CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Pun Di Belasah

10-9-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3875| Komen: 9

Description: Azman Berkata, Kedua-Dua Mangsa Kemudiannya Membuat Pemeriksaan Lanjut Di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (Htaj) Sabak Bernam.
Warga Emas Pun Di Belasah


Masod berehat di rumahnya setelah pulang daripada menjalani pemeriksaan doktor di HTAJ Sabak Bernam.



Besi tingkap dapur yang diumpil penjenayah sebelum menyelinap masuk ke dalam rumah pasangan terbabit.



SABAK BERNAM – Sepasang suami isteri warga emas berdepan detik mencemaskan apabila diikat dan dipukul dalam kejadian samun bersenjata di Tebuk Haji Nor Batu 37, Jalan Banting, di sini, malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa, Masod Abdul Rahim, 76  dan isterinya, Mukijah Dahlan, 72, ketika itu tidur di sebuah bilik sebelum didatangi suspek dipercayai warganegara asing.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Superintendan, Azman Abdul Rahman berkata, rumah mangsa dipercayai dimasuki tiga lelaki bertopeng dengan mengumpil cermin besi tingkap di dapur.

“Suspek kemudiannya ke bilik pasangan warga emas ini dan mengikat mangsa menggunakan cebisan kain dan tali pinggang serta meletakkan kedudukan mangsa tertiarap di atas katil,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, katanya, suspek turut dipukul di  muka dan badan hingga menyebabkan Masod mengalami kecederaan mata, mulut dan dada sementara isterinya mengalami kesakitan anggota badan.

Katanya, suspek juga turut menanggalkan barangan kemas dipakai isteri mangsa selain mengugut menggunakan pisau pemotong sayur untuk mengetahui tempat penyimpanan wang dan barang kemas lain.

“Suspek mengambil rantai emas; gelang tangan, enam bentuk cincin serta dompet berisi duit dianggarkan berjumlah RM400 dan MyKad sebelum meninggalkan merek ikut pintu belakang,” katanya.

Azman berkata, kedua-dua mangsa kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan  boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, isteri mangsa, Mukijah berkata, dia terkejut, namun bersyukur dia dan suaminya tidak mengalami kecederaan serius.

“Mereka juga bertindak ganas memukul saya dan suami dan ugut bunuh semasa bertanya tempat simpanan barangan berharga lain termasuk duit sebelum menyelongkar di semua almari dalam rumah ini,” katanya.

Setelah suspek pergi, Mukijah melepaskan ikatan pada tangan dan kakinya terus pergi ke rumah adik saudaranya, Wan Nazir Marimun,57 berhampiran rumahnya untuk meminta bantuan.

2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote popjack 10-9-2014 09:33 AM
semoga penyamun dilaknot elahim katanya
Quote munchkin 10-9-2014 10:42 AM
patutlah kalau dapat tangkap mereka dibelasah. now i know why.
Quote goss79 10-9-2014 10:48 AM
yes pls belasah them with no mercy once dpt tangkap.   mcm cilaka - merompak dah satu hal, then yg nak juga pukul warga emas tu apahal... bukan lawan kau kut. bukan x dpt apa yg korang nak pun. sian atok and nenek tu
Quote annehuda 10-9-2014 10:57 AM
tingkap nako mcm tu pun boleh muat penyamun masuk.. masya allah
Quote Mulan 10-9-2014 10:57 AM
penyamun laknatullah

Quote Munnalicious 10-9-2014 10:59 AM
Moga penyamun itu mendapat balasan setimpal kelak.
Quote abas8888 10-9-2014 12:11 PM
ini  bukan tingkap jeriji besi ke? jaga kesihatan perut tu boleh lepas..kalau buncit memang sangkut ni..
Quote Al-Patih 10-9-2014 04:15 PM
ini betul betul kes jenayah...
Quote nebulagazer 10-9-2014 04:47 PM
Moga mampos secara azab

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053176 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top