CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1607|Reply: 0

[Lain-Lain] Tiket Keretapi Menuju Ibu Kota Masih Ada - KTMB

[Copy link]
Post time 15-7-2015 10:37 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Masih terdapat tiket keretapi untuk perjalanan dari utara dan selatan menuju Kuala Lumpur selepas Aidilfitri, kata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Presiden KTMB, Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata masih terdapat 52,400 tiket KTM Intercity dan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) yang boleh diperoleh di kaunter tiket atau menerusi dalam talian.

Daripada jumlah itu, masih terdapat 7,600 tiket KTM Intercity bagi perjalanan dari 18 hingga 27 Julai menuju Kuala Lumpur sementara bagi ETS, masih terdapat 44,800 tiket, katanya.

Beliau menasihatkan orang supaya mendapatkan tiket dengan segera.

KTMB hari ini mengedarkan 1,000 pek makanan kepada penumpang KTM Komuter, ETS dan KTM Intercity di KL Sentral, yang mahu pulang ke kampung.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    20-5-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.063720 second(s), 27 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list