CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11929|Reply: 76

Aku yang Tengah Down Gila

[Copy link]
Post time 10-12-2014 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Sorry lah aku luah perasaan kat sini.. serius aku stress dah dekat sebulan.. skang ni kemuncak stress sampai aku rasa tak boleh bernafas tapi aku kena senyummmm je depan semua orang pretend like nothing happen dan aku pun x tau nak mengadu kat sape.

Macam ni....
As a fresh grad, asalnya aku kerja di cyberjaya tapi kontrak yang based on project... Bila project tu habis, aku tak renew kontrak lagipun company tu macam ada masalah time tu... ramai orang VSS.  Kemudian tengok ayah aku masa tu pun asyik sakit dan kerap tengah2 malam kena gi wad emergency sebab darah tinggi etc, aku pun amek keputusan balik kampung and cari kerja kat kampung... Masa tu aku risau jugak takut hilang kebebasan aku tapi mak aku cakap duduklah kampung dengan dia.. agak2 hujung minggu kalau bosan, pergila KL jalan2, jumpa ngan kawan2...

Al-kisahnya aku pun dapat la kerja kat kampung dengan satu company yang semua orang kenal kalau aku sebut tapi aku xnak sebut.  Masa mula2 aku okay je keje sini.. sewa rumah x payah bayar, makan minum memang dah ada kat rumah, pastu dekat ngan mak and boleh main ngan anak buah aku hari2.  Cuma gaji kat sini RM1250 je dan lepas tolak epf socso memang aku tak dapat menyimpan.  Dah la ku belajar dulu sampai 4 tahun, dengan degree gaji aku cuma 1250 compare ngan kawan2 lain. memang banyak kelebihan dan kekurangn.  Mula2 aku pikir takpe la, sementara belum permanent gaji kecik takpe, sebab company ni besar and stabil. tapi bila dah sebulan dua keje baru la aku nampak di sebaliknya... Position aku masa tu leasing, which means aku under company lain. Dari leasing nak naik ke contract (under company aku keje tu) SEKURANG2NYA kena amek setaun.  kemudian dari contract ke permanent SEKURANG2NYA setahun lagi.  kemudian aku tengok ada senior yang dah 3 tahun keje kat situ pun masih leasing.  So knowing the company background yang majoriti melayu and company yang ramai family dalam tu, aku rasa kalau diorang nak naikkan pun mesti naikkan yang senior dulu untuk jaga diorang.  So im worried about my career development here.  Bayangkan dalam masa 3-4 tahun aku masih dok kat takat tu je, n dalam masa 3-4 taun tu kawan2 dah ada experience yang boleh jual dalam company2 swasta. aku plak gaji maintain kecik and tak develop apa2 experience pun.  

