Pengkid Dera Kanak-Kanak 8 Tahun Wanita berusia 39 tahun itu dan rakannya yang berusia 32 tahun, ditahan polis kira-kira jam 8 malam, susulan laporan yang diterima daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Difahamkan mangsa dibesarkan ibu angkatnya sejak bayi, tetapi kehidupannya berubah apabila wanita itu mengenali pengkid itu dan tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu. Pengkid yang juga jurulatih seni mempertahankan diri itu turut membahasakan dirinya sebagai ayah, dikatakan memukul kanak-kanak itu menggunakan rotan dan pembaris besi hingga lebam di belakang badan, lengan kanan dan kedua-dua kaki jika dia melakukan kesalahan. Penderitaan kanak-kanak itu dikesan guru sekolahnya kelmarin, yang ternampak kesan lebam pada badannya sebelum melaporkan kepada JKM Muar. Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pegawai JKM ke sekolah berkenaan untuk menjalankan siasatan dan selepas mendapati ada kesan lebam serta mengesyaki kanak-kanak itu didera, pegawai berkenaan membuat laporan polis.
AZMAN menunjukkan rotan yang digunakan untuk memukul kanak-kanak pada sidang media di IPD Muar semalam. Menurutnya, bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan dan menahan ibu angkat mangsa serta teman serumahnya untuk siasatan. “Pegawai JKM membawa mangsa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan pemeriksaan fizikal mendapati ada kesan lebam lama serta baru di belakang badan mangsa, lengan kanan dan kedua-dua kakinya akibat dipukul yang dikaitkan dengan penderaan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam. Menurutnya, selain menahan suspek, pihaknya turut merampas pembaris besi dan rotan yang digunakan untuk memukul mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis bagi membantu siasatan. |
11
Bagus |
6
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
md.jie posted on 10-9-2014 08:43 AM
apakah rotan ini juga digunakan untuk mereka...
ADVERTISEMENT