CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyamar Sebagai Pegawai Polis Semata-Mata Mahu Masuk Percuma?

24-12-2014 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5942| Komen: 13

Description: Dalam Kejadian Jam 12.30 Tengah Malam Itu, Suspek Berusia 30 Tahun Ditahan Selepas Polis Menerima Aduan Daripada Pemilik Pusat Hiburan Itu Yang Menghubungi Balai Polis Berdekatan Bagi Mendapatkan Kep ...
Menyamar Sebagai Pegawai Polis Semata-Mata Mahu Masuk Percuma?


Melaka: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai pegawai polis semata-mata mahu masuk percuma ke sebuah pusat karaoke di bandar raya ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian  jam 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 30 tahun ditahan selepas polis menerima aduan daripada pemilik pusat hiburan itu yang menghubungi balai polis berdekatan bagi mendapatkan kepastian kerana meragui suspek.

Sumber berkata, suspek datang ke pusat hiburan itu bersama tiga lelaki yang dipercayai rakan baru dikenalinya.


“Sebaik memasuki pusat karaoke itu, suspek ke kaunter tempahan meminta disediakan bilik percuma kerana mendakwa dirinya seorang pegawai polis.

“Pelik dengan gelagat suspek, pemilik pusat hiburan itu menghubungi polis dan meminta melakukan pemeriksaan,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati suspek  gagal menunjukkan kad kuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh berkata, suspek direman empat hari bermula semalam.

SUSPEK direman di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, semalam.


1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HaifaHanna 23-12-2014 10:44 AM
Hehehe, padan muka....
Quote amyainsamad 23-12-2014 10:49 AM
bangang btl.....
Quote kentel 23-12-2014 10:53 AM
bebal nya....
Quote izabellemylia 23-12-2014 10:53 AM
siaaaaannn...nak berjimba tapi tak mampu....
Quote md.jie 23-12-2014 10:55 AM
nk menyamar polis tp xcukup inci...
Quote spiderman80 23-12-2014 10:59 AM
Adakah ini bermakna abang polis di negara kita selama ini bebas masuk keluar tempat macam tu sesuka hati dorang je dengan melambaikan kad polis mereka?
Quote callance 23-12-2014 11:00 AM
Alahai..x berbaloi..
polis klau p karaoke mmg percuma ke?
Quote afie_m 23-12-2014 11:11 AM
dia x th kot yg pub n karaoke ada polis yg jg....tup2 ko nyamar main minta ja bilik free kan sng2 ja kantoi...
Quote prettyuglybabe 23-12-2014 12:29 PM
tunggu ifan datang dengan tagline anak polis tak menjadi
Quote mattzzx 23-12-2014 12:35 PM
Kena istimewa sangat ya...sekarang dah masuk tempat istimewa .....
Quote jazaa 23-12-2014 12:37 PM
md.jie posted on 23-12-2014 10:55 AM
nk menyamar polis tp xcukup inci...

Tak cukup in tu sbb kemetot ke???


Quote yellowfin 23-12-2014 12:39 PM
Mintak bilik karaoke yang dapat bilik besi... hahaha

Hang nyanyi la puas2 dalam bilik besi tu...
Quote yellowfin 23-12-2014 12:41 PM
spiderman80 posted on 23-12-2014 10:59 AM
Adakah ini bermakna abang polis di negara kita selama ini bebas masuk keluar tempat macam tu sesuka  ...

Khas untuk cawangan D7 shj.. complete package..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052178 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top