Lepas tu timbul lah pula satu masalah yang aku tak boleh terima... Masa masuk tu ada dua orang, aku dengan sorang lagi staf lelaki.  Kami sama2 baru.. Dalam jadual bos letak aku jaga mesin kiosk dan staf lelaki tu pulak banyak duduk kat kaunter receptionist. Aku dah x pedulik dah, aku nak cerita jugak walaupun aku tau ada colleague aku dalam forum ni yang baca citer ni. (korang memang dah benci aku pun, damage has been done, pedulik pulak aku kan).  So aku pun keje berdiri kat kiosk tu dari pagi sampai petang, rehat one hour.  First few weeks tu okay la, tapi lepas berbulan2, malam2 kaki aku sakit dan susah nak tido.  bila bangun pagi nak pijak lantai tu memang sakit dan aku pun dah mula MC sebab masalah kaki aku.  Pastu aku tengok lepas 4 bulan aku masih jaga kiosk, and dak laki tu dah mula belajar system, borang, etc.  Aku bukan lah jenis melayu yang dengki, cuma aku rasa tak adil sebab aku pun nak belajar jugak, aku pun nak develop sama2 jugak.  Aku tak nak la diri aku dan pengetahuan aku kat tahap tu je, x improve langsung. Tapi aku diam je pendam sorang2 sampai la satu hari tu staf yang duduk kaunter MC xde orang ganti.  Bos aku suruh staf yang lelaki ni masuk kaunter ganti.  Masa tu aku terasa sangat3 sampai aku tengah jaga kiosk tu berderai air mata aku depan customer walaupun aku dah tahan and lap cepat2 xnak bg customer notice tp mencurah2 macam air terjun terus aku lari masuk surau nangis.  Aku dah terasa sangat pastu aku dah nekad nak hantar surat berenti. Staf2 yang nampak aku lari dan nangis tu tanya la kenapa pastu aku terluah jugak la cakap aku pun nak blaja jugak, rasa macam x adil, patut dia laki dia la buat kerja berat bukannya duduk saja ataupun at least gilir2 supaya aku pun boleh belajar, boleh develop diri aku jugak. pastu staf2 tu macam sokong aku la siap cakap bos wat gitu sebab mak dia ada jawatan kat branch lagi satu etc, aku pun termakan jugak kata2 diorang.  Nak dijadikan cerita bila dah kecoh2 tu, aku pun deal dengan budak tu, mulai sekarang kita gilir2.. seminggu aku jaga, seminggu ko jaga. dia pun dah setuju n aku pun dah bagitau bos pasal ni, bos ok je.  tup2 hari isnin semua orang ngamuk sebb bos buat jadual baru yang semua orang kena rotate, ada yang jaga kiosk, ada yang jaga kaunter, ada yang backrow.  Yang orang2 lama macam mengamuk habis, so satu ofis pulau aku cakap sebab aku x nak duduk kiosk diorang pun kena skali. start hari tu lah dekat sebulan lebih hari2 aku kena perli, orang x bercakap dengan aku, depan aku pun boleh mengumpat mengata aku macam aku x wujud kat situ.  korang bayangkan lah aku ni x pernah diajar system dan borang, tup2 bila aku masuk kaunter aku tanya orang, orang tak nak ajar aku. kalau ajar pun x ikhlas, marah2, ajar separuh je. bila aku buat salah, aku kena marah, kena perli, pastu jeling sinis kat staf lain macam mengejek aku.  Aku diam je dan sabar tapi sampai bila.... Last2 aku berenti keje.... Even masa majlis perpisahan aku tu pun xde sape nak amek gamba ngan aku, yang datang pun macam terpaksa je... ada juga yang tak datang... aku diam je, minta maaf dengan semua orang kalau aku buat silap, etc.  Diorang still dingin.

Al-kisahnya seminggu sebelum aku berenti tu aku ada gi interview keje bank kat cyber.. Masa tu orang interview tu suka sangat ngan aku sampai dia kata takpe la kita sembang2 je skip soklan interview ni siap sembang macam kawan and dia pun siap rekemen kedai makan n hotel yg selesa utk aku and mak aku stay malam tu (sebab kitorang duduk jauh so memang travel semata2 untuk interview).  Dia cakap dia memang suka sangat dengan orang macam aku n nak masukkan dalam depat dia tapi skarang tengah full, tapi dia nak try jugak squeeze in aku masuk, kalau x boleh jugak terpaksa la dia let go aku kat department lain.  masa tu aku dah happy, confident dapat keje ni, memandangkan aku pun dah tak tahan kena pulau kat ofis lama.  kenapa aku nak keje sini sebab:
1) sini kat cyber, jauh sikit dari parents aku. ada la kehidupan aku n boleh start blaja berdikari balik
2) ini fist permanent position yang aku dapat selepas aku grad
3) gaji nya boleh tahan la untuk orang yang xde experience macam aku.  orang yang interview aku tu cakap basic aku 2600 x campur elaun kenderaan elaun lain lagi, OT, etc. maybe dalam 3000++. (keje aku yang 1st tu gaji 2200 je). pastu dia kata ada bonus tahunan n kalau prestasi aku bagus, ada increment setiap tahun until 20%... aku seronok sebab aku rasa ini lah langkah aku nak develop career aku, aku rasa macam dapat balik kekuatan n semangat aku yang hilang tu.
4) bila aku keje kat kampung, sgale janji mak ayah aku tu hilang.  Aku jadik macam xde life, duduk kat rumah je. pergi keje balik keje.  Tiap kali aku nak keluar mak aku tanya keluar dengan siapa, balik pukul berapa.  Even aku kawan biasa dengan kawan lelaki, nak keluar gi minum pun mak aku x bagi. Hujung minggu ke atau hari2 biasa bila aku keluar mak aku mesti ikut ngan anak buah.  even aku nak pergi bungkus makanan kat kedai pun ayah aku akan suruh mak aku ikut. literally aku memang xde life kat sini dan aku stress sgt2. kadang2 malam2 aku teringin nak makan fast food ke aku nak kuar drive thru je mak ayah aku cakap, tak yah la dah malam. ntah la, dok sini aku rasa macam aku janda anak kecik pastu aku rasa macam aku tua sebelum waktunya. ada aku kuar tengok wayang dengan kawan2 ofis yang perempuan, balik tu ayah dah masam muka dengan aku sebab aku balik malam. Even ayah aku dah siapkan carikan aku calon orang kampung aku, diorang nak aku keje kat kampung, tinggal kat kampung, aku stress gila sampai rasa hidup aku dan macam bukan aku punya tapi orang lain punya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2014 09:20 AM | Show all posts
Masalah yang buat aku stress sangat sampai x leh bernafas sekarang ni, ialah pasal keje.

