CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4019|Reply: 35

[Tempatan] KENYATAAN AKHBAR TAN SRI ANNUAR MUSA...Tahniah FAM...fuhh

[Copy link]
Post time 13-12-2013 12:05 PM | Show all posts |Read mode
KENYATAAN AKHBAR
TAN SRI ANNUAR MUSA, TIMBALAN PRESIDEN FAM MERANGKAP PRESIDEN KAFA

Saya telah mengikuti dengan teliti perkembangan dan kemelut yang berlaku, khususnya antara YB Menteri Belia dan Sukan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sejak saya dilantik menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Program Bolasepak Negara (JKPPBSN), November lalu.

Adalah ditegaskan pelantikan yang dibuat oleh YB Menteri terhadap saya, atas sifat saya selaku Ahli Parlimen Malaysia (Bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang lain) ADALAH SAH dan tidak harus dipertikaikan. YB Menteri pada menjalankan tugas dan dengan kuasanya BERHAK melantik sesiapa sahaja mengikut budibicaranya bagi menganggotai JKPPBSN tersebut. Usaha YB Menteri melantik pelbagai pihak dan ‘stakeholders’ ini amat dialu-alukan sekali.

Adalah ditegaskan juga bahawa Jawatankuasa yang dibentuk YB Menteri adalah sebuah entiti Kerajaan yang mempunyai peranan yang lebih luas, terutama dalam konteks pembangunan bolasepak. Ia di luar SKOP DAN KUATKUASA peraturan mana-mana persatuan termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kuasa persatuan hanya terhad kepada ahlinya serta badan gabungan dibawahnya sahaja.

Namun, saya juga memahami bahawa adalah JANGGAL bagi FAM untuk turut menduduki sebuah Jawatankuasa yang turut melibatkan individu yang mereka sendiri menghukumnya. Mereka mungkin merasa TERCABAR dengan pelantikan sedemikian. JUSTERU FAM BERPENDAPAT MEREKA TIDAK BOLEH MENYERTAI Jawatankuasa berkenaan, selagi saya menganggotai Jawatankuasa tersebut.

Bagi saya pula, sebagai Pegawai, aktivitis dan peminat yang cintakan sukan bolasepak, KEMAJUAN BOLASEPAK MALAYSIA adalah lebih penting dari segala-galanya.

Pada masa ini, tahap kemajuan bolasepak negara berada pada tahap yang bukan sahaja rendah tapi juga menimbulkan keresahan dan kekecewaan umum. Kedudukan Malaysia dalam ranking dunia bukanlah pada tangga yang selayaknya, apabila kita terperosok jauh hatta berbanding negara yang jauh lebih mundur dan tidak berkeupayaan seperti kita.

Namun, diperlihatkan bahawa PIHAK BERWAJIB seolah-olah hilang daya dan keupayaan membawa perubahan sewajarnya. Individu-individu yang ternyata gagal membawa prestasi yang diharapkan masih mahu kekal berkuasa dan menjadikan BADAN berwajib seumpama milik peribadi. Lebih parah lagi kontroversi demi kontroversi dicetuskan dan ‘goodwill’ dengan banyak pihak samalah tidak wujud. Teguran dan pandangan ikhlas ahli dan pihak lain dilayan dengan kekerasan peraturan yang tidak wajar. Urusan pentadbiran dan kewangan yang tidak telus serta semangat kekeluargaan bolasepak Malaysia semakin tidak dihiraukan. Pada masa yang sama prestasi bolasepak negara terus merudum. Pihak berwajib dilihat makin terpisah dari denyut nadi lagi ahlinya serta para peminat bolasepak Malaysia.

Di saat bolasepak negara berada dalam situasi demikian, inisiatif berani yang diambil oleh YB Menteri datang tepat pada masanya. Bolasepak negara bertuah kerana YB Menteri dan Kerajaan menunjukkan komitmen dan ‘will’ yang tinggi untuk memajukan bolasepak. Lebih penting lagi, buat pertama kalinya ‘diagnosis’ serta ‘prescription’ bagi menyembuhkan penyakit kurang upayanya bolasepak Malaysia dibuat atas inisiatif pemerintah. Bagi saya ini adalah satu langkah yang AMAT PENTING dalam usaha menjadikan bolasepak negara cemerlang di masa akan datang.

Mengambil kira semua perkara di atas dan setelah memikirkan dengan mendalam DEMI KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA, saya merasakan TIDAK RELA diri saya dijadikan alasan terutamanya oleh Badan Induk Bolasepak (FAM) untuk tidak berfungsi atau menjalankan tanggunggjawabnya untuk memberikan kerjasama kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Saya juga tidak rela melihat usaha kerajaan terutama YB Menteri yang sangat murni dan penting terutama untuk melaksanakan satu ‘Blueprint’ yang saya percaya akan merubah ‘DNA’ dan ‘BRAND’ bolasepak Malaysia terjejas, semata-mata kerana FAM tidak mahu menyertainya.

