View: 8950|Reply: 7
|
Bentuk hidung berubah, nafas Ayu Damit sekarang lebih lancar
[Copy link]
|
|
Perubahan bentuk hidung menjadi bualan, penyanyi Ayu Damit enggan memberikan sebarang komen atas alasan tidak mahu perkara tersebut dipanjangkan.
Bagaimanapun, Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 36, mengakui pernafasannya kini lebih lancar selepas menjalani rawatan pada bahagian itu di sebuah pusat kesihatan, baru-baru ini.
“Saya tak boleh komen sebenarnya, video pun dah dikongsikan dan bagi saya tidak perlulah digembar-gembur.
“Tak boleh cakap banyak-banyak pun sebab saya tidak mahu nanti ada benda-benda berbangkit.
“Sekarang saya lebih selesa bernafas walaupun ini tak sihat lagi. Sebelum ini, saya kurang tidur. Bila bangun pagi, asyik bersin memang stres sebab banyak lagi benda saya nak buat,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang media Malam Laguan Puisi, semalam.
Meskipun meraih pelbagai komen, pelantun lagu Hanya Di Mercu itu tidak peduli dengan kecaman orang, sebaliknya hanya memikirkan kesihatan diri sendiri.
“Apa orang nak cakap sekarang, saya sudah tak terkesan dan tidak mahu ambil kisah.
“Dah penat orang mengata macam-macam. Kalau nak ikut cakap mereka, tak boleh juga sebab kita punya masalah kesihatan.
“Apa yang baik, kita ambil sahaja dan buruk kita buang,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, juara One In A Million (OIAM) musim kedua itu turut memaklumkan dia berjaya menurunkan 20 kilogram (kg) selama tiga bulan.
“Sebenarnya saya juga dijaga sebuah klinik dari berat badan 72kg, sampai 52kg.
“Setiap minggu saya memang dijaga sebab melibatkan kesihatan saya yang agak berisi. Lutut saya mudah sakit jadi lebih baik saya turunkan berat badan.
“Mereka jaga makan saya dan tak ambil nasi dan gula selama tiga bulan,” jelasnya.
Sebelum ini, tular sepotong video Ayu menjalani rawatan mencantikkan hidung di sebuah pusat kesihatan yang mencetuskan perdebatan ramai.
Bersandarkan paparan deskripsi jenis rawatan dilakukan, prosedur tersebut bukan pembedahan plastik, sebaliknya diperincikan menggunakan benang, tidak berparut serta bentuk hidung boleh bertahan sehingga tiga tahun.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
nak cakap dia resdung la dan kene bedah hidung
Kalau betul sbb resdung takde la nak berdolak dalik
kan bagus ngaku bende betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak larat migrain
Maybe sbb sinus
Aku nak buat rawatan gak la tp takut gak bab main bedah idung ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada fyp video dia kat tt buat hidung tu.. Tapi tu lah .. Hmm.. Takpe lah iols ngantuk.. Malas komen.. Good luck utk sheols la.. Next year try masuk gegar vaganza ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hidung berubah
Nafas lebih lancar
Tu yg dada naik membukit
Tanda rongga pernafasan dah terbuka luaskah? Atau paddingkah?
Mcm che'ta. Kelopak lagi besau dari isi |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ritu doktor bagi ubat spray dlm lubang hidung tu.
Bagus gak
Lupa brand apa. Malas nak bangun tengok kat bilik Haha
|
|
|
|
|
|
|
|
pusat rawatan kesihatan ke kecantikan??
haha nampak membongak sgt
baik ckp terus terang mcm lavocah tu lg bagus |
|
|
|
|
|
|
| |
|