CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kasanova Menyamar Inspektor Polis Tidak Selamat

13-11-2014 10:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14043| Komen: 21

Kasanova Menyamar Inspektor Polis Tidak Selamat


GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang menyamar sebagai anggota polis, memperdaya wanita untuk melakukan hubungan seks dengannya sebelum memeras ugut mereka, dikenal pasti sebagai seorang Community Policing dan anggota Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Kad kuasa milik suspek yang dirampas oleh polis disahkan sebagai tulen.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek merupakan seorang bekas penghuni Sekolah Henry Gurney di Melaka.

"Kami menahannya di sebuah kedai kopi dekat dengan rumahnya di Paya Terubong pada Sabtu hasil maklumat orang ramai.

"Kami kemudiannya memeriksa rumah suspek dan polis menemui satu uniform polis dengan pangkat inspektor dalam tempoh percubaan, dua pistol mainan dan sepasang gari dan walkie-taklie.

"Suspek kemudiannya mengakui menyamar sebagai 'Inspektor Vijay' untuk memperdayakan wanita," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di Jalan Patani di sini, Selasa.

Polis turut merampas wang sebanyak RM1,205, empat telefon bimbit, sebuah komputer tablet dan beberapa resit kedai pajak gadai.

Mior Faridalathrash berkata modus operandi suspek adalah 'memburu' mangsa menerusi aplikasi mesej dan bermain cinta dengan mereka.

Selepas melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit, dia akan memeras ugut mangsa dengan mengancam untuk memuat naik video seks yang dirakamnya secara rahsia.

Beliau berkata, polis percaya suspek menggunakan taktik sama untuk memperdaya sekurang-kurangnya lebih lima wanita melibatkan wang sebanyak RM20,000 dalam tempoh dua bulan lalu.

Mangsa terbaharu suspek adalah seorang jururawat berusia 21 tahun yang terpaksa menggadai rantai emas milik ibunya sebanyak RM10,000 sebagai bayaran yang dikehendaki suspek.

UPDATE

Nurse pun rakam video seks

GEORGETOWN: Seorang lagi wanita mangsa penipuan kasanova yang menyamar Inspektor polis tampil membuat laporan semalam susulan penahanan seorang lelaki di Bayan Baru di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata wanita yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di sini itu mendakwa kerugian lebih RM28,000 selepas suspek mengugut mahu menyebarkan gambar seks mereka.

"Mereka telah berkenalan selama dua bulan dan melakukan hubungan seks di sebuah hotel bajet di sini. Suspek kemudiannya mengatakan aksi mereka dirakam kamera tersembunyi dan memeras ugut mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, wanita berumur 28 tahun itu membuat laporan polis jam 6.30 petang semalam dan mendakwa terpaksa mengirim wang beberapa kali kepada lelaki terbabit termasuk menggadai barang kemas ibunya kerana bimbang perkara memalukan itu terbongkar.

Siasatan polis mendapati tiada sebarang gambar atau video ditemui.

Ia hanya rekaan lelaki yang menyamar Inspektor di Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu untuk menakutkan mangsa, katanya.

Mior Faridalathrash berkata, lelaki yang sudah berkahwin itu mengaku menipu lima wanita menggunakan modus operandi serupa sejak setahun lalu dan sehubungan itu, beliau meminta wanita-wanita yang menjadi mangsa lelaki terbabit tampil membantu siasatan.

"Setakat ini, dua wanita sudah membuat laporan polis dan kedua-duanya bekerja sebagai jururawat membabitkan kerugian dianggar mencecah RM38,000," katanya.

Sabtu lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dan hasil pemeriksaan di rumah lelaki terbabit di Paya Terubong, polis menemui pakaian seragam serta tali pinggang berlogo polis, dua pistol mainan, walkie talkie dangari.

Polis turut menemui empat surat pajak gadai, kad Rela dan kad keahlian kepolisan komuniti serta wang tunai RM1,205.

Beliau berkata, polis kini dalam proses untuk mendapatkan lanjutan reman terhadap lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu. 

4

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alahai 12-11-2014 03:58 PM
pokok pangkalnya....sendiri cari penyakit....kenal dalam cyber terus ngesek...pehal??? jangan cakap kena pukau sudah la...
Quote Perutkaembong 12-11-2014 04:01 PM
doakan lah video tak tersebar di laman sosial....semoga negara tidak dikejutkan dengan spenda sebesar sarung bantal, eskrem mengeskrem, china doll diamput perut boyot lagi aminnnn
Quote budakmanentah 12-11-2014 04:06 PM
sendiri yg bodoh....mcm xde maruah diri...gatal sgt nk ngesek
Quote dubuk 12-11-2014 04:31 PM
beri duit pun tak akan habis disitu

maruah pun sudah tiada

hendak membina semula makan bertahun tahun

saya tumpang simpati..
Quote manehnya 12-11-2014 04:32 PM
inspektor jadian tu la sedap, sek dapat, duit pun dapat... ermm... senang nya pempuan
Quote chinta89 12-11-2014 04:39 PM
jap.. apesal kenal baru sebulan dua.. dah tu kenal dlm dunia maya... dah boleh ngesek?
Quote namirulmukminin 12-11-2014 04:43 PM
Menyamar sebagai Inspektor Vijay?? Koliang kah suspek tu??
Quote liyamariska 12-11-2014 04:43 PM
Perutkaembong posted on 12-11-2014 04:01 PM
doakan lah video tak tersebar di laman sosial....semoga negara tidak dikejutkan dengan spenda sebesa ...

tergelak ai baca spenda sebesar sarung bantal...
Quote liyamariska 12-11-2014 04:45 PM
bila tgk gambar ni balik, ai heran nape akak polis tu dok pegang seluar....

cam kelakar pun ada...
Quote nexusys 12-11-2014 04:47 PM
persoalan... sebelum jadik rela atau Policing community members, POLIS tak buat background check kah? POlice clearance sebelum bagi kad koser bagai?


Kantoi tang situ daaaaaa.... dah kena tangkap baru nak wat background check yg mamat ni skoleh gurney dulu
Quote melia_star 12-11-2014 04:54 PM
selalu gak aku tgk ahli2 RELA kt tempat aku ni org2nya mcm sesuatu....ramai bangsa India...kdg tu muka mcm cina tongsan sgt...kdg mcm muka komunis pun ada.....melayu susah nk jumpa....mana lah drg pilih org2 yg jadi RELA ni....pelik....x menyakinkan langsung........
Quote Z77 12-11-2014 05:12 PM
namirulmukminin posted on 12-11-2014 04:43 PM
Menyamar sebagai Inspektor Vijay?? Koliang kah suspek tu??

mesti peminat peminat hero tamil....


Quote kucingTomey 12-11-2014 05:42 PM
kan saya dah cakap..perempuan mmg suka lelaki yang jahat2 ni......banyak dah terbukti..wahai kaum perempuan ci ...mengaku sahaja la.....
Quote offwhite 12-11-2014 05:45 PM
pompuan mudah cair dgn misai melentang....misai cari mkn doh....
Quote offwhite 12-11-2014 05:45 PM
pompuan mudah cair dgn misai melentang....misai cari mkn doh....
Quote Modngengade 12-11-2014 05:49 PM
x habis2 nk menipu org...lain kerja tarak ka deyyyy,.....chittt
Quote jofizo 12-11-2014 06:02 PM
cari nurse ja........ kayo la nurse nih
Quote mak_wa95 12-11-2014 07:14 PM
nurse2 memang kaya..
Quote BotakChinPeng 12-11-2014 07:30 PM
Lantak lah tanggachi

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.043912 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top