Justeru demi untuk melihat Jawatankuasa ini berfungsi sepenuhnya dan melihat Kerajaan dapat berkerjasama sebaik mungkin dengan FAM, maka saya mengambil keputusan berikut:-

1. Dengan sukarela menarik diri dari mengganggotai JKPPBSN berkuatkuasa hari ini, bagi membolehkan FAM menyertainya.
2. Melepaskan Jawatan saya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden Bolasepak KAFA berkuatkuasa dari tarikh hukuman dikenakan ke atas saya dan saya bukan lagi pegawai badan tersebut atau mana-mana ahlinya.

Walau bagaimanapun saya akan terus membantu bolasepak negara amnya dan bolasepak Kelantan khususnya atas sifat saya sebagai Wakil Rakyat dan juga seorang peminat sukan ini.

Semoga dengan tindakan saya ini segala kemelut dan kekeruhan yang berlaku antara FAM dan KBS khususnya YB Menteri menjadi jernih, serta semua pihak akan erat berkerjasama demi KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh
13 Disember 2013

***Tahniah FAM...akhirnya u all berjaya..**
Last edited by tiputipujah on 13-12-2013 12:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 01:05 PM | Show all posts
lor.. FAM ni nk bungkus..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 01:08 PM | Show all posts
demi kepentingan sukan,bukan kepentingan peribadi macam FAM,gud luck for TSAM
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 01:15 PM | Show all posts
malu klu aku jdk soltan bola anak beranak..tak reti2 bahasa.... sadis...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 02:28 PM | Show all posts
bubar aje ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Tak paham lagi tak tahu lah. Mungkin nk kena baling taik ke muka baru paham kut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2013 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis tempoh edah nanti...masuk balik


Selama ni pun dah kena gantung..bukan bole buat apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 02:51 PM | Show all posts
nasib baik anuar musa tak cakap ranking malaysia lebih baik dari vanuatu dan timor leste..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 02:53 PM | Show all posts
ini semua salah melayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 02:56 PM | Show all posts
sadisnye..
FAM mesti buat bodo x reti bahasa...as usual

Comments

amboi, kak leo..sabau je la..hahahaha  Post time 14-12-2013 11:00 AM
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasannya stok2 maksum ala2 dewata raya nun.., ni bkn jaman main tulah2 ye.. ni berkaitan kredibiliti.. silalah sedar diri ye..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 02:59 PM | Show all posts
next.....?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 03:01 PM | Show all posts
2. Melepaskan Jawatan saya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden Bolasepak KAFA berkuatkuasa dari tarikh hukuman dikenakan ke atas saya dan saya bukan lagi pegawai badan tersebut atau mana-mana ahlinya.



No!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sakitnya hati!
jgeitiejgrdjgtgeitueigjelskggjkjx FAM ngok ngek!
Puas la hati skrg nih kan?
bdrtjreigdjfgvnsjkvbnsialsialsialsialkshrfiehfrdsfhnhfg
Sampai kena ngalah cenggini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 03:04 PM | Show all posts
Aku bukan penyokong bolasepak Kelantan..

Tapi, dalam urusan bolasepak, aku menentang sesiapa sahaja yg memusuhi TS Annuar Musa.

PAda aku, kebijakan dan kebolehannya setanding dgn Allayarham DS Ahmad Basri, ex-Presiden KFA.

Dan sepanjang aku hidup, hanya ada dua org tokoh pembangunan bolasepak Negara

Arwah DS Ahmad Basri, bekas presiden bola Kedah
TS Annaur Musa, bekas presiden bola Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 03:09 PM | Show all posts
akhirnya cita2 tercapai tahniah FAM
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 03:11 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 13-12-2013 03:04 PM
Aku bukan penyokong bolasepak Kelantan..

Tapi, dalam urusan bolasepak, aku menentang sesiapa saha ...







Uhuks...   
Bukan penyokong BN tp bila masuk bab bola mmg respek kat TSAM.   

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 03:25 PM | Show all posts
Memang tahniah la FAM... lps ni kita apa akan jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 03:55 PM | Show all posts
biar laa...kita tengok kehebatan FAM.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2013 04:19 PM | Show all posts
cukup menaikkan darah dgn sikap FAM nih..
bila la nk letak jawatan tu....nk tunggu masuk stadium bertongkat dlu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 04:31 PM | Show all posts
FAM tengok diri dalam cermin
banding dengan HOKI yang tidak glamer itu
korang hado?

baik FAM tu bubar lagi bagus
dalam bolasepak kaka memang sokong TSAM
what he do, he do it for the love of the game
unlike some people
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.330223 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list