CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muncung Babi Depan Rumah

2-8-2013 04:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4942| Komen: 22

Description: Simpang Renggam - Polis Menolak Andaian Sebarang Tindakan Provokasi Susulan Penemuan Muncung Dan Bulu Binatang Yang Dipercayai Babi Hutan Di Hadapan Rumah Seorang Guru Sekolah Menengah, Di Taman Harmo ...

Ketua Balai Polis Simpang Renggam, Sarjan Major Mohd Shokri Jaffar menunjukkan lokasi muncung bersama bulu binatang ditemui.

SIMPANG RENGGAM - Polis menolak andaian sebarang tindakan provokasi susulan penemuan muncung dan bulu binatang yang dipercayai babi hutan di hadapan rumah seorang guru sekolah menengah, di Taman Harmoni di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya percaya kejadian yang berlaku itu tidak melibatkan sebarang unsur perkauman.

“Kejadian yang berlaku ini bukanlah satu sabotaj yang boleh dikaitkan dengan isu perkauman atau agama. Muncung bersama bulu binatang tersebut dijumpai di hadapan rumah kerana rumah guru berkenaan tidak berpagar,” katanya pada sidang media di Balai Polis Simpang Renggam, di sini, semalam.

Insiden itu disedari pemilik rumah yang berusia 50 tahun ketika keluar kira-kira jam 8 pagi.

Beliau berkata, orang ramai khususnya penduduk di taman tersebut dinasihati agar tidak membuat sebarang andaian kerana siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan.

“Apa yang kami harapkan adalah penduduk di Simpang Renggam ini bertenang dan tidak melakukan provokasi yang boleh membangkitkan kemarahan pihak lain sehingga mencetuskan suasana yang tidak harmoni.

“Pihak polis juga menyeru kepada mereka yang melihat kejadian ini agar dapat menyalurkan maklumat dengan menghubungi Balai Polis Simpang Renggam agar perkara ini dapat diselesaikan segera tanpa sebarang perkara yang tidak baik.

“Saya juga akan menemui pemimpin dan ketua masyarakat di taman tersebut untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai kejadian ini agar dapat disampaikan kepada penduduk di kawasan berhampiran dengan tempat kejadian,” katanya.


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nash^Roy 2-8-2013 04:06 PM
muncung babi? tak paham.. idung babi ke? ke taring babi?
Quote Anak_Nogori 2-8-2013 04:08 PM
bidio please...
Quote BotakChinPeng 2-8-2013 04:12 PM
Siapa yang buat mesti sembunyi sembunyi. Kalau tidak kena belasah
Quote mrsrezza 2-8-2013 04:14 PM
Macam2..x abes2 nak wat provokasi..btw,bdeo mana bdeo?..
Quote Nash^Roy 2-8-2013 04:16 PM
aku rs babi tu dtg sendiri meninggalkan bulu nya sbb hari2 prg dok sebut nama dia.. babi sana babi sini..
Quote kudajantan77 2-8-2013 04:38 PM
macam mana babi tu boleh tinggalkan moncong dia depan rumah cikgu???

polis nih nak menipu pun biar la ada logik sikit ....
Quote pakwetizzaqyah 2-8-2013 07:37 PM
one word...CAPRUT
Quote Al-Patih 4-8-2013 07:36 AM
ada janji  tuan rumah tak kota kan ....kot...
Quote xpdckelate 4-8-2013 07:46 AM
manusia mati meninggalkan nama,babi mati meninggal muncung
Quote peYno 4-8-2013 07:50 AM
ni negeri caprut ni
Quote Centurion 4-8-2013 07:51 AM
Mungkin babi tuh dah bertukar jd manusia...
Quote totokreturn 4-8-2013 07:52 AM
simpang renggam...??

owhh negeri UMNO... biasalah tuh... UMNO dan Babi mana ada beza pun...
Quote mak_wa95 4-8-2013 07:53 AM
kerana rumahnya tidak berpagar ia dijadikan tempat pembuangan muncung babi............
Quote abgboroi 4-8-2013 07:56 AM
ada laa pelajar yg bengang tu....biasa laa jadi cikgu..kalau ada pelajar yg sakit hati...macam macam boleh jadi....
Quote kakikuDibibirmu 4-8-2013 07:57 AM
bidiyo mano bidiyo? ummah mahukan bukti!
Quote jetrofa 4-8-2013 08:40 AM

cikgu tu mesti terjerit-jerit histeria nampak muncung babi depan rumah
Quote zaujahzauji 4-8-2013 09:10 AM
muncung babi ni idung dia ka mulut dia ka apa ka??
Quote peYno 4-8-2013 09:12 AM
babi tu mulut dia ada tempe ke
Quote AHMADVW 4-8-2013 09:19 AM
bab provokasi main letak kepala binatang ni dh boleh agak specis yg mana

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.073131 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top