CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Penyamun Menyamar Polis

1-4-2014 03:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22551| Komen: 77

Description: Sementara Itu Bagi Kes Kedua, Beliau Berkata, Mangsa Samun Membabitkan Seorang Buruh Lelaki Berusia 37 Tahun Dan Rakannya Yang Tinggal Di Taman Saujana Di Sini.
Tiga penyamun menyamar polis

BATU GAJAH - Tindakan licik tiga individu termasuk seorang wanita menyamar sebagai polis dengan memakai jaket dan bercermin hitam sebelum menjalankan kegiatan samun akhirnya terbongkar apabila mereka ditahan di kawasan perumahan Batu Gajah Perdana, di sini antara jam 1 hingga 4 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia 34, 37 dan 40 tahun itu dipercayai terbabit dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Batu Gajah.

Menurutnya, antara barangan turut dirampas dalam serbuan itu termasuk beberapa beg tangan, jam dan telefon bimbit pelbagai jenama dipercayai hasil samun kumpulan berkenaan.

“Dalam kejadian pada jam 1.30 pagi 8 Januari lalu, mangsa, peniaga berusia 40 tahun yang pulang dari sebuah restoran mendapati pintu tingkap bilik belakang rumahnya terbuka.

“Mangsa yang memeriksa laci almari yang terbuka mendapati wang simpanannya sebanyak RM25,000 telah hilang.

“Siasatan polis mendapati suspek masuk dan keluar melalui tingkap,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu bagi kes kedua, beliau berkata, mangsa samun membabitkan seorang buruh lelaki berusia 37 tahun dan rakannya yang tinggal di Taman Saujana di sini.

Katanya, pada 20 Mac lalu, jam 1 pagi, ketiga-tiga memecah masuk rumah mangsa dan rakannya serta seorang suspek mengaku sebagai anggota polis dan terus menggari kedua-dua mangsa yang kemudiannya ditempatkan di bilik tidur.

“Selepas rumah mangsa digeledah, suspek segera melarikan beberapa barangan milik mangsa termasuk kereta rakan mangsa yang dianggarkan semuanya bernilai lebih RM20,000.

“Antara barangan lain turut disamun adalah wang tunai berjumlah RM6,000, telefon bimbit, televisyen diod pemancar cahaya (LED), pemain cakera video digital (DVD)dan komputer riba,” katanya.

Shaharon berkata, siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu jeriji hadapan rumah mangsa. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 akta yang sama iaitu samun.

Beliau berkata, kes ketiga membabitkan seorang wanita berusia 34 tahun yang tinggal di Kampung Papan Lama, Pusing di sini dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang 26 Mac lalu.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang memasak di bahagian belakang rumah sebelum mendengar salakan anjing tanpa henti yang sangat kuat.

“Mangsa segera ke hadapan rumah dan melihat ketiga-tiga suspek dan seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai anggota polis serta menunjukkan sekeping kad secara sekali imbas.

“Kemudian, apabila mangsa bertanya suspek polis dari mana, suspek perempuan terus menarik mangsa masuk ke rumah dan mengikat tangannya ke belakang menggunakan tali kabel.

“Mangsa ditarik masuk ke dalam bilik oleh suspek perempuan dan dua suspek lain menggeledah bilik dan keseluruhan rumah serta melarikan beg tangan mengandungi telefon bimbit, dokumen pengenalan diri dan juga wang tunai RM3,000," katanya.

Shaharon berkata, suspek segera melarikan diri menaiki kereta Proton Saga BLM warna perak bernombor pendaftaran AGL 2596.

Katanya, kesemua suspek direman selama tujuh hari hingga 6 April ini untuk siasatan lanjut.


Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif

6

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote girly.. 1-4-2014 12:51 PM
btl tuh.. igtkan dia pelakon. tp mmg polis kan.. asp lagi.
Quote solstice 1-4-2014 12:53 PM
ada gosip pasai abam ni tak
Quote berancuk 1-4-2014 12:54 PM
pergh 25 ribu simpan dalam laci, awat tak simpan bawah bantal, takpun dalam coli ka?
Quote TigerFeith 1-4-2014 12:55 PM
girly.. posted on 1-4-2014 12:51 PM
btl tuh.. igtkan dia pelakon. tp mmg polis kan.. asp lagi.

Bukan ASP... ACP la..
Quote girly.. 1-4-2014 01:00 PM
TigerFeith posted on 1-4-2014 12:55 PM
Bukan ASP... ACP la..

Bukan ACP lah tp Asisten Komisioner Polis (AKP) hihihiih

yelah tau ler silap.. huhuhuhuhuuh
Quote salimrock 1-4-2014 01:05 PM
tu la wa ingat pelakon, rupa2nye polis betul
Quote tapibukanaku 1-4-2014 01:07 PM
solstice posted on 1-4-2014 12:53 PM
ada gosip pasai abam ni tak

kawan iols orang batu gajah dia cakap sejak hat ni jadi ketua polis, banyak pulak keluar cerita jenayah batu gajah kat media. glamer kata kan.
Quote skeezotone 1-4-2014 01:10 PM
Dia ni mmg pois betul.. Satu2nya polis yg berlakon utk jd polis gak.. Stakat ni aku rasa dia xpernah brlakon watak mat jiwang air mata maupon watak pakcik dangdut agi..
Quote tapibukanaku 1-4-2014 01:12 PM
skeezotone posted on 1-4-2014 01:10 PM
Dia ni mmg pois betul.. Satu2nya polis yg berlakon utk jd polis gak.. Stakat ni aku rasa dia xpernah ...

eh ketua polis gerak khas yg lepas, hat hensem sikit tu pun polis jugak kan?
Quote ais_kosong 1-4-2014 01:12 PM
suka suara pokcik nih..
bergaya gitu
Quote popjack 1-4-2014 01:13 PM
pursis tonggari membuka tajuk threads
Quote skeezotone 1-4-2014 01:31 PM
tapibukanaku posted on 1-4-2014 01:12 PM
eh ketua polis gerak khas yg lepas, hat hensem sikit tu pun polis jugak kan?

Yg mn?.. Aku xtgk sgt gerak khas.. Tp muka polis ni mmg selalu brlakon jd polis utk citer2 len gak.. Dat's y aku kenal.. Hehe
Quote tapibukanaku 1-4-2014 01:37 PM
skeezotone posted on 1-4-2014 01:31 PM
Yg mn?.. Aku xtgk sgt gerak khas.. Tp muka polis ni mmg selalu brlakon jd polis utk citer2 len gak ...

jap. i gugel. dlm musim lepas dia couple dgn Memey suhaiza then couple dgn Lisdawati. sape tah nama dia
Quote skeezotone 1-4-2014 01:38 PM
tapibukanaku posted on 1-4-2014 01:37 PM
jap. i gugel. dlm musim lepas dia couple dgn Memey suhaiza then couple dgn Lisdawati. sape tah nam ...

Perghhh..ko ni mmg kaki gerak khas ker?.. Hikhik
Quote maxim 1-4-2014 01:39 PM
motip bukak thread rembesan kat sini
Quote hyie 1-4-2014 01:40 PM
tak penah nampak pon dia belakon...untuk siri yang baru kE? citer2 yusop selam nih zaman kanak2 je iols layan
Quote jonkunyit 1-4-2014 01:40 PM
makin tak hensem pula
Quote jonkunyit 1-4-2014 01:41 PM
berancuk posted on 1-4-2014 12:54 PM
pergh 25 ribu simpan dalam laci, awat tak simpan bawah bantal, takpun dalam coli ka?

awak duit banyak2 simpan di mana?
Quote tapibukanaku 1-4-2014 01:42 PM
maxim posted on 1-4-2014 01:39 PM
motip bukak thread rembesan kat sini

mati lah.........





larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.068019 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top