Krim Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk tersebut tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia dan syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu perlu berhenti menjual serta membekalkannya serta-merta. Katanya, produk yang mengandungi merkuri digunakan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan antipenuaan yang boleh memberi kesan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf, juga merbahaya kepada orang sekeliling yang terdedah kepada bahan itu. Noor Hisham berkata, kementeriannya juga akan memanggil balik kesemua stok produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam, pemilikan produk itu juga melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah, boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya. Selain itu katanya syarikat yang didapati bersalah melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. Pengguna dinasihati untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78018496/586 atau 03-78835532 jika mengalami sebarang kesan sampingan akibat penggunaan produk-produk kosmetik.
|
soslaili posted on 7-11-2014 10:56 PM
yang omputeh sibuk gi panggang body bwh matahari.
yang kat sini pula nak putih gebu.
ADVERTISEMENT