CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Malaysia Berisiko Kena Sekatan Ekonomi

4-8-2014 11:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12022| Komen: 109

SHAH ALAM – Tidak mustahil sekiranya Malaysia dikenakan sekatan ekonomi kerana kelantangannya menentang tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kemungkinan itu mungkin berlaku dalam usaha Israel melumpuhkan ekonomi negara yang menyokong Palestin.

“Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997, 1998 dan 2008 boleh berulang. Harga bahan api, getah dan kelapa sawit akan naik mendadak dan kejatuhan ringgit boleh jejas ekonomi negara.

“Keterbukaan ekonomi Malaysia yang membuka ruang syarikat luar untuk melabur juga berisiko (terjejas) sekiranya negara luar (yang menganggap Malaysia sebagai penyokong pengganas) menarik balik pelaburan mereka di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil, kerana negara-negara Barat terutama yang menguasai ekonomi dunia mungkin mengambil kesempatan ke atas Malaysia pada bila-bila masa.

Media Israel kelmarin memetik agensi keselamatan negara itu, Shin Bet yang menuduh kononnya Malaysia dijadikan tempat latihan pejuang Hamas, sekali gus cuba melibatkan Malaysia dengan konflik itu.



Israel cuba pusing cerita

Kerajaan Hamas, yang dilantik rakyat Gaza untuk mentadbir wilayah itu melalui pilihan raya secara demokratik pada 2006 dilabel secara rasmi sebagai pengganas oleh beberapa kuasa Barat, menyebabkan ia tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan diharamkan mempunyai sebarang hubungan politik atau ekonomi dengan negara-negara tersebut.

Mengulas dakwaan media Israel mengenai Malaysia, Amir Hussin berkata Israel sedang membohongi diri mereka sendiri sedangkan rejim itu tahu pendirian tegas Malaysia dalam isu kemanusiaan.

"Ini adalah cubaan mereka untuk menjatuhkan negara kita. Negara luar sewajarnya menimbangkan laporan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar juga tidak menolak kemungkinan berlakunya sekatan ekonomi terhadap Malaysia atas dakwaan menyokong 'keganasan' dan pejuang Hamas.

“Dunia tahu pendirian Malaysia yang sejak dahulu lantang menentang kezaliman Israel dan sentiasa membantu dan menghantar misi kemanusiaan ke Gaza. Selama ini Malaysia membela nasib rakyat dan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.

“Hamas pula sebuah badan ditubuhkan untuk mentadbir Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. Secara tidak langsung, Malaysia dianggap menyokong Hamas, walaupun sebenarnya agenda utama Malaysia adalah membela mereka yang menderita di bumi Gaza,” katanya.

19

Bagus
14

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LUNCH 3-8-2014 12:59 AM
La apa takut. Belacan ubi kayu pucuk getah semua tu melayu bole makan apa. Rejeki tu tuhan Allah bagi. Apa susah tadah je tangan musti belacan dan ubi kayu datang ber golek golek.
Quote azrain98 3-8-2014 01:05 AM
israel bodo yg bunuh org tu UN tak sekat ekonomi pulak ehhhhhh? UN ni mcm bodo tkde function pun
Quote din_atos 3-8-2014 01:10 AM
azrain98 posted on 3-8-2014 01:05 AM
israel bodo yg bunuh org tu UN tak sekat ekonomi pulak ehhhhhh? UN ni mcm bodo tkde function pun

UN sememangnya puppet. Dikuasai Amerika.
Quote azrain98 3-8-2014 01:14 AM
din_atos posted on 3-8-2014 01:10 AM
UN sememangnya puppet. Dikuasai Amerika.

ini semua sbb kuasa veto tu semua la....menyusahkan

Quote din_atos 3-8-2014 01:17 AM
Xbleh buat apa. Semua manusia di dunia idup dlm sistem zionis.
Quote batusembilan 3-8-2014 01:19 AM
Ni lah salah satu bentuk ancaman yg aku cuba highlight kan kt thread yg aku buka.

tp ramai poremer gelak2kan aku kt thread tu......

tp xpe laaa.....aku terima dgn terbuka
Quote manganini 3-8-2014 02:40 AM
Tak mustahil berlaku. Redah saja dgn bekalan2 yg entah cukup ke idok ni..
Quote roblucci 3-8-2014 02:40 AM
kawe heran ke mana Tongkatwaran75 menghilang.Biasanya tajuk thread dia agak kreatif
Quote GhostWalking 3-8-2014 02:45 AM
roblucci posted on 2-8-2014 06:40 PM
kawe heran ke mana Tongkatwaran75 menghilang.Biasanya tajuk thread dia agak kreatif

Ntah ye mana dia pergi eh lama tak nampak
Quote MarryPottet 3-8-2014 02:49 AM
pi jahanamlah dengan zionist laknatullah tu
kami lebih takutkan kemurkaan Allah
Quote MarryPottet 3-8-2014 02:51 AM
roblucci posted on 3-8-2014 02:40 AM
kawe heran ke mana Tongkatwaran75 menghilang.Biasanya tajuk thread dia agak kreatif

tapi kalau dilihat pada thread2 yg tt ni bukak, waktunya sama shift dengan waktu biasa tongkatwaran bukak thread
adakah tt mn tongkat?
Quote roblucci 3-8-2014 02:52 AM
MarryPottet posted on 3-8-2014 02:51 AM
tapi kalau dilihat pada thread2 yg tt ni bukak, waktunya sama shift dengan waktu biasa tongkatwara ...

huk aloh jeng jeng jeng.....
Quote Acong 3-8-2014 02:57 AM
puiiiii zionis
Quote freebird 3-8-2014 03:25 AM
berita bodoh apa ni??
profesor kangkung, unibesiti kangkung, sokkhabar kangkung....
Quote funnyTONE 3-8-2014 06:06 AM
MarryPottet posted on 3-8-2014 02:51 AM
tapi kalau dilihat pada thread2 yg tt ni bukak, waktunya sama shift dengan waktu biasa tongkatwara ...

begitu juga pendapat saya
Quote boyagombak 3-8-2014 06:28 AM
Adakah Zionist Yehudi laknatullah yg beri rezki kt manusia. Jahanam sama Zionist
Quote Al-Patih 3-8-2014 07:31 AM
sekatan ekonomi kat rakyat ..tak disebut pulak ...
Quote finesse 3-8-2014 07:51 AM
Megah Malaysia di mata dunia, yahudi bangsa turpilih pun tengok Malaysia
Quote md.jie 3-8-2014 08:11 AM
lpaih p demo bagai balik naik kreta, makan dan beli barang rumah sume cap yahudi punye... choiii

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.141661 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top