CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6762|Reply: 10

Meter air aku kena seal!

[Copy link]
Post time 14-10-2014 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Ini email yang aku hantar kepada Syabas wilayah Sepang.. e-mail di hantar pada 24/9/2014 atas nasihat staff kat situ.. setiap hari aku tunggu tiada balasan.. tup-tup tgh tadi diorang seal meter aku...
Tuan,

Merujuk kepada perkara di atas, saya pemilik akaun 9000087563016 ingin membuat rayuan berkenaan jumlah bil yang tinggi bagi bulan
Mei dan Jun 2014. Kronologi adalah seperti berikut:

  • Bulan Mei - bil berjumlah RM50.00 buat pertama kali sepanjang 6 tahun saya mendiami kediaman ini. Saya telah menghubungi pihak Syabas untuk pengesahan dan di nasihatkan untuk membuat pemeriksana menyeluruh ke atas sistem paip utama. Saya telah mendapatkan kontraktor untuk mengenalpasti punca dan telah membuat sistem paip yang baru (bypass) dari meter ke tangki utama. Pengubahsuaian ini menelan kos sebanyak RM700.
  • Bulan Jun - bil berjumlah RM199.00. Sekali lagi saya telah menghubungi pihak Syabas untuk kepastian dan pihak tuan telah menghantar staff untuk datang ke rumah saya dan membuat pemeriksaan. Beliau bagaimana pun tidak dapat mencari punca sebenar dan meminta saya membuat ujian meter sebagai langkah alternatif. Saya telah ke pejabat Syabas wilayah Sepang untuk membuat bayaran ujian meter dan pada masa yang sama meminta penangguhan pemotongan. Dalam tempoh 2 hari, meter tersebut telah di ambil dan di gantikan dengan meter baru (berwarna hijau).
  • Bulan Julai - bil semasa berjumlah RM29.17.
  • Bulan Ogos - bil semasa berjumlah RM10.83
  • Bulan Sept - bil semasa berjumlah RM19.08

Saya telah menerima surat jawapan berkenaan keputusan ujian meter dan keputusannya ialah LULUS tetapi saya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Di sini saya ingin meminta jasa baik tuan untuk mempertimbangkan rayuan saya untuk membuat pelarasan bagi jumlah bil yang tertunggak sebanyak RM256.00.Berdasarkan pemerhatian di atas, nampak jelas bila meter di ganti, jumlah bil semasa menurun dengan drastik.

Untuk pengetahuan tuan, saya dan isteri bekerja dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil (jumlah penggunaan air yang terkawal) dan kami hanya berada di rumah pada waktu malam dan hujung minggu.

Saya amat berharap tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini dan saya bersedia berjumpa dengan tuan jika dikehendaki.


Yang benar,


Apa perlu aku buat? Ada tak channel untuk aku salurkan masalah aku nie? Esok aku nak ke Syabas untuk dapatkan kata putus.. Untuk makluman korang, jumlah yang aku kena bayar RM343.00 (termasuk cas pemotongan dan pemasangan).. mintak tolong kawan2.. terima kasih banyak-banyak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bil air Saya rm5 je sbln
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 08:22 PM | Show all posts
tu la lenkali pindah selangor
Air free
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 08:23 PM | Show all posts
selangor ada beberapa entiti yang menjaga air
dan dikuasai rozali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 08:29 PM | Show all posts
aku kat selangor la nie.. yang bengangnya hantar meter pegi test bayar rm50.. dapat result kata meter ok.. tapi ape kehal nya tetiba bil melambung ke rm50.. next month rm199.. bila tukar meter pakai meter sementara, bila back to normal.. aku call Syabas, mintak pelarasan, tak boleh katanya.. kena ikut keputusan ujian meter, then bila aku challenge, kalau betul meter aku ok, nape bila tukar meter baru, amaun bil tu turun drastik sangat? dia tak leh jawap..

esok aku nak ke syabas.. andai kata diorang tegs jugak suruh bayar RM343, ada tak channel lain untuk aku buat aduan. Takkan nak mengadu kat tribunal pengguna? Boleh ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 08:51 PM | Show all posts
Tt,

Sy move thread ini ke board aduan pendapat kerana lebih sesuai di sana.

