CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11335|Reply: 4

[Politik] PAS kutuk ancaman bunuh ke atas Kok!

[Copy link]
Post time 20-5-2024 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkaypoh at 20-5-2024 12:43 PM

PAS menyatakan solidariti parti itu terhadap ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dan mengutuk keras insiden ugutan bunuh terhadap pemimpin DAP itu.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata Kok berhak mendapat semua perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang daripada apa-apa juga perbuatan jenayah dan yang bertentangan dengan undang-undang.

Beliau berkata PAS juga menuntut agar siasatan dan pendakwaan terhadap pihak terbabit disegerakan memandangkan kes keganasan dan merosakkan itu kerap berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan ahli politik, anggota pasukan keselamatan, ahli sukan, ahli perniagaan dan sebagainya.

“Teresa (Kok) sebagai rakyat dan juga ahli Parlimen berhak mendapat semua perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang negara, selain berhak menjalani kehidupan, baik sebagai individu mahupun ahli politik, dengan aman dan bebas daripada ketakutan atau ancaman.

“PAS juga mengambil maklum bahawa pihak polis sudah pun memulakan siasatan kes di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan … PAS berharap ia dapat disegerakan kerana perbuatan jenayah seperti ini tidak boleh diterima sama sekali dalam masyarakat kita,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Takiyuddin berkata PAS turut menggesa semua pihak sentiasa mematuhi undang-undang dan menjunjung budaya aman, menolak semua bentuk perbuatan atau kecenderungan yang boleh menggugat kesejahteraan dan keselamatan individu dan masyarakat, tanpa mengira warna kulit, kepercayaan, pegangan politik dan sebagainya.

Katanya, masyarakat mempunyai peranan yang sangat penting bagi memastikan keamanan dan ketertiban sosial dalam negara sentiasa terjamin serta dinikmati oleh semua pihak dan golongan.

-Malaysiakini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 03:16 PM | Show all posts
OK lah masih ada manusia yang waras di tanah air

Kalau dilihat dari posting penuh jujur acik2 dalam forum, malaysia macam dah boleh bubar ja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaon tersenyom sinis!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 09:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 01:05 AM | Show all posts
tiberrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29525 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9203 Replies : 181
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189098 Replies : 4306
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3813 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90518 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055197 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list