CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4697|Reply: 52

[Tempatan] Paderi Andrew Diberi Seminggu Minta Ampun

 Close [Copy link]
Post time 1-1-2014 12:02 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM 31 Dis. - Badan Perhubungan UMNO Selangor menyifatkan kenyataan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew sengaja mencabar dan mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri ini apabila dinyatakan mahu gereja Katolik terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdul Shukor Idrus berkata, paderi itu tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut kerana Sultan Selangor sebelum ini telah pun menitahkan semua rakyat daripada pelbagai kaum dan agama supaya akur dan patuh terhadap larangan pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Sultan Selangor adalah Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam Negeri. Melihat titah baginda mengenai larangan tersebut, ia jelas bertujuan untuk menjamin serta memastikan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Selangor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, UMNO Bahagian Kota Raja melalui ketua bahagian itu, Kamaruzzaman Johari dan Ketua Pemudanya, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz mahu paderi itu memohon maaf kepada umat Islam di negara ini.

"Kita perlu bertegas serta tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan ini. Tindakan ini biadab dan kita mahu beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam," kata Kamaruzaman.

Mohamad Khusyairi pula mahu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak tegas dalam perkara itu kerana kenyataan untuk terus menggunakan kalimah Allah mencabar enakmen yang telah ditetapkan di negeri Selangor.

Pada perkembangan sama, UMNO Bahagian Gombak memberi tempoh sehingga Sabtu depan untuk Andrew menarik balik kenyataannya itu.

Ketuanya, Abdul Rahim Kamarudin berkata, pihaknya bertegas sekiranya Andrew gagal berbuat demikian sehingga Sabtu ini, pergerakan itu akan mengadakan bantahan secara aman di hadapan semua gereja di Selangor pada Ahad depan.

UMNO Bahagian Pandan melalui ketuanya, Datuk Mohd. Haniff Koslan turut mendesak Andrew menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf secara terbuka.

"Seorang paderi yang berpengalaman luas sepatutnya bertindak menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140101/dn_11/Paderi-Andrew-diberi-tempoh-seminggu-mohon-maaf#ixzz2p7FWBKUt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2014 12:04 PM | Show all posts
The Herald Akan Fail Rayuan Kepada Mahkamah Persekutuan Pula

PUTRAJAYA: Penerbit akhbar Katolik, The Herald tidak akan berputus asa dalam usaha mereka untuk mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah "Allah" dalam edisi bahasa Malaysia untuk penduduk di Sabah dan Sarawak, walaupun Mahkamah Rayuan pada Isnin memutuskan sebaliknya, demikian kata pengarangnya, Paderi Lawrence Andrew.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan tersebut diumumkan, The Herald katanya akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pula selepas ini.

Andrew berkata, hak penganut agama Kristian di Malaysia wajar dilindungi di bawah undang-undang negara.

"Apa yang ingin saya katakan ialah, hak kami sebagai penganut agama minoriti di negara ini untuk mengamalkan kepercayaan kami secara bebas mestilah dipelihara ," ujarnya lagi.

Beliau tidak bersetuju dengan hujah bahawa penggunaan kalimah "Allah" bukanlah sebahagian daripada amalan dan kepercayaan penganut agama Kristian.

"Di Timur Tengah dan di Indonesia, kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian dan Islam. Jadi anda tidak boleh dengan tiba-tiba mengatakan yang ia bukan sebahagian daripada amalan kami.

"Sesuatu bahasa itu adalah milik sesiapa sahaja untuk menggunakannya dan ia haruslah dibenarkan untuk berhujah menggunakan istilah mengikut fahaman penganut agama itu,” katanya.

Malah kata Andrew, sejarah menunjukkan kalimah Allah telah digunakan di Melaka sejak sekian lama iaitu jauh lebih awal daripada naskhah Al-Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

"Kami penganut agama Kristian di sini telah menggunakan kalimah Allah seawal 500 tahun dahulu, tetapi masyarakat pelbilang kaum telah hidup dalam suasana harmoni dan aman damai tanpa sebarang masalah.

“Dan kami telah menerbitkan The Herald sejak 19 tahun yang lalu tanpa menimbulkan sebarang masalah kepada penganut agama lain," jelas Andrew.

Mahkamah Rayuan pada pagi Isnin telah memutuskan yang Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya - The Herald. Keputusan itu dibuat oleh tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Mahkamah berkenaan mendapati bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya untuk melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah. Mahkamah tersebut juga mendapati, ketetapan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu.

Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sini undang-undang, tidak sah dan batal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmmh next         
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
X hbs2 lg isu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2014 12:07 PM | Show all posts




Firman Allah s.w.t di dalam Al Quran;


“Katakanlah (hai Muhammad): (Tuhanku) adalah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tempat sekalian makhluk memohon segala hajat. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang menyerupaiNya”.


(Surah Al Ikhlas ayat 1 - 4) Last edited by mamicun on 1-1-2014 12:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2014 12:10 PM | Show all posts


Paderi Gereja Baptist Australia; Pastor Brutus Balan menegaskan kalimah ALLAH hanya untuk umat Islam sahaja. Jika ia turut digunakan oleh Kristian maka akan timbul kekeliruan di kalangan penganut Islam dan Kristian seluruh dunia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2014 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kristian 500 tahun dulu..dey macha ni lupa ka...islam masuk pada abd ke 12 lagi..melalui kesultanan pasai di aceh dan saudagar islam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2014 12:16 PM | Show all posts
Masalah nya Allah bagi umat ALLAH hanya Satu Tuhan .


Tapi bagi umat Kristian Allah sampai ada 3 Tuhan .




Sama ker ?















. Last edited by mamicun on 1-1-2014 12:17 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2014 12:23 PM | Show all posts
mamicun posted on 1-1-2014 12:10 PM
Paderi Gereja Baptist Australia; Pastor Brutus Balan menegaskan kalimah ALLAH hanya untuk umat I ...

Maksud Ko, Allah adalah Tuhan utk org Islam sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 12:24 PM | Show all posts
Isu nie dibangkitkan utk kaburkan pandangan rakyat terhadap isu ekonomi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 12:25 PM | Show all posts
mamicun posted on 1-1-2014 12:16 PM
Masalah nya Allah bagi umat ALLAH  hanya Satu Tuhan .

Jadi org Islam kata Allah adalah Tuhan utk Islam. Utk bkn Islam, adalah Tuhan lain?

byknya Tuhan mengikut kepercayaan ko.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2014 12:25 PM | Show all posts


Maksud ko nak kongsi dengan orang Kristian ker ?




.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 12:28 PM | Show all posts
mamicun posted on 1-1-2014 12:25 PM
Maksud ko nak kongsi dengan orang Kristian ker ?

Banyaknya tuhan2 mengikut kepercayaan Ko. Jadi mmg sahlah mengikut agama KoKo, mmg Tuhan itu ramai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2014 12:28 PM | Show all posts
Muntz posted on 1-1-2014 12:24 PM
Isu nie dibangkitkan utk kaburkan pandangan rakyat terhadap isu ekonomi.



Tak juga . Jangan sampai jadi macam di Indonesia . Sampai umat Islam pun keliru . Mana Satu yang betoi  ?

Tuhan ALLAH hanya SATU atau Tuhan ALLAH sampai ada TIGA ?



Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 12:30 PM | Show all posts
mamicun posted on 1-1-2014 12:28 PM
Tak juga . Jangan sampai jadi macam di Indonesia . Sampai umat Islam pun keliru . Mana Satu ya ...

Sudah disimpulkan bahawa menurut agama Ko, Tuhan itu ramai.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2014 12:31 PM | Show all posts
gogo2 posted on 1-1-2014 12:28 PM
Banyaknya tuhan2 mengikut kepercayaan Ko. Jadi mmg sahlah mengikut agama KoKo, mmg Tuhan itu ramai ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2014 12:32 PM | Show all posts
mamicun posted on 1-1-2014 12:28 PM
Tak juga . Jangan sampai jadi macam di Indonesia . Sampai umat Islam pun keliru . Mana Satu ya ...

Keliru? Kenapa umat Islam di sana sampai hampir 90% walaupun Kristian di sana dibenarkan menggunakan kalimah Allah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2014 12:33 PM | Show all posts
ALLAH MAHA ESA


[ ALLAH HANYA  SATU ]






.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 12:34 PM | Show all posts
mamicun posted on 1-1-2014 12:31 PM

Iyer, aku setuju dgn Ko yg Allah tuh Tuhan utk Islam.
Yg bukan Islam punya Tuhan sendiri.
Mungkin Tuhan2 akan makan bersama2 setiap hari di
langit sambil menyaksikan manusia berbalah utk menggunakan
Nama Allah. Mungkin mereka makan popcorn dan ketawa. Last edited by gogo2 on 1-1-2014 12:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 12:34 PM | Show all posts
mamicun posted on 1-1-2014 12:33 PM
ALLAH MAHA ESA [ ALLAH MAHA SATU ]

Kalau yg nie pulak camner mamicun? Boleh eksplen tak?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.111385 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list