CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87706|Reply: 612

SLOT RATU:TERLANJUR CINTA [SITI SALEHA,AQASHA,NAZIM OTHMAN][ISNIN,SELASA8.30PM]

[Copy link]
Post time 18-11-2012 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Looking for this thread, tapi x jumpa. So, ok kan kalau iols bukak thread utk drama ni?

Iklan Terlanjur Cinta senyum sorang2 tengok iklan ni. cam best

Drama ni ditayangkan setiap Isnin & Selasa, jam 8.30 malam di TV 9.



Pelakon-pelakon:
Aqasha
Siti Saleha
Nazim Othman
Zul Ariffin
Marsha
Meor Mohd
Sharifah Nadia
Raja Ema


*senarai pelakon byk drp Dejavu Di Kinabalu jah. reunion gamaknya.

>>>>>>>>>>>>>>

Hai, sepatutnya drama Cinta Jangan Pergi dijadualkan tayang hujung tahun ini dalam slot Ratu TV9. Tetapi disebabkan drama tu belum siap lagi, drama lain yang akan menggantikan dramaDendam Pencinta. Drama Terlanjur Cinta arahan Eirma Fatima akan menemui penonton pada 20 November ini dalam slot Ratu TV9. Drama Terlanjur Cinta juga tidak kalah hebatnya..


Siti Saleha, Aqasha & Nazim Othman


Pelakon utama drama Terlanjur Cinta ialah Siti Saleha, Aqasha dan Nazim Othman. Ada penampilan istimewa daripada Raja Ema dalam drama ini. Menarik bukan? Jom kita lihat gambar2 di bawah ini..


Siti Saleha dan Raja Ema



Pembikinan montaj drama ini. Mesti cantik hasilnya nanti.




Nazim Othman dan Aqasha mesti akan mengingatkan penonton pada drama Dejavu Di Kinabalu di TV3. Hanya beza Siti Saleha sahaja heroinnya.


Sumber gambar:Facebook Siti Saleha


Bagaimana? Menarik bukan? Saksikan drama Terlanjur Cinta sebagai drama penutup Slot Ratu di TV9. Udada Ubabye!!


Credit


Last edited by ahkiluz on 12-12-2012 09:23 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2012 08:07 AM | Show all posts
Ahad November 18, 2012
Raja Ema Buat Kemunculan Semula Dalam 'Terlanjur Cinta'


Raja Ema. Foto Majalah Nona


PETALING JAYA: Selepas lama menyepi daripada dunia lakonan, pelakon Raja Ema akan mengubat rindu para peminatnya menerusi drama terbaru Terlanjur Cinta.


Drama tersebut akan disiarkan menerusi slot Ratu di TV9 bermula 20 November ini.


Pelakon hebat tersebut turut berganding bahu bersama-sama dengan Siti Saleha, Aqasha, Marsha Milan, Nazim Othman, Zul Ariffin, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan ramai lagi, menjayakan drama arahan pengarah hebat Erma Fatima.


Ia mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.


Raja Ema, Siti SalehA dan Aqasha dalam Terlanjur Cinta.

Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.


Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.


Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.


Karya Terlanjur Cinta yang mungkin bakal menjadi fenomena buat penggemar drama Melayu itu disiarkan setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.


Credit
Last edited by ahkiluz on 18-11-2012 01:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 08:10 AM | Show all posts
more piccas











Credit

Last edited by ahkiluz on 18-11-2012 08:12 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 08:19 AM | Show all posts
Terlanjur Cinta Saleha, Aqasha dan Nazim...




"Angan- angan
Bila mencari pasangan
Yang bakal jadi pilihan
Si hartawan
Angan-angan
Jejaka pilihan hati
Punyai personaliti
Segak tinggi"

Hah, mesti ada kat sini tertanya2 puisi apa kat atas tu. Yang pastinyer, itu bukan hasil nukilan CrazeeAdmin tetapi lirik lagu Angan - angan dari pelakon yg akan membuat 'comeback' tak lama lagi iaitu Kak Raja Ema!! Bagi yang angan2 nak tengok Saleha kat tv tu, Cik Saleha Kiut kite ni akan muncul dengan drama baru bersama Kak Raja Ema. Bila?? Drama apa?? Chanel apa?? Hero saper?? Amboi, banyak nyer soklan. Bawak bertenang ye.


Kalo tahun lepas semua dok mimpi2 kat Nora Elena, tahun ni pulak termimpi2 kan Nia. Admin2 TSS berjaya memenyibok kan diri di set pengambaran drama pertama Saleha untuk tahun ni. Yeahoooo... Okay, drama ni adalah hasil nukilan Kak Erma Fatima dan diberi judul Terlanjur Cinta. Apa yang dimaksudkan ngan terlanjur cinta tu, kena la sama2 kite tunggu Disember ni. Jadi bole la ramai2 kite dok kat depan tv9.

