CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

~MERGED~ History Turkey: Atarturk/Ottoman and Empire

 Close [Copy link]
Post time 24-12-2003 04:58 PM | Show all posts
Boleh gak... tapi ni tak de kena mengena ngan Perang Salib... ini pasal Turki...mungkin leh combine dalam cerita atarturk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 25-12-2003 05:44 PM | Show all posts
as requested, Sire..

(fly..sori, erk...aku etrsilap..sptutnya, topik marquez, kombinekan thread ko...jgn maree..)
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2003 09:45 PM | Show all posts
Originally posted by Andrea_Pirlo at 25-12-2003 05:44 PM:
as requested, Sire..

(fly..sori, erk...aku etrsilap..sptutnya, topik marquez, kombinekan thread ko...jgn maree..)


aik combine ngan lagi satu?:stp:

ok jugak, tak berterabur sana sini.

cuma title topik bleh jadi kasi adjust sikit kot.
Reply

Use magic Report

Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 27-12-2003 08:36 AM | Show all posts
ok, deaf, aku dah ekjas Title dia..kalu tak puasatie, gietau..

so, marilah bincang bersama2...kekeke

-------------------------------------------------------


bagi aku, mungkin Sultan2 ottoman nie diorang mengikut theory macchivelli, kot?
power must be achieved by any means..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2004 08:51 PM | Show all posts
takper la ... Fly tak kisah asalkan topik nih tak terkuar ....
Fly ada jumpa artikle ttg Kamal Atartuk .... tp kene type la .. so insya allah dlm ujung2 minggu .. Fly send kat thread nih ...

menarik gak ler bg Fly coz Fly terjumpa koleksi MASTIKA tahun 1982 ... n tahun 82 Fly kecik lagi ......

tu ler faedah gi library .. dpt info .. kita photocopy n share sesama ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2004 07:03 PM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 6-1-2004 08:51 PM:
takper la ... Fly tak kisah asalkan topik nih tak terkuar ....
Fly ada jumpa artikle ttg Kamal Atartuk .... tp kene type la .. so insya allah dlm ujung2 minggu .. Fly send kat thread nih ...

me ...



thank you 'mac' fly...

aku memang minat ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2004 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 7-1-2004 07:03 PM:
thank you 'mac' fly...

aku memang minat ni..


... welcome macdeaf4ever
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2004 05:12 PM | Show all posts

Pandangan Kamal Ataturk Terhadap Islam

Perang Kemerdekaan Turki [awal 1920'an] - perang pembebasan drpd British, Perancis serta Greece dipujuk menyertai adventure di Asia Minor bg mendptkan agihan Wilayah Empayar Ottoman selepas kekalahan sultannya dlm WW1 - adalah cth tauladan bg masyarakat dijajah yg sdg berjuang mencapai kemerdekaan semata-mata utk berdikari.

Allayarham Anwar Sadat dlm satu wawancara dgn sebuah akhbar Turki beberapa tahun lepas telah menyatakan betapa pemimpin Perang Kemerdekaan Turki, Mustafa Kamal Ataturk adalah contoh tauladan bg dunia pejajah: belia menyemarakkan semangat di kalangan Dunia Ketiga.


Dalam perang menentang Greece [1922] Ataturk mengisytiharkan:"W/pun setiap negara2 rakan kita telah menegaskan bahawa Turki tidak bersendirian dlm perjuangannya sekarang tp saya berasa perlu menekankan hakikat ini."

"Sekiranya Turki mengepalai perjuangan ini semata-mata bg pihak dirinya saja barangkali oerang ini boleh ditamatkan dgn lebih cepat & tanpa byk pertumpahan darah. "Turki sedg mempertahankan bukan saja dirinya sendiri tp setiap negara tertindas disebelah timur & berasa yakin bahawa negara2 timur yg sdg menyebelahi sehingga ke titik akhir."

Dlm suatu ucapan lain di thn yg sama Ataturk pergi lebih jauh utk memasukkan sekali bangsa Afrika dlm perjuangan tersebut. "Peristiwa2 ke belakangan iaitu Perang Dunia telah meninggalkan kesan yg mendlm ke atas proses berfikir manusia. Semangat2 despotik yg menguasai bangsanya sedg mengekalkan despotisme mereka secara paksa. Tetapi tidak lama lagi seluruh dunia pasti mengetahui pihak manakah yg benar & dr kalangan mereka akan muncul masyarakat yg sedar. Lantas matlamat manusia kelak akan menghala kpd humanisme & kasih syg. Kita melihat perubahan semangat ini bukan saja di Asia, di Tumur tp juga di Afrika."

"Saya sendiri berjuang dlm perang di Afrika [Ataturk merujuk pd Perang Tripolinatia yg dimulakan oleh Itali terhadap Empayar Ottoman di Afrika  Utara 1911. Bagaimanapun beliau telah pernah berada di Tripolis & Benghazi yg berupa sebahagian Wilayah Empayar Ottoman dlm tahun 1908 bg pihak Jawatankuasa Belia Turki bg Perpaduan & Kemajuan.]

Ataturk menambah: "Saya kenal mereka melalui pengalaman & mampu menyelami fikiran mereka. Bangsa Afrika telah lama menyedari prinsip kebebasan peribadi, tp mereka tiada kesempatan utk mencapainya. Kalau penjajah & askar2 mereka yg buas telah mengekalkan penindasan. Tp bagaimanapun keras pun penindasan, ia masih tidak mampu menghalangi berlakunya suatu perubahan semangat. Lambat laun idea humanisme akan menang juga.

"Semua bangsa yg tertindas pasti suatu hari kelak memusnahkan penindasnya. Lantas istilah2 spt penindas & yg ditindas akan hapus, & manusia akan sampai kpd suatu bentuk masyarakat yg memberi manfaat kpd semua."


"Selepas pencapaian kemenangan dlm Perang Kemerdekaan Turki & kejayaan dlm mengkaji semula Perjanjian Sovies yg dikemukakan oleh sekutu2 Barat kpd Perjanjian Lausanne [1923] yg memihak pd Turki, Ataturk hampir secara mendadak membentukkan asas baru yg menyeluruh bg susuk tubuh negara Turki yg baru diwujudkan. Selepas menghapuskan sistem kesultanan & menubuhkan sebuah republik, Ataturk memulakan revolusi kebudayaan tulen yg julung2 kali diadakan."

Sebagai pemimpin sebuah negara yg 98% dr penduduknya penganut agama Islam, Ataturk berani mengambil langkah yg tidak pernah dibayangkan di kalangan dunia Islam iaitu menyelar & membuang cara pemerintahan Khalifah serta menggantikan undang2 Syariah dgn kanun perundangan Barat yg memisahkan negara & agama selaras dgn tradisi Eropah.


Sejak awal2 lagi Ataturk begitu terpukau dgn idea bahawa negara Turki harus ditarik mengarah kpd ketamadun Barat bagi mempastikan ia terus kekal sebagai sebuah negara yg moden & berdaulat.

Menurut Ataturk: "Prasyarat bg kemajuan negara ini ialah penglibatannya di dlm ketamadunan Barat. Keruntuhan Empayar Ottoman bermula bila ia memutuskan hubungan dng negara2 Eropah bersempena kemenangannya ke atas Barat, ini sesungguhnya suatu kesilapan."  

Ataturk berpendapat bahawa beberapa aspek Islam yg telah menunhang terutamanya perpaduan kehidupan peribadi & awam yg tidak boleh dipisahkan & tentang negara & agama, adalah halangan2 utama dlm usaha menjadikan Turki sebuah kuasa ketamadunan yg menonjol. Memang Ataturk tidak kuat beragama kalau dipandang dr kacamata tradisional, tp beliau tidak anti agama. Beliau menyebut betapa Islam adalah agama yg paling sempurna disebbkan ia berpegang teguh pd logik & kebijaksanaan. Tp menurut Ataturk, agama seharusnya berupa suatu perkara peribadi & tidak patut mempengaruhi hal ehwal awam apalagi mengongkongnya. Selepas mengambil langkah yg revolusionari kpd menjadikan Turki negara sekular, Ataturk menjadi perubah sosial yg menonjol.

Satu demi satu perubahan di ketengahkannya: beliau memperkenalkan cara perkahwinan sivil, memberi persamaan hak mengundi secara pasid atau pasif, mengambil alih sistem pelajaran oleh pentadbiran negara, memperkenalkan huruf2 Turki bg tulisan Turki menggantikannya dgn huruf2 Arab, menghapuskan kalendar Arab & angka2 Arab supaya dpt digantikan dgn nama2 yg diterima oleh kalangan antarabangsa.

