CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2066|Reply: 18

[Tempatan] Ahmad Bashah dan UMNO Kedah Hipokrit Tahap Gaban

[Copy link]
Post time 4-2-2016 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Berita di bawah ini menunjukkan betapa hipokritnya Ahmad Bashah dan kepimpinan UMNO Kedah mengenai sokongan mereka kepada Mukhriz

Kenyataan bersama ini dibuat pada ketika ADUN Bukit Lada Ahmad Lebai Sudin yang mahukan Mukhriz meletak jawatan

This happen in April 2015

Nampaknya segala alasan kononnya Mukhriz gagal menyatukan UMNO Kedah, susah nak jumpa etc etc semuanya adalah bullshit semata-mata


SABTU, 18 APRIL 2015 @ 11:21PM

Mukhriz tidak perlu nyata pendirian - UMNO Kedah


ALOR SETAR: Badan PerhubunganUMNO Negeri Kedah membuat ketetapan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak perlu membuat sebarang kenyataan mengenai pendiriannya berhubung kemelut antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia juga memutuskan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 24 April ini, dibatalkan.

Namun, mesyuarat dua jam yang membuatkeputusan itu tetap membuat komitmen untuk terus memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Perkara ini dimaklumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang media selepas mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang berakhir kira kira jam 2 petang hari ini.

Mesyuarat itu pada mulanya dipengerusikan Mukhriz, tetapi beliau keluar pada 15 minit terakhir selepas membuat penjelasan untuk memberi laluan kepada Ahmad Bashah membuat keputusan bersama semua Ketua Bahagian UMNO negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ahmad Bashah berkata, keputusan dibuat secara konsensus kerana memahami kedudukan dan dilema dialami Mukhriz selain ia adalah untuk memastikan perpaduan UMNO Kedah terus diperkukuhkan.

Katanya, badan Perhubungan UMNO jugabersetuju dan menyokong penuh tindakan Perdana Menteri yang mengarahkan supaya1Malaysia Development Bhd (1MDB) disiasat selain meminta Dr Mahathir supayamemberi masa kepada Najib untuk menunjukkan kemampuan mengepalai parti dankerajaan. "Kita sepakat bahawa Menteri Besar tidak perlu membuat sebarang kenyataan berhubung isu ini, ketetapan kita adalah jelas bahawa kita menyokong penuh Menteri Besar dan kita juga menyokong penuh Perdana Menteri.

"Keputusan ini dibuat secara konsensus dalam kalangan semua ADUN, AhliParlimen dan Ketua UMNO Bahagian yang hadir hari ini (semalam)," katanya.Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md RozaiSafian. Mesyuarat berkenaan tidak dihadiri ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin kerana mempunyai urusan di luar negara, ADUN Pantai Merdeka Ali Yahya dan ADUN Bayu, Azmi Che Hussin.

Selain itu, Ketua Bahagian yang tidak hadir adalahDatuk Johari Baharom (Kubang Pasu), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling)dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai). ADUN Bukit Lada sebelum ini menggesa supaya Mukhriz menyatakan pendirian menyokong Perdana Menteri atau melepaskan jawatannya dan melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Mukhriz yang masih tidak menyatakan sokongannya kepada Najib berikutan kritikan keras Mahathir.

Sebelum ini tiga sayap UMNO negeri Kedah turut memutuskan supaya Mukhriz tidak membuat sebarang kenyataan berhubung pendiriannya dalam isu terbabit.

http://www.bharian.com.my/node/48363


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 12:03 PM | Show all posts
The end is near Cabe..... insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:04 PM | Show all posts
kecian legasi tun ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 12:06 PM | Show all posts
kenyataan bersama kesemua pimpinan sayap2 umno kedah pada ketika itu




Tiga sayap UMNO Kedah minta Mukhriz tidak buat kenyataan

Astro Awani |  Diterbitkan pada April 16, 2015 20:12 MYT
ALOR SETAR: Ketiga-tiga sayapUMNO negeri Kedah hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sengajamempolemikkan isu peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz TunMahathir sehingga  mengundang kepadaperpecahan UMNO negeri itu.

Pada masa yang sama, merekajuga mahukan Mukhriz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubungsokongannya terhadap Perdana Menteri pada 24 April depan bagi mengelak diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gesaan itu dibuat oleh KetuaPemudanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Wanita, Datuk Maznah Hamiddan Ketua Puteri, Datin Norashimah Md Nowar di Bangunan Tunku, Alor Setar dalammesyuarat ketiga-tiga sayap yang diadakan hari ini.

Dalam pada itu, ketiga-tigaketua sayap pimpinan UMNO Kedah turut melahirkan sokongan padu kepadapentadbiran Mukhriz dan akan berdiri teguh di bawah kepimpinan beliau.

“Kita mohon dan kita mintakepada yang amat berhormat Menteri Besar untuk tidak mengeluarkan kenyataanpada 24 haribulan atas dasar yang pertama sekali kita takut yang mana pertamasekali kita takut bahawa kenyataan pada 24 haribulan itu akan diambil sebagaisatu spekulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab," kata SaifulHazizy selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Sayap UMNO Kedah itu.

