan satu polisi syariat. sumber: Modifikasi.com
|
ADVERTISEMENT