Company yang aku interview tu dah hantar email cakap congratulation, we are offering you a position bla bla bla sila amek offer letter 3hb Disember, lapor diri 4hb Disember depends on the result of your backgorund check.  Aku pun dah seronok masa tu, ingat lepas dua tiga hari dapat la jawapan confirm pasal background check tu siap dah nak bagi deposit bilik lagi.  tapi sampai ke 2hb tu masih x dapat result lagi. aku kol saja dah 2 kali dalam masa 2 minggu lepas dapat offer tu. diorang kata kena tunggu result background tu keluar.  2hb, waktu malam, orang company tu kol cakap x payah datang collect offer letter besok sebab result background check memang x keluar lagi. Aku diam je walaupun bengang.  Pastu malam tadi diorang call lagi cakap diorang pun heran kenapa result aku x kuar lagi padahal orang lain yg interview batch sama dengan aku dah keluar. aku tanya la ada tak no person in charge yang buat background check ni supaya aku boleh refer direct, dia cakap dia pun x tau camne nak contact orang tu sebab diorang sub kan background check ni kepada orang kat vietnam.  Aku bengang giler aku malas nak cakap apa2 takut aku TERmarah so aku cakap ok je.( memang patut aku marah rasanya sebab tiap2 minggu aku follow up citer interview ni sampai dia pun macam dah menyampah nak layan aku kol).

Semalam aku dapat email, aku dapat offer keje kat projek internet satu malaysia KAT KAMPUNG AKU
so skang ni aku pk, APA AKU NAK BUAT
offer yang ni aku kena start hujung bulan ni, kontrak setahun, gaji 2000 xde increment, x mungkin serap tetap, tapi aku boleh relaks main internet and macam jaga CC je rasanya.  tapi masalahnya nanti ialah problem mak ayah aku yang kuat mengongkong pastu aku xde career development and aku akan terikat dengan kontrak satu tahun.. Adakah aku patut tunggu company yang interview tu ataupun aku nak amek keje kat kampung dengan keadaan mak ayah aku kongkong aku plus aku xde career development tu.  aku takut company interview tu last minute reject aku or ada problem dengan background check sebab rekod MC aku yang sebelum ni (sebulan sekali aku MC).  Kalau aku nak tolak kerja kat kampung at least aku kena bagitau awal, at least jadi la orang yang bertanggungjawab sikit sebab nanti senang diorang nak cari ganti. tapi kalau aku tolak, company interview tu x bagi jawapan lagi. kalau aku terima, mungkin aku yang depressed sampai terjun sungai ke apa.


Aku belum bagitau mak aku lagi pasal offer keje kat kampung ni.  ase nak pecah dada menyimpan rahsia dari mak sendiri dan rasa macam aku anak derhaka.  tapi kalau aku bagitau aku dah tau respond mak ayah, mesti akan suruh aku keje kampung, duduk ngan diorang, kawen ngan pilihan diorang (bujang tlajak yang aku langsung xde chemistry dan rasa tak boleh nak get along dengan dia).  kalau aku dah bagitau kemudian aku cakap aku nak tolak, aku tau mak aku mesti akan murka giler2 siap kuar ayat yang macam sumpahan kat anak2 (kat sana nanti hidup susah, kerja nanti akan ada masalah, tak bahagia hidup kalau tak ikut cakap mak ayah, etc) kemudian last resort dia akan nangis tak nak cakap ngan aku berhari2. aku plak jenis hati lembut, x boleh tengok mak bapak aku sedih. tapi serius aku cakap kalau aku teruskan dok kampung ni memang macam jerut leher sendiri.  HATI AKU MATI, JIWA AKU MATI, AKU HILANG HAK PADA HIDUP AKU SENDIRI


Last edited by miss_bear on 10-12-2014 09:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:31 AM | Show all posts
panjang kisah TT
bertabah aku tgu nk baca sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 09:40 AM | Show all posts
gekkou posted on 10-12-2014 09:31 AM
panjang kisah TT
bertabah aku tgu nk baca sambungan

dah sambung
sorry lambat....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:42 AM | Show all posts
tt,

u tau rules PP kan? kalau sekadar luahan, sila post di thread berkenaan atau ke board emosi.

sy tunggu update. kalau masih sekadar luahan, sy terpaksa close thread ini.

