SEBERANG PERAI – Biarpun daif dan uzur, seorang nenek sanggup menjaga cucu dan anak saudaranya yang ditinggalkan ibu bapa masing-masing yang menghilangkan diri daripada menyerahkan mereka kepada pihak lain. Lembut Mat, 54, menyara dua cucunya, Mohd. Aizat Halim, 4, dan Mohd. Adam, 2, selepas kedua ibu bapa mereka bercerai sejak tiga bulan lalu dan menghilangkan diri. Dalam keadaan kesihatan tidak menentu, dia juga turut membela dua anak saudara, Mohd. Haikal Amran Ramlia, 10, dan Nor Dini, 9, selepas kakaknya yang bercerai turut meninggalkan kanak-kanak itu sejak Disember lalu dengan alasan untuk mencari kerja. Lembut yang berpisah dengan suaminya sejak 20 tahun lalu itu berkata, anak bongsu perempuannya dan kakaknya itu tidak pernah pulang bagi menjenguk anak masing-masing sejak ditinggalkan.
|