CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2092|Reply: 10

[Jenayah] Kelas ko rossy : seorang bekas pegawai SPRM hilang

 Close [Copy link]
Post time 7-9-2015 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by primemova at 7-9-2015 08:14 AM

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais sejak kelmarin masih misteri memandangkan siasatan polis sehingga kini belum menunjukkan perkembangan positif.

Malah, peranan Kevin sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini turut memberi kesan terhadap misteri kehilangan terbabit.
Kevin bertugas dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan SPRM selama hampir 10 tahun sebelum kembali ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 1 Julai tahun lalu.
Sepanjang tempoh itu, beliau pernah mengendalikan prosiding pendakwaan di mahkamah melibatkan pelbagai kes berprofil tinggi.
Persoalan sekarang, adakah Kevin diculik?
Difahamkan sehingga kini, keluarga mangsa juga belum dihubungi mana-mana pihak yang meminta wang tebusan.
Bagaimanapun, penemuan sebuah kereta terbakar dipercayai hampir sama dengan model mangsa di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak pada pukul 10 pagi semalam menimbulkan pelbagai andaian orang awam.
Buat masa ini, polis belum dapat mengesahkan sebuah kereta yang ditemukan itu ada kaitan dengan Kevin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, ini kerana sehingga kini polis belum menemukan sebarang bukti atau dokumen pada kereta tersebut termasuk model sebenar kenderaan itu.
Kevin dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pukul 9 pagi kelmarin.
Mangsa pada masa itu dikatakan keluar rumah untuk pergi ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya dengan memandu sendiri kereta milik kerajaan Proton Perdana berwarna kelabu bernombor pendaftaran WA 6264 Q.
Seorang rakan mangsa cuba menghubungi Kevin pada hari ber-kenaan, namun tidak dijawab sebelum bertindak menghubungi abang mangsa, Datuk Richard Morais yang kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa di Balai Polis Jinjang pada pukul 6 petang semalam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba kete kt perak...pelik bin ajaib
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:21 AM | Show all posts
kan dah byk thread ni..

@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:21 AM | Show all posts
misteri sungguhh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:24 AM | Show all posts
lepas ini ramai lah pula jadi pakar CSI segera...keluar lah teori-mori....mcm pandai....mcm kes MH370 dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:29 AM | Show all posts
fed up tol thread banyak-banyak nih sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2015 08:38 AM | Show all posts
Themilo replied at 7-9-2015 12:29 AM
fed up tol thread banyak-banyak nih sis

bukan the more the merrier ker sis?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:43 AM | Show all posts
+ 1



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 08:47 AM | Show all posts
takkan kes bako lai nie....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.073773 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list