Terima kasih
Last edited by prettyuglybabe on 15-10-2014 09:42 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2014 11:41 AM | Show all posts
perlu dapat surat pengesahan dari syabas menyatakan kesilapan berlaku dari pihak syabas. jika tidak, mmg tuan perlu selesaikan juga semua jumlah tertunggak then boleh claim ganti rugi dari pemaju jika masih dalam tempoh waranti.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 05:25 PM | Show all posts
rumah dah lama.. dah takde waranty lagi.. semlam g Syabas B.B salak tinggi.. jumpa dengan pegawai perhubungan awam dia.. aku tunjukkan semua resit, bil sebelum dan selepas pertukaran meter.. dia pun pening nak bagi kepastian nape leh jadi macam tu. aku pertikaikan keputusan ujian meter tu.. kata dia ujian meter dijalankan oleh kontraktor yang di lantik oleh syabas.. maknanya bukan pihak syabas sendiri yang buat ujian tu.. dekat 2 jam gak aku bincang ngan pegawai tu.. akhirnya dia bersetuju untuk bawa masalah aku kepada mesyuarat exco minggu depan.. sebagai temporary solution, aku di suruh bayar rm80 untuk last bil sebelum aku bypass sistem paip aku + lagi 70 untuk charge pemotongan dan pemasangan.. itu pun nasib baik wife aku perasan.. earlier dia suruh aku bayar RM220 untuk aku sambungkan semula bekalan air.. bila wife aku check, dia perasan yang charge 70 tu di kira 2 kali ( RM80.00+70.00+70.00). memang baruah betul..

Conclution -  ada lagi tunggakkan RM199.00 yang aku tak nak bayar dan aku nak pihak syabas waivekan jumlah tu dari bil aku..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2014 03:16 PM | Show all posts
Rasa2 kalu SYABAS tu ada fanpage Pesbuk try up status kat situ... at least ramai yg tgk status tu... tu salah satu cara...

lg satu jumpa pegawai SYABAS yg up sket... try bincang dari situ... tp possibilities utk berjaya tu... jgn laa harap cerah eh... kene byk turun naik laa sket utk fight for our rights...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Camni ler duduk malaysia.kena jadik survivor....semua bende kena followup.kena cal, kena maki n hamun berulangkali baru dpt apa yg kita nak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 02:07 PM | Show all posts
mrseller posted on 20-10-2014 01:30 PM
Camni ler duduk malaysia.kena jadik survivor....semua bende kena followup.kena cal, kena maki n hamu ...

tul tu.. nie pun aku tak dijanjikan akan dapat pelarasan walaupun semua bukti aku kemukakan.. pengalaman member wife aku, even sertakan resit baikpulih paip daripada kontrator yang dilesenkan oelh Syabas, tetap kena bayar jumlah bil tinggi.. apatah lagi aku yang pakai kontraktor biasa aje.. hak pengguna dinafikan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bagi 'ratings' Rendah,Wanita Indonesia ini Kiciwa tak dapat layanan 'VIP' bersalin czer di hospital kerajaan.Netizen kecam tidak reti bersyukur
YgBenarBagi 'ratings' Rendah,Wanita Ind
Views : 6581 Replies : 48
Tengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
prettygoodTengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
Views : 26305 Replies : 352
Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan sekolah
ultra78Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan
Views : 9223 Replies : 15
'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina,' pembuli siber bakal terima surat saman
JoyahMengayah'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertu
Views : 19825 Replies : 23
Nampak tak?
stingerkaypohNampak tak?
Views : 5356 Replies : 19
Rita Rudaini luah bangga membesar di zaman Tun Mahathir
mojarean_XRita Rudaini luah bangga membesar di zam
Views : 15699 Replies : 7
Menggembara solo, pernah cuba?
stingerkaypohMenggembara solo, pernah cuba?
Views : 8143 Replies : 30
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 89579 Replies : 631
Raya haji pun dijangka sesak teruk
maklukpenggodaRaya haji pun dijangka sesak teruk
Views : 5923 Replies : 61
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3131 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.080638 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list