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:42 AM | Show all posts
apa yang aku boleh jawab untuk tt...berserah la bulat2 pada Allah...banyakkan berdoa dan  bersabar...semoga segala kesulitan akan disusuli kebahagiaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-12-2014 09:44 AM | Show all posts
Skang ni aku rasa dada aku sesak, macam ada batu konkrit hempap dada ngan kepala aku. Urat2 dalam badan pun rasa macam nak pecah. serius aku stress sangat. dengan mak ayah asyik cakap pasal kawen (umur aku 24 taun depan 25) ngan aku xde calon langsong plus aku nak ada kerjaya tetap dulu skang singgit pun aku x simpan, camne nak kawen. aku xnak la kawen menyusahkan mak bapak pakai duit diorang, aku nak pakai duit aku.  Ya Allah penatnya aku berpura2 depan semua orang.  jaga hati mak ayah aku, sembang ngan kawan2 macam xde apa jadi padahal bila malam aku nangis meroyan sorang2

aku x mampu nak hidup dalam keadaan yang macam ni.  kalau betul ini dugaan, aku harap aku diberi kekuatan dan moga dugaan ni cepat2 berakhir sebab aku dah rasa separuh nyawa. masalah x seberapa tapi mungkin sebab aku terlalu stress sampai aku rasa x boleh bernafas Last edited by miss_bear on 10-12-2014 10:22 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 09:45 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 10-12-2014 09:42 AM
tt,

u tau rules PP kan? kalau sekadar luahan, sila post di thread berkenaan atau ke board emosi.
...

nak mintak pendapat pasal keje tu... maaf ye tulis panjang2... sebab saya takut korang x faham apa dilema yang saya sedang alami sekarang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 09:54 AM | Show all posts
biar la tt tulis panjang
aku suka aje baca. sorry xreti nasehat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 09:54 AM | Show all posts
Tottot89 posted on 10-12-2014 09:42 AM
apa yang aku boleh jawab untuk tt...berserah la bulat2 pada Allah...banyakkan berdoa dan  bersabar.. ...

tapi kalau saya nak tolak, at least kena la bagi jawapan cepat.. tak boleh tangguh kalau x macam orang yang tak bertanggungjawab pulak saya ni... saya takut kalau saya amek masa lama sangat nak bg jawapan nanti, orang marah pula.. atau patut ke saya pentingkan diri saya dan biar je sampai saya dapat jawapan dari company yg interview tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 09:59 AM | Show all posts
lazim posted on 10-12-2014 09:54 AM
biar la tt tulis panjang
aku suka aje baca. sorry xreti nasehat

patut lah ranking awak defender
tq sebab baca.. lega sikit sambil cerita masalah sambil mintak suggestion ngan forumers...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 10:06 AM | Show all posts
miss_bear posted on 10-12-2014 09:45 AM
nak mintak pendapat pasal keje tu... maaf ye tulis panjang2... sebab saya takut korang x faham apa ...

ok.. sila kan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 10:07 AM | Show all posts
biasanya kalau die dah mmg nk bg offer letter tp background check tak lepas lagi..biasanya...biasanya ye dik...maksudnya mcm dah confirm dpt..tp tu la..biasanya background check ambik masa 2-3 hari je...huhu...tabahlah uols...kalu iols..iols tunggu je kejap sampai siap background check tu...


bank mana ni uols..nk skodeng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 10:12 AM | Show all posts
siputsedut posted on 10-12-2014 10:07 AM
biasanya kalau die dah mmg nk bg offer letter tp background check tak lepas lagi..biasanya...biasany ...

