Pengedar Dadah Beraya Di Penjara KOTA BHARU - Tiga lelaki termasuk dua beradik, berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan di mahkamah majistret di sini, semalam, atas tuduhan mengedar dadah bulan lalu. Muhammad Aiman Syazwan Nordin, 21, dan abangnya Muhammad Faris Safwan, 22, serta Abdul Haadi Mohamad, 20, didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis heroin dalam anggaran berat kasar 288 gram. Mereka juga didakwa bersama-sama memiliki dadah heroin seberat 3.2 gram, manakala Abdul Haadi didakwa pada satu lagi tuduhan terhadapnya iaitu mengedar dadah jenis methampetamine dengan anggaran berat kasar 51.2 gram. Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di hadapan rumah tidak bernombor di Kampung Khatib Ali, di sini, pada jam 10.45 pagi, 29 Jun 2014. Bagi tuduhan mengedar, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) ADB yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, manakala bagi pertuduhan memiliki dadah mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A (1) ADB 1952. Sabit kesalahan bagi seksyen itu ialah hukuman penjara maksimum lima tahun dan rotan maksimum sembilan sebatan. Pada prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan dan pihak pendakwaan memohon penangguhan untuk pengurusan kes serta tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas kesemua tertuduh. Majistret, Nik Habri Muhamad kemudian menetapkan sebutan kes pada 30 September depan. Tiada tertuduh yang dibenarkan untuk diikat jamin.
|
13
Bagus |
17
Marah |
9
Terkejut |
16
Sedih |
12
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT