Subhanaka rabbee subhanak
Subhanaka ma a'dhama shaanak
Nad'uka wanarju ghufraanak
Nad'uka wanarju ghufraanaka Rabbee
(Glory be to You my Lord, glory be to You
Glory be to You, How great is Your state of glory!
We supplicate to You and hope for Your forgiveness
We supplicate to You and hope for Your forgiveness my Lord)
As I travel through the earth I can't help but notice
This symphony I hear all around
From the smallest grain of sand to the faraway planets
To a flower putting roots in the ground
Every bird in the sky every rock and every raindrop
Says as it falls from the clouds
Every ant, every plant, every breeze and all the seas
They all sing
Chorus
Jalla Allah, fi kulli kawni Allah almahu noora Allah
Wa dhikru Rabbee fi daqqaati qalbi yahtifu bismi Allah
Khalqu Allah, sun'u Allah maa abhaah
Wal akwaan tusabbihu bismi Allah
Jalla Allah fi 'ulaah, ya Rabbaah, ya Rahman, Allah
(Allah is exalted, and all the universe of Allah, I see Allah's light
And the remembrance of my Lord, within my heart beats shouts out the name of Allah
How beautiful is Allah's creation, and all the worlds repeat the name of Allah
Exalted is Allah in His Majesty, O my Lord, O most Merciful, O Allah!)
Agama itu adalah Iman, Islam dan Ihsan berdasarkan hadith ini ; Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki: Putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata: "Wahai Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan: "(Dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan penerangan Baginda yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu!" Kata Umar: Maka kami merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu). Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang iman?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Iman itu ialah) engkau beriman kepada Allah, Malaikat MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) - baiknya dan buruknya." (Mendengarkan yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu." Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang ihsan?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala seolah-olah engkau melihatNya (memerhatikan keadaanmu), kiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa Allah Taala tetap memerhatikan keadaan mu." Kemudian orang itu bertanya lagi: "(Selain itu) maka beritahulah kepada ku tentang (masa berlakunya) hari qiamat?" Nabi s.a.w. menjawab: "Orang yang ditanyakan mengenai hal itu bukanlah seorang yang lebih mengetahui dan yang bertanya." Orang itu bertanya lagi: "Jika demikian maka beritahulah kepada ku tentang tanda-tanda kedatangan hari qiamat itu?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Tanda-tanda itu ialah engkau akan dapati) adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya dan engkau akan melihat orang-orang (penduduk desa) yang berkaki ayam, yang tidak berpakaian sempurna, yang miskin menderita, yang menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu dengan yang lain dalam perkara membina bangunan-bangunan yang tinggi. " Umar berkata: Kemudian orang itu pun pergilah, maka tinggallah aku beberapa hari (memikirkan halnya dan hendak mengetahui siapa dia).
Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, sabdanya: "Wahai Umar! Tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu?" Aku menjawab: "Allah dan RasulNya jualah yang mengetahui. " (Pada saat itu) Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Orang itu ialah Jibril, ia datang untuk mengajar kamu akan agama kamu." (Muslim)
GiQ posted on 11-2-2013 03:38 PM
agak2 nya ..apa yg di pegang
Apa yang dipegang di dalam Agama Islam itu berdasarkan kepada hukum dan ketetapan yang datang dari Allah SWT berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW. Hanya itulah caranya untuk mana-mana manusia hidup dalam keadaan tenteram. Kamu bertanya perkara besar yang melibatkan tauhid. Tak mengapalah saya sampaikan apa yang saya faham dengan cara paling mudah (akal)
Hukum itu ada dua bahagian dari pandangan saya selaku manusia yang kerdil. Berdasarkan kebenaran dari keseluruhan Al-Quran dan Sunnah, ini kefahaman hukum yang dimaksudkan :
1) Hukum kepada akal
2) Hukum kepada hati
Setiap hukum itu sudah ditetapkan bagaimana kaedah untuk dipelihara berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Majoriti manusia tidak tahu memelihara hukum ini terhadap dirinya sendiri disebabkan oleh adat yang dicipta oleh manusia itu sendiri tanpa memahami ilmu kehidupan. Ini menyebabkan manusia itu lalai dalam setiap tindakan yang dilakukan. Hukum yang didasari oleh pemikiran akal dan hati yang bersifat duniawi tidak akan menjanjikan keadilan dan keselamatan yang mutlak terhadap mana-mana individu kerana disitu bermulanya kejahilan dan kesesatan.