Citer ni mengisahkan tentang Nia .... Eh, nak sinopsis tak?? Takyah la eh. Tunggu bila da dekat sok. Mesti you all tengah menyumpah ni eh?? Hehe.. Sori la ye kengkawan. Bukan kedekut, bukan takmo citer, nanti terkasi spoiler tak best plak. Yg pasti citer ni akan memberi semangat cekal kpd smua wanita2 yg menonton ni.

















Antara hero2 yang akan berlakon bersama Saleha adalah the tall and handsome Nazim Othman *pengsan* dan Aqasha yg kacak. Hah!! Suke la tu. Memang suke sangat. Tak lupa juga Marsha Milan, Sharifah Nadia dan kak Raja Ema yg bakal mucul bersama Saleha.















Oleh yang demikian, jom la kite sama2 tunggu drama Terlanjur Cinta ni yg akan menemui anda pada bulan Disember di tv9.. We will update you more on this drama. Come visit our blog soon.. InsyaAllah..

Akhir kata, jom kite nyanyi lagu Jejaka Idaman sebagai tribute tuk Kak Raja Ema .. Nak feeling2 sket nyanyi tuk Nazim Othman.. Hehehe... :p Owh nak Aqasha eh?? Ok ok. Jom layan....

"Oh sayang...
Engkaulah jejaka idaman
Akulah yang menanti
Menyayangi
Seperti...
Embun dingin di pagi hari
Akulah bunga dibasahi
Begini..."





Saya yg memerepek..
-CrazeeAdmin-



Credit

Last edited by ahkiluz on 18-11-2012 08:23 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 10:50 AM | Show all posts
check innnnnn.....wah semangat iols check in walau pom drama lom start...xpe sukung kenkawan cc @ismi_fieza
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 11:00 AM | Show all posts
check in gakkkkkkkkkkkkkk...
kachaknyer aqasha
tak sabar tunggu selasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2012 12:06 PM | Show all posts
kenapa sinopsisnya mcm ala-ala novel andai itu takdirnya?
pape pn xsbr gk nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 01:07 PM | Show all posts
waaaaa tak sabar nak tgk.....
go aqasha go gooo....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2012 04:43 PM | Show all posts
kompen lpas ni ku akan bertenggek depan tv.. wakakaka!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 05:56 PM | Show all posts
aqasha is back.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 09:37 PM | Show all posts
ramai peminat aqasha nampaknya ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 12:43 AM | Show all posts
ola_oli posted on 18-11-2012 12:06 PM
kenapa sinopsisnya mcm ala-ala novel andai itu takdirnya?
pape pn xsbr gk nk tgk

kaaaaannnn!!!!!
masa baca kat mstar semlm pon mmg ala2 novel andai itu takdirnye...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 01:26 AM | Show all posts
ola_oli posted on 18-11-2012 12:06 PM
kenapa sinopsisnya mcm ala-ala novel andai itu takdirnya?
pape pn xsbr gk nk tgk

gigih gi tanya kat pokcik gugel sinopsis novel tu.... aah la, hampir sama sinopsis nya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 09:28 PM | Show all posts
Huhu....baru jek nengok preview tadi...macm best jek drama nih...syuka citer kawin2 tak rela nih..ahaks...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 10:33 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-11-2012 09:28 PM
Huhu....baru jek nengok preview tadi...macm best jek drama nih...syuka citer kawin2 tak rela nih..ah ...

amboi...amboi...tu la byk sgt bace novel cinta....ekekekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 11:09 PM | Show all posts
adifrs posted on 19-11-2012 10:33 PM
amboi...amboi...tu la byk sgt bace novel cinta....ekekekkk...

Eleh...dia pun sama....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2012 11:12 PM | Show all posts
ola_oli posted on 18-11-2012 12:06 PM
kenapa sinopsisnya mcm ala-ala novel andai itu takdirnya?
pape pn xsbr gk nk tgk

tu la...setakat ni sinopsis yg dpt mmg lbih kuang andai itu takdirnya...syed azril dgn aleya...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 11:16 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-11-2012 11:09 PM
Eleh...dia pun sama....

booooo.............
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 11:24 PM | Show all posts
dah start ke belum nih??
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 11:29 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 19-11-2012 11:24 PM
dah start ke belum nih??

Belum lg yang, tunggu habis dendam pencinta tu....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.104204 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list