tak boleh cakap kat sini... takut ruined nama company tu satgi kena saman pulak...
saya PM sis je la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 10:26 AM | Show all posts
cuba slow talk dgn family
perancangan yg TT ada
cakaplahh blom sedia nk kawen..sbb nk simpan duit dulu..nk merasa hidup selesa dulu
bg tau parents apa yg TT rasa
daripada dok stress sebak2 dada simpan sorg2..cubalah usahakn utk luahkan pada parents
insyaallah...parents akan faham..sedikit sebanyak
daripada memberontak diam2..parents pn sentap juga
niat diorg baik..nk TT hidup selesa sbb tu suh kawen awal
supaya ada yg menjaga
suh duduk kg sbb risau kan pasal TT..takut kat bandar tu nnti mcm2 blh jadi
cuba pandang dari sudut kacamata ur parents
lepas bincang baik2..elok2 dgn parents..tgk timing yg sesuai

bab keje kalau aku, aku grab aje yg keje kg tu
nnt kalau dapat bank tu
resign la..or hntr surat kata nk tolak keje tu
sempat lagi mcm ni
sbb aku pn penah buat
dlm 2 mgu nk lapor diri aku call company bg tau nk tolak offer sbb dpt better offer
diorg ok jek
katakan dah start kej kat kg then baru dpt offer bank tu
pegi amik offer letter bank, bg surat nk tangguh start keje
sbb perlu bg notis pada company sedia ada
normaly setakat nk tgu sbulan tu company ok jek

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 10:28 AM | Show all posts
miss_bear posted on 10-12-2014 10:12 AM
tak boleh cakap kat sini... takut ruined nama company tu satgi kena saman pulak...
saya PM sis je ...

Cyberjaya mesti bank HxxC kan..... Just pendapat la.. Parent tt concern sgt pasal tt sebab tt perempuan.. Skrg kan mcm2 kes jenayah.. Rogol la bunuh la... Sebab tu diorng mcm kongkong tt sikit... Good luck gi kerja yg kat cyber tu.. Gaji dah tinggi... Ada peluang utk gain experience lg. ada masa dpn yg cerah...explain kat parent tt elok2 cakap ni la peluang.. X semua org dpt n harap diorng faham.. Ada aku ter miss part ke? Pnjg sgt kisah tt aku pin main baca gitu jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 10:31 AM | Show all posts
TT..tunggu la bank tu...benefit not bad..setau iols cuti tahunan byk gile kan? taktau position TT ada shift ke tak..tp kalau ada shift pun tak teruk sangat...ada transportation allowance some more..basic pun lg tinggi dari previous jobs yang TT ada...and plg penting..PERMANENT post..kita ni umur makin meningkat..mestilah nk assurance dari segi kerjaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:15 AM | Show all posts
ikut lah cakap mak...ada bahagianya di situ...
kalau tak nak ikut...pujuk lah mak baik2...

baca la pe2 doa bg lembut hatinya time nak pujuk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:20 AM | Show all posts
every parent nak anak depan mata..even aku y dh kawen ni pun call mak je mesti tanya bila nak balik..kalau boleh tiap2 mgu dia nak suruh balik..jauh kot kl-kedah huhu bertabah jela...tp aku lain sbb dh kawen n kene ikut suami...kalau aku jd hang aku xkisah pun duduk ngn parent..boleh jaga diorang...gj kt kg 1k tp xpayah byr sewe rumah, tol jem..gj kl 2k tp kene byr itu ini jadi last2 sama je balance..tt patut bersyukur dpt parent y amat2 carekan tt..nk keluar ngn sape pukul brapa g mana...parent akui pun cm2..1st men y aku bwk balik rumah n kenalkan kt diorang itula suami aku skarang...n balik mlm is a no no...pukul 8 tu mcm dh lewat sgt2 bg family kitaorg..dari aku smpaila ke cucu mak2 aku semua sama je kami..even now dh kwen pun still pk bestla kalau boleh duduk kg hihi....
pasal x company  tu aku rasa mcm tau je...hihi...standetla kalau jumpa senior2 y perasan otai kt office hang tu..gaji ciput jugak kan..try suh depa mai kl ni n keje kt same company with the same level..hang senior kt kg tp kt sini hang la the lowest kuli...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:58 AM | Show all posts
aku dh baca citer ko
psl keje tu.. kalo aku la kan.. aku akan keje yg kat KAMPUNG
peaceful, ada mak bapak tinggal dgn aku, xyah byr sewa umah, mkn semua.. boleh layan mak bapak hari2.. x risau mak bapak sakit kang kena travel jauh nk balik, xde risau bab tu..

kalo nk kejar gaji yg x brp sgt, dgn sewa bilik mahal, nk layan kerenah roomate, housemate bagai.. stress duk bandar lg, dgn segala mala kos hodup di bandar yg mahal... kalau aku dpt pilihan yg sama, aku pilih nk duk dgn parents... biar gaji kecik asal dpt berbakti pd parents.. tu lbh berkat kot...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.093298 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list