CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 4

[Tempatan] Lambakan peniaga asing: batal lesen, sita gerai (janji manis DBKL)

[Copy link]
Post time 28-10-2012 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak tegas terhadap peniaga tempatan yang didapati menyewakan gerai kepada warga asing dalam usaha mengekang kebanjiran peniaga asing di ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata ini kerana masalah itu berpunca daripada sikap peniaga tempatan sendiri yang mahu meraih pendapatan mudah dengan mengenakan kadar sewa tinggi kepada warga asing.
Mereka tahu warga asing akan tetap bayar biarpun mahal. Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab penjaja tempatan terhadap lesen yang kita berikan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ibadah korban Masjid Negara, di sini, semalam.

Untuk itu, Ahmad Phesal berkata, DBKL dengan kerjasama polis dan imigresen akan bertindak lebih agresif mengesan peniaga asing di sekitar ibu kota khususnya di Pasar Jalan Raja Bot di Chow Kit.

DBKL akan membatalkan lesen peniaga tempatan terbabit serta menyita lot gerai itu jika didapati disewakan kepada warga asing, katanya.

Ahmad Phesal turut menegaskan projek pembangunan semula Pasar Jalan Raja Bot tidak menjanjikan penyelesaian kepada isu peniaga asing selagi orang tempatan terus membuka peluang kepada warga asing untuk berniaga.

Mula beroperasi pada 1955, pasar itu menempatkan lebih 1,500 peniaga yang menjual pelbagai barangan keperluan harian seperti sayur, buah-buahan, pelbagai jenis daging selain menjual pakaian dan makanan.
Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata, 2,000 unit gerai pelbagai kategori akan dibina di bawah pembangunan semula Pasar Jalan Raja Bot.

Pelannya dimuktamadkan baru-baru ini dan pembinaan dijangka bermula awal tahun depan serta siap pada 2017.

Pada majlis berkenaan beliau turut melepaskan konvoi 10 kenderaan membawa daging korban untuk diagih ke rumah kebajikan dan perkampungan Orang Asli sekitar Selangor. Konvoi turut membawa lembu untuk majlis korban di lokasi berkenaan.

BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2012 09:15 AM | Show all posts
Fcuking lazy M'sian!!

Bagi lesen, dah tu sewakan gerai plak kat warga asing!
Aku rasa kalau kat M'sia ni, kaw-tim, undertable, settle lah masalah antara tuan punya kedai dgn DBKL....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 09:21 AM | Show all posts
sana sini peniaga bagi ali baba jer,walaupn dh dpt lesen...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 09:29 AM | Show all posts
Golongan lesen dapat bundle tu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 09:49 AM | Show all posts
org yg betul2 nak berniaga ssh betul nak dpt lesen n tapak dari dbkl.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040553 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list