03/08/2012 2:35am KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menaikkan bayaran kadar deposit tapak gerai bazar Ramadan pada masa depan bagi menangani isu sindiket penjualan semula tapak perniagaan kepada pihak lain untuk mengaut keuntungan segera. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kenaikan bayaran kadar deposit itu adalah antara kaedah yang mungkin akan digunapakai dalam tawaran tapak gerai bazar Ramadan pada masa depan. Beliau berkata DBKL akan melakukan siasatan menyeluruh punca wujudnya sindiket penjualan semula tapak bazar Ramadan sama ada ia membabitkan proses undian atau peniaga itu sendiri yang bersikap tamak dan menjualnya pada harga lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan RM400.
|