Gaji Permulaan Tinggi Untuk Penjawat Awam Phd Dan Sarjana
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG). "Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya. kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara. Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit. "Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat. "Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya. Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.
|
blackred99 posted on 6-11-2014 10:06 AM
nak tanya penjawat awam, if gred 41, sorg ni degree, sorg ni master, ada beza ke gajinya? ke gred 41 ...
blackred99 posted on 6-11-2014 10:12 AM
maksudnya apa tu 'lebih tiga mata gaji'?
contohla, gaji starting 41 ialah 2500 utk yg calon deg ...
blackred99 posted on 6-11-2014 10:12 AM
maksudnya apa tu 'lebih tiga mata gaji'?
contohla, gaji starting 41 ialah 2500 utk yg calon deg ...
che-cikL posted on 6-11-2014 10:31 AM
yg masuk servis dgn degree, gajinya pada T1 (tahun 1) - RAMAI
yg masuk servis dgn master, gajin ...
kentel posted on 6-11-2014 02:02 AM
semua PHD dgn Sarjana... kuli2 kat bawah yang berusaha keras takde dapat pape??
-amran fans, peke ...
reez1908 posted on 6-11-2014 10:50 AM
Untung la wife aku.. baru grad master. Baru ni lulus exam ptd. Kalau ada rezeki lulus interview dapa ...
annehuda posted on 6-11-2014 10:51 AM
Kawan aku ade master apply thru spa tak penah dipggl intebiu pun... kazen aku lglah dean list biasis ...
ADVERTISEMENT