Beliau turut berkata tempohdari hari ini hingga 24 April adalah terlalu lama dan dibimbangi ada pihak yangtidak bertanggung jawab mahu "menangguk di air keruh" terhadapkeadaan ketika ini.
Mengenai kenyataan anggotaDewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mahukanMukhriz meletak jawatan sekiranya gagal menyokong perdana menteri, beliauberkata mereka tidak tergugat dengan kenyataan itu.

"UMNO Kedah bersatu-padudan tidak tergugat dengan kenyataan ADUN Bukit Lada itu, yang nampakkenyataannya bersifat peribadi dan kami tidak tahu motifnya," katanya.

Beliau juga menyifatkan komendan kritikan terhadap menteri besar sebagai tidak lebih hanya tindakan nakaloleh mereka yang berada di tahap "senja politik dan yang cuba mencarinafas politik baharu".

"Kami memberi amaransupaya jangan mencuba. Sayap (UMNO Kedah) akan pertahan Mukhriz Mahathir dalamapa jua cara. Tiada masalah dalam hubungan beliau dengan perdana menteri,intact dan baik. Beliau memberi kerjasama kepada presiden parti dalammerealisasikan misi dan tugasan parti," katanya.

Ditanya sama ada spekulasibakal menjadi lebih hebat sekiranya Mukhriz tidak membuat kenyataan pada 24April itu, Shaiful Hazizy menidakkannya kerana UMNO Kedah mempunyai hubunganyang baik dengan Najib.

Malah, katanya, ketiga-tigasayap UMNO Kedah telah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggulepas.
Sementara itu, Maznah berkatakemelut politik yang sedang berlaku kini tidaklah seteruk seperti yangdigambarkan oleh pihak luar dan keadaan dalam UMNO Kedah adalah adalah seperti biasa.

Mukhriz, katanya, berada dalamkeadaan tenang menghadapi keadaan ini.

Sebelum ini, Mukhriz yang jugaPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata akan mengeluarkankenyataan rasmi tentang pendirian UMNO Kedah terhadap kepimpinan Najib pada 24April ini di Kuala Lumpur selepas mesyuarat dengan kesemua pemimpin UMNO negeriitu.
Mesyuarat itu akanmembincangkan pendirian rasmi UMNO negeri Kedah terhadap sokongan terhadapperdana menteri berikutan kritikan bertalu-talu bekas perdana menteri, Tun DrMahathir Mohamad terhadap kepimpinan najib.
http://www.astroawani.com/berita-politik/tiga-sayap-umno-kedah-minta-mukhriz-tidak-buat-kenyataan-24-april-58009


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 12:08 PM | Show all posts
obviously all the reasoning given by ahmad bashah & co adalah bullshit semata-mata

tak sampai 10 bulan alih2 u-turn dan konar baring cecah telinga
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah kecewalah...bashah dah Lena mimpi bashah lagi time angkat sumpah tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2016 12:09 PM | Show all posts
fuk najib & sekutu serta penjilat²nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 12:14 PM | Show all posts
Edited by cabalero at 4-2-2016 12:16 PM
lkick2113 replied at 4-2-2016 12:09 PM
Tak payah kecewalah...bashah dah Lena mimpi bashah lagi time angkat sumpah tu

mana boleh nak biar mcm tu aje

ni geng2 malaun wajib dihencap sampai ke PRU nanti

biar rakyat kedah tapau mereka semua cukup2


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2016 12:16 PM | Show all posts
Actual kronologi perlu dimaklumkan
jangan mereka abaikan atau buat tak nampak apa yang mereka cakap dan buat pada April 2015 tu

umum perlu tahu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:17 PM | Show all posts
cabalero replied at 4-2-2016 12:14 PM
mana boleh nak biar mcm tu aje

ni geng2 malun wajib dihencap sampai ke PRU nanti

hang nak buat apa dgn pak menakan hang tu????dia dah jadi MB dah pun...


lupa plak tagline kita yg baru


KEDAH SRP-SRP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 12:23 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 4-2-2016 12:17 PM
hang nak buat apa dgn pak menakan hang tu????dia dah jadi MB dah pun...


wajiblah dikeji

takkan aku nak sokong pulak

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:34 PM | Show all posts
Masa nak angkat sumpah pun sempat lagi:

http://www.thestar.com.my/news/n ... ght-with-eyes-shut/
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:43 PM | Show all posts
kaki tido kaki jilat

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bashah ko tunggu jd pembangkang pru14 nnt
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 02:13 PM | Show all posts
Agak2 ada ka Tsunami Melayu kat Kedah and Najib akan tanya " Apa lagi Melayu Kedah nak????!!!" in the next PRU?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 02:16 PM | Show all posts
korang ni tak baik tau.. mata dia memang kecik la... sebab tu nampak  macam tidooooooooo je sentiasa














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 02:26 PM | Show all posts
meluat tul laa............

lg 2 tahun ntah2 i pun lupa semua... hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 02:31 PM | Show all posts
aku nak tunggu dan lihat ja yg konpiden sgt Bn nak jatuh next PRU nih.. malas nak ckp byk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 02:48 PM | Show all posts
harimau76 replied at 4-2-2016 02:31 PM
aku nak tunggu dan lihat ja yg konpiden sgt Bn nak jatuh next PRU nih.. malas nak ckp byk..

haah betul. Pasni kita keluar cerita pasal DAP and orang Cina, mika akan sokong BN gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.565133 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list