Ataturk mengharamkan penggunaan fez yg disifatkannya simbol kemunduran Ottoman & mengarahkan pemakaian topi Eropah sebagai simbol jelas ketamadunan Barat kera "kita harus menjadi tamadun dr segenap aspek, pandangan & sikap kita harus bertamadun dr hujung rambut ke hujung kaki.

Bagaimanapun Ataturk tidak pernah memerintah wanita Turki supaya jgn menutupi muka mereka. Beliau memberi nasihat supaya kaum wanita membuangkan tudung muka tersebut & menghadapi dunia secara bebas. Pd hakikatnya pengharaman tidak diperlukan kerana wanita Turki - pembebasan mereka dititikberatkan oleh Ataturk & beliau mengambil beberapa langkah komprehensif dlm bidang pelajaran & pekerjaan bg kepentingan mereka - telah menuruti nasihat Ataturk.

Dlm jangka masa 10 thn Ataturk telah berjaya menegakkan sebuah negara yg memandang ke depan & berhasrat menjadi sebuah bangsa Eropah yg bertamadun. Ataturk menumpukan perhatian kpd usahah memberikan negara yg muda itu keyakinan serta kesedaran pd diri sendiri. Beliau cuba memberikan kebudayaan Turki yg lanjut usianya itu suatu identiti sebuahg negara muda: "Kita harus maklumkan bahawa negara yg tidak dpt menemukan identiti nasionalnya akan menjadi mangsa kpd negara2 lain."

Perdebatan telah berlaku sama ada perkembangan yg tidak dpt dipastikan arahnya dlm negara Turki masa kini adalah akibat langsung kpd kegiatan2 berlebihan Ataturk bahawa perubahan2 radikal yg dilakukannya, percubaannya memberikan kebudayaan tua Turki suatu identiti baru serta suatu kesedaran pd diri sendiri, sebaliknya telah menimbulkan kesan yg berlawanan dr apa yg diharapkan.

Dlm perkataan lain, Turki masa kini lebih drpd masa2 lalu lagi sdg giat mencarikan identiti sendiri. Alasan yg sama utk memberi penghuraian kpd perkembangan dlm negeri Turki barangkali boleh dipergunakan utk menilaikan kesan Ataruk terhadap Dunia Ketiga. Komponen & arah tujuan kpd Barat & Eropah juga tidak dpt dipisahkan drpd antara pencapaian2 yg bersejarah. Ataturk sendiri w/pun mensifatkan Perang Kemerdekaan Turki sebagai cth tauladan bg skil yg luas, sejak 1922 telah memberi amaran terhadap sesebuah negara yg menerima & meniru cara2 negara2 asing dlm usaha menyelesaikan masalah2 dlm negerinya.

Bapa Turki Moden benar2 memahami hakikat sejarah. Beliau adalah seorg ahli politik yg demikian pragmatis utk tidak menyedari bahawa setiap bangsa, setiap negara wujud & berkembang di bawah syarat2 sejarah & politik masing2. Sementelahkan pula, Ataturk yg menolak segal bentuk ideologi, tidak pernah mempercayai pandangan para ideologi bahawa dunia boleh & perlu diselamatkan.  

Mastika Februari 1982 - Abdul Rahman Osman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2004 11:56 AM | Show all posts

Hmmm...

Originally posted by fly_in_d_sky at 10-1-2004 17:12:
Perang Kemerdekaan Turki [awal 1920'an] - perang pembebasan drpd British, Perancis serta Greece dipujuk menyertai adventure di Asia Minor bg mendptkan agihan Wilayah Empayar Ottoman selepas kekalah ...




Takde masa nak baca tapi perbincangan menarik ni mungkin boleh disambung lagi...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2004 12:30 AM | Show all posts
alaaaaaaaaa
apsal Ace tak baca ...?
menarik tuh .. pnat Fly type .... bukan copy and paste ...
Fly jumpa dlm compilation Mastika kat Library UiTM ....
dah tu line up nak fotocopy .. takleh pinjam buku tuh ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2004 05:35 AM | Show all posts

Ek!

