View: 10268|Reply: 10
|
[Tempatan]
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
[Copy link]
|
|
KOSMO!
15 Januari 2025, 10:32 am
GAMBAR HIASAN.
PETALING JAYA – Gara-gara selalu dihidangkan dengan makanan berproses seperti sosej dan nuget sejak dari kecil, seorang murid darjah dua hilang kedua-dua belah penglihatannya.
Berkongsi kisah malang itu, seorang pengamal perubatan dikenali sebagai Dr. Erna Nadia berkata, kejadian tersebut berlaku sewaktu murid terbabit berada di sekolah.
Jelasnya, murid itu secara tiba-tiba hilang penglihatan sebelum memberitahu guru kelasnya.
“Teacher, why cant I see anything? (Cikgu kenapa saya tidak dapat melihat apa-apa?). Terkejut satu kelas tiba tiba dia jerit macam tu, Cikgu terus hubungi keluarga dan terus murid ini dihantar ke hospital.
“Setelah diperiksa, dilakukan pelbagai pemeriksaan yang bukan mudah dan bukan mengambil masa sehari dua, keputusan mendapati dia kekurangan Vitamin A yang teruk.
“Terduduklah keluarganya, sebabnya bila dietitian (pakar pemakanan) siasat, anak ini cuma makan processed foods (makanan berproses) sahaja iaitu nuget, sosej dan ‘cookies’ sejak dari bayi sampailah ke darjah dua,”kongsi di laman Facebook.
Erna berkata, kes itu berlaku di negara kita, di ibu kotaraya dan keluarga murid terbabit bukanlah berkerja biasa biasa.
“Buta ini tidak dapat dipulihkan, sebagai ibu, jika kita tidak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi cubalah beli makanan yang betul serta lengkap.
“Nasi ayam pun ok, bihun sup pun ok, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat. Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul betul makanan supaya mereka dapat nutrisi itu.
“Vitamin dan supplemen tidak membantu seperti makanan betul. Kita kecil-kecil pun mak, ayah, atok dan nenek bagi makanan biasa saja kan,”ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, simptom awal kekurangan vitamin A adalah mata menjadi kering, ada macam bayang atau ‘spot’ kelabu di mata putih.
Selain itu katanya, individu itu akan sukar melihat waktu malam atau di dalam gelap, mata kurang menghasilkan air mata, jika dibiarkan akan menyebabkan kehilangan penglihatan.
“Makanan yang tinggi dengan vitamin A adalah sayur bayam, carrot, buah mangga, buah betik, aprikot, ikan, ayam, telur kuning dan ubi keledek,”katanya. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar... Kene bg real food. |
|
|
|
|
|
|
|
Trend sekarang ni memang banyak makanan yang entah apa2. Kalau tengok video ibu2 sediakan bekal sekolah anak dalam insta/tiktok mesti akan ada bersusun fastfood atau makanan manis2 sebagai kudapan. Sayur dan buah secoet je ataupun tiada langsung. Biorlah, anak deme. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lapar makan nak makan sup.. |
|
|
|
|
|
|
|
A'ah tgk video kat FB, siapkan bekal anak, bnyk letak process food. Mungkin sbb cepat utk disediakan. Sekali sekala ok la kot. Kalau hari2, kita yg dewasa ni pon mau berdesing kepala makan benda tinggi garam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak klu tak nak mkn bawang ke carrot ke. Blender je semua kasi hancur untuk buat sup. |
|
|
|
|
|
|
|
Paragraph terakhir tu, makanan yang semua tu favourite saya & kerap makan. Tapi saya tetap juga kena “rabun ayam” (mata jadi rabun kalau tak cukup cahaya @ dalam gelap) |
|
|
|
|
|
|
|
iols ni jak kecik smpai ke tua makan segala mala sayuran, buah, hewan2 yg kebiasaan org mkn...tetappp jugak dari f2 pakai spek, dah mid 40s ni pakej rabun dekat+rabun jauh tggi giler dah kene pakai spek multifokal, tak vogue dah iols selama ni blh gak pakai contact lense.
bdk ni takkan la dari baby maknya sumbat fastfood+kukis semata. mcm membongak je. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by axl_bach at 15-1-2025 09:18 PM
Biar betul doktor ni, mcm hasanah jer..... Yer2 jer vitamin A deficiency bleh sebabkan acute vision loss....
Biasanya vitamin A deficiency ni kacau night vision jer..... Bila dah long standing dia disrupt eye anatomy baru ada complication yg sebabkan cornea jadi ulcer, which eventually leads to blindness, tu pun if left untreated...xder nyer cornea dah ulcer bagai budak tu pegi skolah, mata masuk abuk pun dah x senang duduk, inikan mata dah ada ulcer bagai, pedih oiiii
Agak2 lah tgh elok2 nmpk dlm day light tetiba speaking kenot see..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|