View: 1843|Reply: 9
|
[Tempatan]
Udang segar rahsia keenakan
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Sebut sahaja mi udang, terus terbayang mi udang yang sangat popular di Kuala Sepetang, Perak; Penang dan Kuala Selangor.
Di daerah malah negeri ini, terlalu sukar untuk mendapatkan gerai atau restoran yang menjual mi udang. Untuk mencari yang enak, apatah lagi.
Tapi sekarang tidak lagi.
Cubalah ke kedai makan Mee Udang Pakar yang terletak di Pusat Komuniti dan Karavan (Pakar) Paroi, jalan Kuala Pilah-Seremban untuk menikmatinya.
Kedai ini baru sahaja setahun beroperasi, namun keenakannya menarik ramai pengunjung.
Udang segar bersaiz XL yang tertonggok di dalam mangkuk menambah kesedapan mi yang dihidang.
Menurut pemilik kedai, Norzati Isa, 45, idea untuk menjalankan perniagaan menjual mi udang ini timbul sejak dia menghantar anaknya belajar di Politeknik Kuala Selangor.
Katanya, semasa menghantar anak, mereka berhenti untuk makan di sebuah kedai yang menjual mi udang.
“Disebabkan rasanya yang sedap dan ditambah pula dengan minat untuk mencuba, saya terus mencari idea untuk membuat mi udang sendiri.
“Saya tidak mempunyai resipi khas, sebaliknya saya banyak berjalan dan keluar makan bersama suami bagi mencari idea baru untuk menghasilkan mi udang yang sedap.
“Saya dan suami kaki makan, mana ada kedai makan sedap kami akan cuba, sehinggalah saya mempunyai idea tersendiri untuk menghasilkan mi udang.
“Saya hasilkan resipi ini hanya melalui rasa makanan itu sahaja, dan cuba reka cipta sendiri resipi sehinggalah ia menjadi sedap,” katanya.
Menurut Norzati, untuk mendapatkan kuah yang terbaik, dia harus pandai menjaga kualitinya.
Katanya, mereka perlu menggunakan udang segar sekiranya mahu mendapatkan kuah yang sedap rasanya.
Kata Norzati, setiap hari dia akan mengambil 18 sehingga 25 kilogram (kg) udang segar yang dibekalkan oleh pengusaha udang tempatan.
“Jika musim cuti seperti hari Ahad dan cuti umum, tempahan udang saya pernah mencecah 30 kg sehari, bersamaan empat periuk besar kuah mi udang," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/ed ... a-keenakan-1.396120
nampak pun cam sedap jer |
|
|
|
|
|
|
|
tertonggok...
cm ulat gonggok plak
bahasa pasar ke |
|
|
|
|
|
|
|
kalo guna udg segar mmg sedap
mee udg kuala spetang yg i prnah cuba tu,udg xsemua segar...kecewa sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pebert iolls tp sejak diserang gaut blh tgk je la
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 1-6-2015 06:59 PM
tertonggok...
cm ulat gonggok plak
bahasa pasar ke
Tertonggok tu bahasa negeri sembilan....maksud dia lebih kurang terletak la.. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingkecik replied at 1-6-2015 07:49 PM
Tertonggok tu bahasa negeri sembilan....maksud dia lebih kurang terletak la..
oooo
hahaha
cm.bahasa pasar plak dengornye kan..
baru tau
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 1-6-2015 09:37 PM
lah mi udang kuala selangor tu pemes gak ye?
smlm g tanjung karang ade lalu kt restoran mi udang banjir ke apatah kt kuala selangor tu tp tak terasa pun nk benti singgah.
la ni kalo teringin nk mkn mi udang ke apa beli je udang galah seploh hengget buh lah dlm mi goreng
masukkan air rebusan biar berkuah gituh.guna Air rebusan ayam/udang. |
|
|
|
|
|
|
|
xnampak pun udang nyer... xler celen mee udang kat muor nun... udang besor2 gitu |
|
|
|
|
|
|
| |
|