Originally posted by fly_in_d_sky at 25-1-2004 00:30:
alaaaaaaaaa
apsal Ace tak baca ...?
menarik tuh .. pnat Fly type .... bukan copy and paste ...
Fly jumpa dlm compilation Mastika kat Library UiTM ....
dah tu line up nak fotocopy .. takleh pinj ...




Sabo... Bukan perli tu... Memang baik pun... Sekarang ni memang short time jer... Tak caya tu tengok atas tu... Worang dah bagi Tangan dah...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2004 10:13 AM | Show all posts
fly, mustika 1982? hebat ko...

thread ni dah boleh jadi bahan rujukan dah... cam2 ada dalam..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2004 03:34 AM | Show all posts

Hmmm...

Originally posted by deaf4ever at 25-1-2004 10:13:
fly, mustika 1982? hebat ko...

thread ni dah boleh jadi bahan rujukan dah... cam2 ada dalam..




Kalau ada lagi masukkanlah ajer...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2004 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 25-1-2004 10:13 AM:
fly, mustika 1982? hebat ko...

thread ni dah boleh jadi bahan rujukan dah... cam2 ada dalam..


kalau nak jadikan thread ni as rujukan ... rajin2 gi library ...
he he he he ...

tp Fly ni mmg malas gi library unless kalau ada benda yg kene buat ... kat library ....
masalah library sejuk sgt .. tak larat ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 10:37 AM | Show all posts
bohong !!!!!


Ini Semua Kempen Mustapha Kamal Atartuk (Keturunan Yahudi Pura2 Islam) untuk menjatuhkan keraajan Turki Uthmaniyah

Tetapi Dia berjaya

last sekali hmmm tengok la sekarang turki macam mana keadaan nyeee (SEKULAR)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2004 12:58 AM | Show all posts
bohong .....
bg ler bukti or fakta2 ....
:cak: :cak: :cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2005 12:08 PM | Show all posts

tak setuju.........

Cerita tentang Kemal Ataturk ada macam-macam yang disebarkan di kalangan di kalangan puak nasionalist dan Islamist Arab.

Puak Nasionalist Arab menentang Kemal kerana dia tak sukar apa saja bentuk Arab termasuk bahasa Arab seperti azan pun diturkikan. Bila tiba zaman nasionalisme dilihat bermusuhan dengan puak Islamist selepas puak Islamist tidak dapat berkuasa di negara-negara Arab kecuali puak

Wahhabi yang dapat berkongsi kuasa dengan putera-putera Al Saud, maka kebencian Arab itu diislamkan, maka muncul pula versi kecamanan Islam terhadap Kemal itu.

Manakala orang TURKI mempunyai pendirian berbeza dari orang Arab tentang bapa Turk moden itu.

Bagi saya Kemal memang tidak betul jika dilihat dari kaca mata sesetengah orang Muslim yang tidak faham sejarah. Hakikatnya Kemal merupakan bapa menyatuan bangsa dalam sebuah negara.

Malah Kemal lebih hebat lagi kerana dia menyatukan kembali wilayah kerajaan Islam Othmaniah bahagian Turki dari telan Barat.

Arab memberi kerja sama dengan Barat untuk menjatuhkan kerajaan Islam Othmaniah terutama puak Wahhabiah. Kemal benar-benar berperang dengan beberapa negara Barat dan onco-konconya di kalangan orang Arab untuk menegakkan kembali kerajaan Turki.

Maka dari sini dapat melihat dengan jelas punca perseteruan Turki dengan Arab sehingga menyebabkan berlaku percemuhan yang melampau terhadap Kemal. Percemuhan nasionalist Arab itu kini telah berubah menjadi percemuhan Islamist....


[ Last edited by chumpon on 1-4-2005 at 12:11 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

puteri-san This user has been deleted
Post time 1-4-2005 12:38 PM | Show all posts
segalanya menginsafkan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 07:38 PM | Show all posts
Arab Pun sama Turki pun sama

benua asia barat terang2 sudah dijajah oleh Yahudi/Barat jadi Benua sebelaha timur ni kene bersiap sedia...

kakdang ru bukan boleh percaya sangat kat buku sejarah yg ditulis kat mesia bangga sangat dengan kamal arterkutuk

[ Last edited by HangPC2 at 1-9-2005 07:39 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
Post time 2-9-2005 03:53 PM | Show all posts
nAMA DIA IALAH MUSTAFA KAMAL TERKUTUK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.746656 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list