CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ada 15 Lagi Produk Berdna Babi Dirahsiakan Kkm?

26-5-2014 12:32 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 28590| Komen: 240




Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) **** namun belum didedahkan KKM kepada umum.

“Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi.

Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA ****, kenapa masih dirahsiakan?” katanya, semalam.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011.

“Insya-Allah Selasa ini (esok) kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia.

“Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA **** kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.

Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.

“Isu ini seolah-olah didiamkan.

Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan.

10

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chickenwing 26-5-2014 12:27 PM
15 produk yang lain antara lain juga melibatkan cekelat kegemaran ramai PEPERO.....yang ni aku dah mekentedarah berkotak2......
Quote d'zeck 26-5-2014 12:29 PM
chickenwing posted on 26-5-2014 12:27 PM
15 produk yang lain antara lain juga melibatkan cekelat kegemaran ramai PEPERO.....yang ni aku dah m ...

patut la makin ramai melayu
jadi liberal
dan sokong cina DAP
akhir2 ni

Quote TuntungReturn 26-5-2014 12:29 PM
rezeki haram juga post di forum waktu bekerja.kerja x buatlol..tpi ni bkn kategori dna babi la.org x kisah sgtlol
Quote BurungBiru 26-5-2014 12:30 PM
Duduk negara Islam..nk makan bendah HALAL pun payah
Quote pakwetizzaqyah 26-5-2014 12:30 PM
babi is everywhere...aku tertanya2...kenapa babi yang diharamkan Allah untuk manusia memakannya boleh dijadikan ramuan untuk pelbagai makanan...sedangkan lembu dan kambing tidak pula dijadikan ramuan...ke ini satu konspirasi nak memboikot ekonomi bukan melayu Malaysia??? atau dengan kata lain...taukeh cina?
Quote salimrock 26-5-2014 12:30 PM
sapa cakap melayu tak makan babi??

kalao babi seketul tu mmg la melayu tak makan,,

tp setelah diolah menjadi coklat,kek atau makanan2 yg lazat.....ramai je yg sedap membahamnye...........

ha..ha...
Quote wipers81 26-5-2014 12:31 PM
Terpanggil untuk memberi komen. Saya sebagai salah seorang pengguna yang selama ini memang ada membeli produk-produk yang diwartakan HARAM sekarng sedangkan logo HALAL JAKIM terserlah elok, terpampang elok. Gunakan tanpa was-was, itu sebelum ini.

Mengapa dari awal tidak dibuat pemantauan. Kalau diserbu, jenama akan diblurkan oleh pihak media. Mengapa setelah berpuluh tahun lambakan produk seperti ini memasuki Malaysia dan baru sekarang diwartakan HARAM. Apa fungsi jabatan berwajib? Makan gaji buta ke? Alasan kakitangan tidak mencukupi sangatlah lapuk. Isu HALAL bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Jika Malaysia diwartakan sebagai negara ISLAM, ayuh jalankan tanggungjawab. Jangan MELALAK, MENJAJA kat negara luar pasal isu HALAL barangan Malaysia sedangkan di dalam negara masih berterabur HALAL dan HARAM.

Masihkah relevan LOGO HALAL JAKIM untuk dipercayai???
Quote tupaiterbang 26-5-2014 12:32 PM
takpa biar dosa makan babi ni Jakim yg tanggung
Quote d'zeck 26-5-2014 12:33 PM
wipers81 posted on 26-5-2014 12:31 PM
Terpanggil untuk memberi komen. Saya sebagai salah seorang pengguna yang selama ini memang ada membe ...

PAS pun lagi percaya kat DAP
daripada JAKIM sekarang ni

mesti lobai2 PAS pun dah banyak
mentekedarah cadbury dengan kacang hazel

Quote wipers81 26-5-2014 12:36 PM
d'zeck posted on 26-5-2014 12:33 PM
PAS pun lagi percaya kat DAP
daripada JAKIM sekarang ni

Aduh, Encik Saudara d'zeck, saya tak kaitkan pun dengan mana-mana parti politik. Saya ketengahkan pendapat saya dan suara saya sebagai salah seroang rakyat MAlaysia.

Quote kentel 26-5-2014 12:36 PM
d'zeck posted on 26-5-2014 12:33 PM
PAS pun lagi percaya kat DAP
daripada JAKIM sekarang ni

hahahaha...gua speechless......
Quote makton 26-5-2014 12:37 PM
org jakim takde masa nak pantau.
sibuk berforum & bergosip agaknya...
Quote BotakChinPeng 26-5-2014 12:38 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-5-2014 12:30 PM
babi is everywhere...aku tertanya2...kenapa babi yang diharamkan Allah untuk manusia memakannya bole ...

Cadbury syarikat british la bodoh
Quote alinone78 26-5-2014 12:42 PM
aiyoo terbeliak biji mata
apa lagi 15 produk tu?

weihh jangan main2 weih
Quote pakwetizzaqyah 26-5-2014 12:46 PM
BotakChinPeng posted on 26-5-2014 12:38 PM
Cadbury syarikat british la bodoh

cadbury confectionary malaysia tu melayu punya ke keling punya bodoh?!
Quote Acong 26-5-2014 12:47 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-5-2014 12:46 PM
cadbury confectionary malaysia tu melayu punya ke keling punya?

katanya pemegang saham terbesar cadbury adalah FELDA
Quote pakwetizzaqyah 26-5-2014 12:50 PM
Acong posted on 26-5-2014 12:47 PM
katanya pemegang saham terbesar cadbury adalah FELDA

oh ye ke??? mana la aku tau..biasalah..aku selalu layan netizen2 ni...yang cina2 ni selalu kata cina penyumbang ekonomi malaysia...so aku assume je la cadbury ni tauke cina punya...
Quote d'zeck 26-5-2014 12:51 PM
Acong posted on 26-5-2014 12:47 PM
katanya pemegang saham terbesar cadbury adalah FELDA

lanchiau lu yang kata ka



Quote AdsMsia 26-5-2014 12:53 PM
Acong posted on 26-5-2014 12:47 PM
katanya pemegang saham terbesar cadbury adalah FELDA

cer bagi bukti
macik2 felda tak caya kalo takde bukti

buang je "songkok tinggi" tu JAKIM oi hehehe

Lihat semua komen(240)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.076017 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top