View: 7046|Reply: 37
|
[Tempatan]
Gaji permulaan tinggi untuk penjawat awam PHD dan Sarjana
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.
Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).
"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya.
kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.
Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.
"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.
"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.
Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/gaji-permulaan-tinggi-untuk-penjawat-awam-phd-dan-sarjana-26722?cp Last edited by GhostWalking on 6-11-2014 02:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
semua PHD dgn Sarjana... kuli2 kat bawah yang berusaha keras takde dapat pape??
-amran fans, pekerja O&G |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya penjawat awam, if gred 41, sorg ni degree, sorg ni master, ada beza ke gajinya? ke gred 41 takde org yg ada master? maapla soklan bodoh, saya kerja swasta. |
|
|
|
|
|
|
|
blackred99 posted on 6-11-2014 10:06 AM
nak tanya penjawat awam, if gred 41, sorg ni degree, sorg ni master, ada beza ke gajinya? ke gred 41 ...
ada beza, lebih tiga mata gaji.
|
|
|
|
|
|
|
|
untung la keje gomen ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL posted on 6-11-2014 10:09 AM
ada beza, lebih tiga mata gaji.
maksudnya apa tu 'lebih tiga mata gaji'?
contohla, gaji starting 41 ialah 2500 utk yg calon degree, if master?
|
|
|
|
|
|
|
|
blackred99 posted on 6-11-2014 10:12 AM
maksudnya apa tu 'lebih tiga mata gaji'?
contohla, gaji starting 41 ialah 2500 utk yg calon deg ...
yg masuk servis dgn degree, gajinya pada T1 (tahun 1) - RAMAI
yg masuk servis dgn master, gajinya pada T4 (tahun 4) -ADA GAK, trend semakin meningkat sekarang
yg masuk servis dgn PhD, gajinya pada T7 (tahun 7) - JARANG-JARANG, KADANG-KADANG
berikut ini contoh secara kasar, tidak membayangkan keseluruhan sistem gaji perkhidmatan awam (kerana setiap servis dan gred ada sifir2 tertentu):
Gaji T1 - RM2000.
kenaikan tahunan KATALAH RM100
maka,
Gaji T4 - RM2,300.00
Namun begitu, kelebihan ini tidak bertahan lama, kerana dalam 3-5 tahun biasanya dah mula naik pangkat, maka tertakluk kepada jadual gaji baru....
jadi kalu masa 41 masuk ada gaji lebih sikit, masa naik 44, guna jadual gaji sama saja semua
kalu sambung belajar masa dalam perkhidmatan, SETAKAT HARI INI masih tak de kelebihan / keistimewaan GAJI. Pendek kata balik belajar, masuk ofis tetap ikut jadual pergerakan gaji yang lazimnya dilalui oleh semua.
Cuma sekarang ini ke arah mengkitiraf pegawai yang menyambung pengajiannya....
|
|
|
|
|
|
|
|
blackred99 posted on 6-11-2014 10:12 AM
maksudnya apa tu 'lebih tiga mata gaji'?
contohla, gaji starting 41 ialah 2500 utk yg calon deg ...
Contohnya
Gred 41 ada tangga (T) gaji 1 - 24
Gaji basic Gred 41 yg join gomen guna degree, contoh T1 = 2221.66
so yang master dapat T4 = 2896.66
Kiraan : RM2221.66 + (3 x RM225) = RM2896.66
*225 tu adalah kenaikan tahuan atau perbezaan tangga gaji gred 41
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yang @che-cikL terangkan tu lebih detail. |
|
|
|
|
|
|
|
mmmm anak aku ada phd ... kat jpa ada... kat kpm pun ada ... tak naik pun .. yg naik mereka yg pandai mengampu..... tah apa apa .. dari dulu kini dan selamanya... Last edited by puterikhaleeda on 6-11-2014 10:40 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL posted on 6-11-2014 10:31 AM
yg masuk servis dgn degree, gajinya pada T1 (tahun 1) - RAMAI
yg masuk servis dgn master, gajin ...
penerangan yg agak jelas. terima kasih.
aku tgk kawan2 aku yg kerja gomen ramai je yg tak sambung melainkan dia lecturer. tapi kawan2 yg kerja swasta ramai sambung study secara part-time.
|
|
|
|
|
|
|
|
tiap tiap tahun ada pengumuman sebegini rupa....... tapi implimentasi nya... hurrrrmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
kentel posted on 6-11-2014 02:02 AM
semua PHD dgn Sarjana... kuli2 kat bawah yang berusaha keras takde dapat pape??
-amran fans, peke ...
Blaja malas nak gaji tinggi
|
|
|
|
|
|
|
|
pompuan2 la yg gaji tinggi ni nanti |
|
|
|
|
|
|
|
sesapa yg upgrade diri dalam perkhidmatan ada master ambe PHD.. xdapat apa lah yer... mmmmm sbb gaji pun dah melebihi gaji permulaan ... xadil nyer |
|
|
|
|
|
|
|
Untung la wife aku.. baru grad master. Baru ni lulus exam ptd. Kalau ada rezeki lulus interview dapat la gaji lebih skit. Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku ade master apply thru spa tak penah dipggl intebiu pun... kazen aku lglah dean list biasiswa jpa pun xpenah kene pggl intebiu. Semedang tak memenuhi syarat kelayakan je |
|
|
|
|
|
|
|
robertocarbos posted on 6-11-2014 10:44 AM
Blaja malas nak gaji tinggi
hahhaha aku pun cakap macam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
reez1908 posted on 6-11-2014 10:50 AM
Untung la wife aku.. baru grad master. Baru ni lulus exam ptd. Kalau ada rezeki lulus interview dapa ...
best betul exam SPA skang, buat kat rumah pakai boxer sambil makan megi.
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 6-11-2014 10:51 AM
Kawan aku ade master apply thru spa tak penah dipggl intebiu pun... kazen aku lglah dean list biasis ...
Kawan aku sama gak dlm list jpa..xdpt keje gomen..yg master pon mengajar kat universiti tempat belajar time master dan degree..pengalaman keje kat industri satu habuk xda. |
|
|
|
|
|
|
| |
|