Kejahilan itu puncanya dari kurangnya keyakinan ilmu dari segi pemahaman. Kesesatan itu berpunca dari kurangnya keyakinan pemahaman dari segi pelan tindakan. Kaedah pemahaman itu bergantung kepada 2 perkara utama:
1) Akidah
2) Syariat
Manakala kaedah pelan tindakan itu bergantung kepada 2 perkara utama :
1) Syariat
2) Akhlak
Dalam mencari petunjuk ilmu, amal dan ikhlas kerana Allah memerlukan 4 perkara utama (jika mahu beriman dan bertaqwa):
1) Kenal Allah melalui apa yang diberikan olehNYA sebagai suatu petunjuk kehidupan (samaada baik atau buruk yang berlaku atau yang dilakukan oleh manusia)
2) Hakikat yang dipilih dalam kehidupan
3) Jalan yang dipilih dalam kehidupan
4) Syariat yang dipilih dalam kehidupan
Saya sekadar memberi contoh mudah untuk mengenal ilmu ini (untuk akal) dalam perkara yang mudah untuk difahami
Ini adalah pokok (kenal Allah dari segi ciptaan dan perbuatanNya)
Hakikat pokok ini banyak gunanya : contohnya untuk dijadikan kayu api
Jalan untuk menjadikan pokok ini sebagai kayu api : contohnya mengeringkan kayu terlebih dahulu dan menyediakan apa-apa yang diperlukan.
Syariat untuk menjadikan kayu api ini terbakar : contohnya menyalakan api ke atasnya kayu api yang sudah kering
Maka completelah Sunnahtullah yang ditetapkan Allah ke atas ilmuNYA dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Dan inilah caranya untuk dikatakan sebagai beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Sesudah memahami contoh yang dimaksudkan di atas, wajib kepada mana-mana yang beriman mengetahui AKIBAT dari perkara yang dimaksudkan di atas. Terbakarnya kayu itu dengan izin Allah atas sebab Sunnahtullah. Sunnahtullah terhadap diri manusia itu terbahagi kepada 6 bahagian (bersifat fana)
1) Nampak
2) Dengar
3) Bau
4) Rasa
5) Akal
6) Hati
Jika dimaksudkan kejadian terbakar itu sebagai Sunnahtullah terhadap alam terbahagi kepada 6 perkara (bersifat fana):
1) cahaya
2) haba
3) bunyi
4) gelombang
5) gerakan/getaran
6) tenaga
Kejadian ini harus pada akal dengan ketetapan Sunnahtullah pada Alam ini. Wajib pada akal untuk menyatakan ianya perbuatan Allah. Mustahil untuk menyatakan sesuatu kejadian selain Sunnahtullah melainkan diberikan ilmu yang lain atas ketetapanNYA.
Perkara harus dan mustahil itu atas izin Allah. Dalam agama Islam tidak dinyatakan DIRECTLY ilmu ini akan tetapi secara indirectly kepada yang memahami.
Maksud kehidupan itu terletak kepada Wajib dan Harus pada akal. Hati? Bergantung kepada pemahaman yang difahami manusia dengan izinNya atas ketetapanNya.
Ada kesalahan tolong betulkan kerana saya manusia yang lemah.
GiQ posted on 11-2-2013 09:15 PM
salam...bagaimana dgn makhlok2 lain... adakah mereka juga beragama
salam
yap .. mereka ada berugama ..
kalau ada roh haiwani .. roh syaithani .. roh yang bermacam macam lagi ..
maka roh itulah iman dan ugama mereka ..
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ
19. Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam