CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Isteri Didera Dengan Cucuh Puntung Rokok Ke Muka

15-9-2014 12:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9499| Komen: 96

Description: “Lelaki Itu Yang Seolah-Olah Hilang Kawalan Diri Bertindak Menumbuk Muka Isterinya Berulang Kali.
Isteri Didera Dengan Cucuh Puntung Rokok Ke Muka

Kuala Lumpur: Seorang lelaki bersikap tidak perikemanusiaan apabila tergamak mendera dengan memukul selain gemar mencucuh bara puntung rokok ke muka dan tangan isterinya.

Suspek yang berusia 27 tahun itu dikatakan gemar bertindak di luar batasan setiap kali berselisih faham dengan isterinya membabit soal remeh temeh.


Dalam kejadian terbaru jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan sekali lagi berselisih faham dengan isterinya yang berusia 23 tahun di rumah didiami di Jalan Pudu di sini.


Sumber polis berkata, pertengkaran itu bertukar ganas apabila mangsa yang dimaki hamun kemudian diserang suaminya.


“Lelaki itu yang seolah-olah hilang kawalan diri bertindak menumbuk muka isterinya berulang kali.


“Suspek kemudian mengambil bekas bedak dan menghentak objek keras itu ke kepala mangsa menyebabkan wanita itu menjerit kesakitan,” katanya.

Dia berkata, mangsa yang merayu dilepaskan bagaimanapun dicucuh dengan bara puntung rokok di mukanya berulang kali.


“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit tanpa belas kasihan turut mencucuh rokok ke tangan isterinya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan.

“Mangsa yang merayu supaya dilepaskan bagaimanapun terus didera dan dipukul berulang kali sehingga pitam,” katanya.


Menurutnya, suspek hanya melepaskan mangsa selepas mendapati mangsa sudah tidak berdaya dan terbaring di lantai rumah.


“Suspek kemudian keluar dari rumah berkenaan sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Pudu di sini, untuk mendapatkan bantuan.


“Mangsa yang membuat laporan polis kemudian dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” katanya.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


Menurutnya, usaha mengesan suspek masih dilakukan pihak polis.

15

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 13-9-2014 03:34 PM
umur 23 dah kawin..orang lain umur begini dok buru kerjaya..dia dapat laki,pas2 jadi tempat dera..
asal berlaki...kena dera pun xpe..sampai barunak report..penagih dadah ke..
Quote noor2 13-9-2014 03:58 PM
suami ni elok diC4 ja....
Quote famri7 13-9-2014 04:05 PM
Bangsa apa sis?
Quote akusukaq 13-9-2014 04:35 PM
Asalkan berlaki hidup dgn penagih , penjenayah, pemeras , biawak hidup apa pun ta apa. Janji kawin dan tak gelar andartu
Quote sueism 13-9-2014 04:41 PM
kesian mesti muka dia nanti ada bekas bakar. iols yg terkena
puting rokok my step dad kat tangan sampai kesekarang ada bekas
you .
Quote cyb0rg#18 13-9-2014 04:51 PM
orang sekarang makin gila. hari hari ada je berita  pelik / kejam  
Quote amiraira 13-9-2014 04:56 PM
Org kawen , dia nk kawen
Tapi x pandai jaga bini
Sian bini dia.....
Quote alinone78 13-9-2014 05:13 PM
Tiba2 j
Gaduh isu apa ni
Quote hanamunir 13-9-2014 05:17 PM
sikit pun tak reti nak hargai isteri..

cucuh kt muka pula tu, pedih laaaaa..
nati muka tu parut berlubang2..
jap lagi nak cari lain,
kata nye muka bini da tak lawa..
Quote lr7 13-9-2014 05:33 PM
Mnta cerai..sekian hbs cerita..

Xguna hidup dgn org mcm ni lg..merana smpi mati..
Quote intriQue 13-9-2014 06:50 PM
Muda muda lagi dah psiko

kesiannnn....
Quote Vellfire 13-9-2014 06:59 PM
Tinggal jer laki perangai gitu
Quote nurul_akmar 13-9-2014 07:36 PM
nnt masuk mahkamah, laki tu lps. dimaafkan la kononnya. esok lusa kuar paper sambil cium mesra pipi pompuan tu.
Quote pumpkingirl 13-9-2014 07:43 PM
Mental..mungkin mangsa buli waktu kecik
Quote aijinmisaki 13-9-2014 07:58 PM
mat rempit pprt,jawa caprut lelaki miskin..go to hell akak dah ban.
Quote ice_sky92 13-9-2014 08:43 PM
Asalkan berlaki kekdahnya.
Quote ice_sky92 13-9-2014 08:46 PM
sueism posted on 13-9-2014 08:41 AM
kesian mesti muka dia nanti ada bekas bakar. iols yg terkena
puting rokok my step dad kat tangan s ...

Aku masa kecil dulu boleh tahan nakal, sampai kena puntung rokok ayah kandung sendiri. Sob sob. Nasib baik tak kena mata.
Quote MelAdam 13-9-2014 08:47 PM
sueism posted on 13-9-2014 04:41 PM
kesian mesti muka dia nanti ada bekas bakar. iols yg terkena
puting rokok my step dad kat tangan s ...

Kesiannya awak..dia sengaja ke buat?
Quote ikan_kaghing 13-9-2014 09:56 PM
Mungkin isteri tersebut molot longkang tahap ayaq acaq kot ?

Untunglah hanya dicucuk-cucuk manja tak diceraikan jadi janda pipi tersorong-sorong.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.087938 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top