CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54831|Reply: 327

MR. BOSS, MISS STALKER [ASHRAF MUSLIM,MIA AHMAD]

[Copy link]
Post time 4-5-2016 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 10-6-2016 08:26 AM


Drama adaptasi novel terbaru berjudul Mr. Boss, Miss Stalker bakal menemui penonton tidak lama lagi. Mia Ahmad akan bergandingan dengan pelakon Ashraf Muslim. Mesti ramai yang rindukan lakonan Ashraf Muslim telah lama tidak berlakon drama dan menantikan drama terbaru Mia Ahmad yang popular menerusi drama akasia Hati Perempuan. Gandingan baru dari mereka berdua ini pasti membuatkan penonton teruja untuk melihat keserasian mereka di kaca TV nanti kerana mereka berdua belum pernah berlakon bersama di dalam mana-mana drama mahupun filem. Diharap gandingan baru ini akan mendapatkan keserasian untuk menjayakan drama Mr. Boss, Miss Stalker.

Lagu Tema (OST): Dekat Tapi Jauh-Forteen

Pelakon
Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
Mia Ahmad sebagai Sara Azreen
Riz Amin sebagai Izzudin
Miera Leyana sebagai Ria Alisya
Nazeera Sardi sebagai Liza
Shazmeer sebagai Khairul
Aman Shah sebagai Encik Hamzah
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Jalil

Sinopsis Drama Mr. Boss, Miss Stalker

Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejung. Nape org kata MA ada improvement ea
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:57 AM | Show all posts
banyak drama best lately..

ni pun not bad...

brapa episod ek drama ni lisa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:00 AM | Show all posts
akhirnyaaaaa...ai dok cari gak benang pasal drama nie....terima kasih Tuan Tanah.....nak baca komen2 forumer pasal si Mia jer...bukan minat sangat pun....nak tgk dh improve ke tak lakonan dia...so far yg ai tgk better sikit dari hati perempuan tue....cuma watak2 sengal mcm ni tak masuk la utk si Mia nie..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:09 AM | Show all posts
Nasheeha replied at 4-5-2016 09:57 AM
Kejung. Nape org kata MA ada improvement ea

ada la sket... but ada certain scene masih kayu...

sori mia...

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
MA bkn sekadar kejung acting... otot muka pun nmpk kejung... so expresi muka x kesampaian.... bersungguh2 mencuba bwk watak.... kesian... x sesuai watak ni dgn otot muka MA yg kejung... sayang... jln citer boleh tahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2016 11:16 AM | Show all posts
Cerita ni jadi best KALAU pelakon bukan Mia Ahmad....sorry! smpai skrg x leh hadam style lakonan sheol.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
cuba jgk tgk tapi sorry iols memang x boleh hadam dgn pelakon kayu kejung.lakonan siti nana dlm semanis honey tu jauh lagi OK drp lakonan mia .storyline not bad drama ni tapi sebab pelakon jd kureng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2016 01:34 PM | Show all posts
MA ada menang anugerah apa tah baru2 gan SR
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 01:53 PM | Show all posts
finally ade gak benang ni...

ah layan je la.. syok gak tgk si MA ni lari cam penguin x cukup tinggi.. adakah dibuat2 atau pun memang mcm tu dia lari ??
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 02:31 PM | Show all posts
bulan_gerhana replied at 4-5-2016 01:53 PM
finally ade gak benang ni...

ah layan je la.. syok gak tgk si MA ni lari cam penguin x cukup ting ...

kelakar okey sheol lari style mcm tu.... kena lari mcm tu ke utk jd spy?mcm x kena je
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 03:02 PM | Show all posts
cahayahati replied at 4-5-2016 02:31 PM
kelakar okey sheol lari style mcm tu.... kena lari mcm tu ke utk jd spy?mcm x kena je

spy spoiled.. hahahaha...

lagi masa skodeng bos dia kat tempat jual tudung tu...
mencurigakan...

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 4-5-2016 09:27 AM
Drama adaptasi novel terbaru berjudul Mr. Boss, Miss Stalker bakal menemui penonton tidak lama lag ...

Tqvm lisa.. buka benang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:19 PM | Show all posts
Yes!! Akhirnya.... thank u Lisa... muahhs sket.....

best sgt citer ni..... x sabar every week nak tonton... kimia serap mia pun ok.....dan kerana lakona mia dalam mbms ni juga.... telah ada owner produksi drama yg besar dah mula sukakan dan terpikat dgn lakonan mia.... siap dah plan nak gandingkan mia ngan mira lagi... kipidap mia..... :lovelines
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 4-5-2016 11:52 AM
cuba jgk tgk tapi sorry iols memang x boleh hadam dgn pelakon kayu kejung.lakonan siti nana dlm sema ...

Macam ni lah uolls tak suka tak apa.. tp biat lah beri komen yg boleh membina.. bukan menjatuhkan... ada lg yg lebih kejung tp kenapa MA sentiasa jadi sasaran uolls
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:21 PM | Show all posts
Scene 'makan hati' ahad lps Win....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
cahayahati replied at 4-5-2016 11:16 AM
Cerita ni jadi best KALAU pelakon bukan Mia Ahmad....sorry! smpai skrg x leh hadam style lakonan she ...

Tak apa u tak boleh hadam.. org lain boleh aje
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayamama replied at 4-5-2016 06:21 PM
Scene 'makan hati' ahad lps Win....

Akak suka scene hariz tatap sara masa sara duk discus pakai tudung hijau dgn sorang pompuan tu... terasa kimia nya... haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok 3 episod pertama sb aku nk tgok improvement lakonan mia ahmad ni la.bukn ke die masuk kelas lakonan.skrg aku x tgok dah sb x tahan dgn kekayuan mia.lakonan dibuat2.bile ad part ketawa n tinggikn suara tu yg x tahan. fake gile.tone suara die mmg bukn tone suara heroin betul.setakat jd watak tempelan bole la.aku rumuskn mia ahmad besara jela jd plakon.fesyen kau pun hauk mia dlm cite tu.baju pasaq mlm ka ap tu.cite ni pun ntah ap2.ade ke nk jd spy nk ngekor org tu p mkn la p gym la ap kejadahnye.sgt2 annoying bile ko lari mcm itik.xde bintang tuk cite ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 4-5-2016 01:53 PM
finally ade gak benang ni...

ah layan je la.. syok gak tgk si MA ni lari cam penguin x cukup ting ...

Mestilah ikut arahan director.. agak2 lah uolls
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.339777 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list